Wednesday, September 23, 2015

Tindakan Segera Ke Atas Premis Sediakan Arak!

Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) telah menyerahkan satu memorandum bantahan kepada pengurusan FELDA, NAZA dan pihak restoran Brolly Restaurant di Menara FELDA yang mendapat perhatian dan kritikan orangramai pada 21hb September baru-baru ini.

Ini susulan penyediaan minuman keras oleh Brolly Restaurant yang terletak di kawasan strategic di Retail 1, Menara FELDA, sebuah restoran yang menyajikan makanan hasil laut berkonsep barat telah turut menghidangkan minuman keras di dalam menunya. Restoran tersebut baru beroperasi pada 31hb Ogos lalu.


Tindak-tanduk pihak pengurusan restoran sesuatu yang tidak dijangkakan dan hasil dari aduan orang awam didakwa bercorak seperti sebuah pub atau bar, pastinya telah mencemar dan membelakangkan kepentingan dan warga FELDA yang majoritinya beragama Islam.

Lantaran itu pihak pengurusan FELDA telah mengambil tindakan drastik termasuklah:

1. Menghantar surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, NAZA Sdn Bhd, sebelum restoren berkenaan memulakan operasi iaitu pada 25/08/2015, membantah penyediaan minuman keras di dalam restoren walaupun ruang restoren berkenaan dipajakkan kepada syarikat berkenaan.

2. Mendapatkan penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana lesen minuman keras dikeluarkan kepada restoren berkenaan.

Tindakan pihak pengurusan FELDA menanggani isu berkenaan susulan maklumat dari orang awam dengan segera amatlah dihargai memandangkan sebagai bangunan yang diduduki oleh pekerja-pekerja badan berkanun, isu penyediaan minuman keras di restoren tidak wajar diwujudkan. Premis restoran dan kedai makan di Menara FELDA adalah khusus untuk pekerja-pekerja pejabat terutama di waktu makan tengah hari dan petang dan sesunggauhnya tidak sesuai sebagai tempat bersosial apalagi untuk menghilangkan masalah dengan mabuk. 

Dilampirkan kenyataan media dari pihak pengurusan Felda berkenaan hal tersebut di bawah:

No comments:

Post a Comment