Pada 28hb September yang lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan berita yang bertajuk, "No Bank Negara green light yet for FGV purchase of PT Eagle stake". Berita tersebut mendakwa kegagalan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membayar deposit untuk pembelian pegangan terbesar di dalam syarikat PT Eagle High Plantations (EHP) yang berpengkalan di Indonesia adalah disebabkan belum mendapat sebarang kelulusan dari pihak Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut sumber berita tersebut lagi, BNM tidak meluluskan permohonan FGV untuk membuat bayaran sebanyak 23% dari sejumlah AS$174.5 juta (RM780.87 juta) sebagai sebahagian pembayaran perjanjian awal yang dibuat pada bulan Jun berpunca dari beberapa sebab.
Lantaran itu sebagai usaha menenang pemegang saham dan tanggapan negatif masyarakat pasaran akan senario yang sebenar, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan FGV, Dato' Mohd Emir Mavani Abdullah mengulas bahwa segala usaha pembelian kepentingan ke atas EHP masih giat berjalan.
Penulis turut berasa terkilan pemberitaan ini, hanya mengundang lebih banyak permasalahan dan ketidakpercayaan terhadap FGV dan sekaligus mengundah-gulanakan hati-hati generasi peneroka akan keringat mereka selama ini hingga FELDA mampu menongkah pasaran dunia. Keadaan sedemikian rupa hanya kan menjadi agenda politik dan dipolemikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dato' Emir menasihatkan semua pihak menghubungi Komunikasi Korporat FGV dan/atau jabatan Perhubungan Pelabur untuk mendapat maklumat yang bernas dan betul.

“Jadi,
adalah sesuatu yang tidak membantu apabila membuat spekulasi berkenaan hasil
proses usaha wajar yang komprehensif atau faktor-faktor yang boleh memberi
kesan kepada keputusan perniagaan,” kata Emir.
Pada
Jun lalu, FGV telah menandatangani satu perjanjian dengan Rajawali Group bagi membolehkan
FGV memiliki 37 peratus saham dalam EHP dengan nilai AS$680 juta (RM2.55
bilion) dalam bentuk dana tunai dan saham.
Melalui
perjanjian tersebut, anak syarikat Felda Holdings Berhad itu akan mengambil
alih kira-kira 95% kepentingan dalam perladangan gula Rajawali Group
dengan nilaian AS$67 juta (RM252.5 juta) secara tunai dan saham.
Transaksi sebegini besar pastinya mendapat perhatian ramai terutamanya dari kalangan pelabur termasuklah pihak pembuat dasar; Kerajaan Malaysia.
“Mereka
menunjukkan kepada kami komitmen tadbir urus yang tinggi dan ketelusan bagi
memastikan semua pihak yang mengikuti perkembangan terkini bergerak selaras dengan
keperluan undang-undang,” tambah Dato' Emir lagi.
Penulis turut berasa terkilan pemberitaan ini, hanya mengundang lebih banyak permasalahan dan ketidakpercayaan terhadap FGV dan sekaligus mengundah-gulanakan hati-hati generasi peneroka akan keringat mereka selama ini hingga FELDA mampu menongkah pasaran dunia. Keadaan sedemikian rupa hanya kan menjadi agenda politik dan dipolemikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dato' Emir menasihatkan semua pihak menghubungi Komunikasi Korporat FGV dan/atau jabatan Perhubungan Pelabur untuk mendapat maklumat yang bernas dan betul.
No comments:
Post a Comment