Semalam dalam satu sidang meja bulat di Subang Jaya, pembentukan gabungan baharu telah diumumkan Dr Wan Azizah menyaksikan gabungan terdahulu Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS sejak tahun 2008 kini telah “berkubur” dan berganti dengan “Pakatan Harapan” dianggotai pula DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) sebuah parti serpihan PAS; lantaran tertewasnya barisan pro Anwar dan Liberal pada Muktamar PAS yang lalu.
Ini jelas menunjukkan semangat setiakawan dan perjuangan Pakatan Rakyat selama ini lebih bersifat sementara. Apa tidaknya?! Kalaulah benar Pakatan Rakyat kini sudah 'pupus' dan berganti dengan Pakatan Harapan (sedangkan PAN masih belum mendapat kelulusan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan) disunting sebagai pengganti PAS yang masih bertaring.
Kerusi yang dimenangi PAS terus kekal dalam Kerajaan Selangor bersama DAP dan PKR. Inikah bersatu-padu dalam takrif dan literasi untuk kekal mentadbir dan menjarah kepercayaan rakyat negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya? Bila diperlukan, bermanis mulut. Tidak bersetuju, maka disisihkan.
Bagaimanakah yang dikatakan Pakatan Rakyat masih utuh, jika PAS dikecualikan? Atau PAS hanya kekal dalam keadaan tertentu bagi menjamin kedudukan kerusi "Exco" dan mentadbir negeri tidak terancam dan tidak mengganggu-gugat kepentingan peribadi ahli-ahli Dewan Undangan yang bersandiwara itu.
"Tapi kalau satu perkahwinan yang sah tiga orang dalam satu keluarga tidur sekatil…tiba-tiba dia cari seorang dari luar (serpihan dari PAS) dan tarik sama-sama duduk satu katil, saya pun tak tahu ini Pakatan apa? Belum bercerai talak tiga, dia boleh cari yang baru", begitulah betapa sinis keadaan dan analogi yang dibuat Wee akan keadaan yang menimpa PAS.
Apalah harapan dan masa depan rakyat dengan permainan politik mereka ini?
Terdahulu dari itu, Datuk Wee telah mempengerusikan mesyuarat 'MCA Education Consultative
Committee' di Wisma MCA pagi tadi. Antara yang diutarakan dalam mesyuarat tersebut, aduan daripada ibubapa dan murid-murid Cina yang melahirkan kebimbangan kertas ujian UPSR, Bahasa Cina yang didapati 40% jauh lebih sukar berbanding peperiksaan UPSR pada tahun lepas dibandingkan hasil dari kertas tersebut diambil oleh pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Berdasarkan keputusan melalui kaedah penilaian saintifik juga maklumbalas dari golongan pendidik Cina, Datuk Wee berkata MCA akan mengemukakan laporan kepada Menteri Pelajaran untuk dinilaikan. Turut disuarakan adalah soalan kerta Cina UPSR dikatakan disalian dari model peperiksaan SPM.
Berdasarkan keputusan melalui kaedah penilaian saintifik juga maklumbalas dari golongan pendidik Cina, Datuk Wee berkata MCA akan mengemukakan laporan kepada Menteri Pelajaran untuk dinilaikan. Turut disuarakan adalah soalan kerta Cina UPSR dikatakan disalian dari model peperiksaan SPM.
No comments:
Post a Comment