Friday, October 16, 2015

17hb Oktober, PLKN Mulai Langkah Baru

Kesibukan bakal mendatangi kem-kem pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang sepi setelah kejadian bencana banjir yang melanda Negara pada penghujung tahun lepas. Banyak kem-kem diguna sebagai perumahan transit mereka yang kehilangan hartabenda dan rumah di negeri-negeri yang terjejas teruk dilanda bencana seperti di Kelantan, Pahang dan Perak. Tidak kurang juga terdapat kem PLKN yang turut sama mengalami kerosakan dari bencana yang sama.

Keadaan tersebut bolehlah dianggap sebagai “blessings in disguise” yang membolehkan modul PLKN melalui proses penambahbaikan seperti yang telah dilakukan Makmal PLKN sejak bulan Februari yang lalu, menerusi perbincangan dengan mereka yang berkepentingan dan berhubungkait membentuk acuan generasi Malaysia yang lebih mantap.

Pada 8hb Oktober lalu, Menteri Pertahanan; YB Datuk Seri Hishammuddin Tun melalui Mesyuarat Kordinasi Transformasi PLKN telah memaklumkan projek Perintis Transformasi PLKN mulai digerakkan pada 17hb Oktober ini dengan wajah baru dengan sejumlah 410 pelatih akan ditempatkan untuk latihan selama dua bulan di Kem Princess Haliza, Sepang, Selangor.

Modul baru hasil perbincangan yang dibuat melalui Makmal Transformasi PLKN itu kini bakal menerapkan Fit4Life, Tech & Talk, I-Upgrade, MalaysiaKu, Be Safe Be Alert, Spirituality, MyFuture dan Service Learning kepada lebih 100,00 pelatih baru PLKN 2.0 sepanjang tahun 2016.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid turut maklumkan bahawa modul tersebut akan diperkenalkan selepas kajian terperinci dan tahap keberkesanan diuji dalam projek perintis yang akan berlangsung mulai esok; 17hb Oktober.

No comments:

Post a Comment