Wednesday, September 23, 2015

Tahniah SPAD! Ops Banteras DiTeruskan

Tahniah diucapkan kepada anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan dikepalai Pengurus Kanan, Bahagian Penguatkuasaan Mej. Jen (B) Dato' Paduka Che Hasni Che Ahmad dalam memastikan operasi pengangkutan awam darat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan walaupun dalam kesibukan ramai masyarakat kota mengambil peluang untuk bercuti bersama orang tersayang di kampung halaman.

Satu Ops "SERKAP" memeriksa penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena Cuti Hari Raya telah dijalan pada 23 Sep 2015 jam 5 petang tadi di Terminal Pudu Sentral, Kuala Lumpur. Ops khas Sempena Sambutan Hari Raya Haji telah bermula pada 21 Sep 15 dan dijangka akan berakhir pada 28 Sep 15 ini. Sepanjang dua hari operasi berjalan pada 21 dan 22hb September, SPAD telah berjaya mengesan sejumlah 54 kesalahan yang membabitkan Bas, Lori dan Teksi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada petang tadi SPAD telah melaksanakan Ops ke atas Ulat Tiket, Teksi tidak guna meter dan Kereta Sapu yang menggunakan "Apps Grab" di sekitar Pudu Sentral. Hasil dari operasi yang dijalankan itu sejumlah 6 kes dikesan melibatkan :

- 2 kes; Memujuk dan Mendesak di bawah Seksyen 205, APAD 2010
- 2 kes; Mengendalikan Suatu Perkhidmatan Awam Tanpa Lesen Pengendali (Kereta Sapu) di bawah Seksyen 16, APAD 2010
- 2 kes; Teksi Tidak Guna Meter di bawah Seksyen 22, APAD 2010.

Manakala 4 buah kenderaan telah disita bagi membantu siasatan yang membabitkan 2 buah Teksi, sebuah kereta Mercedes Benz dan sebuah kereta Toyota Camry.

Perlu dimaklumkan jika disabit kesalahan, pelaku kesalahan akan dikenakan hukuman mengikut:

. Seksyen 205 - Denda tidak lebih RM50 ribu atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua dua.
. Seksyen 16 - Denda tidak lebih RM10 ribu atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua dua.
. Seksyen 22 - Denda tidak lebih RM500 ribu atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua dua.

Sidang media hasil dari Ops SERKAP ini telah disempurnakan oleh Dato'  Paduka Che Hasni selepas sepanjang bersama anggotanya membuat operasi tersebut.

No comments:

Post a Comment