Di dalam kedukaan dan kepedihan kehilangan mereka yang tersayang berikutan berita penemuan serpihan pesawat malang MH370 yang hilang tanpa kesan 515 hari lama, bagaikan dihiris dan disiat-siat angkara edisi terbaru Charlie Hebdo, sebuah penerbitan yang berpengkalan di Perancis yang penuh kontroversi dengan satiranya.
Di muka depan majalah Charlie Hebdo, di bawah tajuk yang dialih bahasa 'Harapan Malaysia Airlines' sketsa sepasang tangan beruniform juruterbang yang terputus memegang sepasang payudara yang juga terputus.
Di latar belakang dua orang bersorak akan penemuan yang terdampar di pantai dengan kata-kata "Kami telah menemui cebisan juruterbang dan pramugari"
Edisi terbaru ini turut mencetuskan reaksi marah di kalangan pembaca termasuk di kalangan pembaca media sosial.
Jacquita Gomes, isteri ketua pramugara penerbangan yang malang, MH370 berasa amat kesal dengan karikatur yang tidak sensitif serta mengejek ahli keluarga dan mereka yang tersayang dan masih terasa kehilangan.
"Kenapa tidak berhati perut langsung? Ramai nyawa yang terkorban dan anda menganggap ia sebagai satu jenaka?!" kata Jacquita.
Karikatur penuh kontroversi
muncul selepas penemuan flaperon pesawat yang hilang, terdampar ke pulau Reunion bersama-sama dengan objek lain seperti botol air mineral, dan
pembalut makanan dengan di dalam Bahasa Melayu.
Di latar belakang dua orang bersorak akan penemuan yang terdampar di pantai dengan kata-kata "Kami telah menemui cebisan juruterbang dan pramugari"
Edisi terbaru ini turut mencetuskan reaksi marah di kalangan pembaca termasuk di kalangan pembaca media sosial.
Jacquita Gomes, isteri ketua pramugara penerbangan yang malang, MH370 berasa amat kesal dengan karikatur yang tidak sensitif serta mengejek ahli keluarga dan mereka yang tersayang dan masih terasa kehilangan.
"Kenapa tidak berhati perut langsung? Ramai nyawa yang terkorban dan anda menganggap ia sebagai satu jenaka?!" kata Jacquita.
Pengerusi Biro Publisiti
MCA, Senator Datuk Chai Kim Sen mengecam penerbit majalah tersebut mempersenda juruterbang
MAS dan anak kapal yang penuh dedikasi yang telah memenangi anugerah antarabangsa bagi
perkhidmatan dalam penerbangan dan kualiti.
Chai turut mempersoalkan
"suara hati dan etika" pihak penerbitan, yang menyaksikan 12 kakitangannya ditembak mati di pejabat sendiri semasa serangan pada Januari tahun ini, angkara imej polemik yang dimuatkan gara-gara menghina Nabi Muhammad S.A.W.
"Kami inginkan
editor untuk menjiwai dan memahami kehilangan yang dialami oleh saudara-mara dan
rakan-rakan 239 penumpang dan anak kapal MAS," katanya dalam satu
kenyataan baru-baru ini.
Lebih menyedihkan, perasaan yang sama tidak dikongsikan oleh golongan yang memperjuangkan keadilan dan keharmonian di Malaysia. Adakah mereka marah dan turut bersedih akan kehilangan yang dirasai ramai rakyat Malaysia?
No comments:
Post a Comment