Hampir setiap bulan, berita menyentuh mengenai perkhidmatan pengangkutan awam darat tidak sunyi dari kontroversi, salah faham, kedegilan dan pastinya semua hanya cepat menyalahkan Kerajaan Malaysia atau agensi yang dipertanggungjawabkan dalam memastikan kelancaran perkhidmatan di dalam kepesatan negara sekarang.
Sebagai salah seorang pengguna perkhidmatan awam darat terutama apabila melakukan perjalanan keluar kawasan, penulis dapat merasai betapa kebanyakan kalinya, pemberi khidmat begitu bersahaja dan tidak bertanggungjawab hanya mengutamakan kadar tambang yang padan dan sesuai buat mereka tetapi tidak di pihak pengguna dan adanya mereka yang berlagak "samseng jalanan" sedang hidup seharian mereka bergantung kepada keperluan pengguna yang berterusan.
Antara isikandung memorandum menyentuh tidak puashati golongan pemandu teksi itu terhadap:-
a. kenaikan harga NGV,
b. kos GST ke atas
penyelenggaraan kenderaan, peralatan dan operasi,
c. teksi-teksi haram telah menyebabkan kehilangan pendapatan (50% daripada pendapatan), dan
d. kebajikan sosial
pemandu teksi diberikan (insurans untuk kenderaan dan perlindungan PERKESO).
Kebanyak tuntutan yang dibuat di atas, jelas menunjukkan bukan di bawah "purview" SPAD. Anihnya Charles sebagai seorang Ahli Parlimen seolah lebih terikut atau memperalatkan pemandu teksi akan agenda beliau yang sebenar. Kelihatan beliau cuba mempolitikkan isu dan mencari "publisiti murahan"? Sedang Kerajaan Malaysia melalui SPAD sentiasa mendepani kebajikan pemandu teksi dan industri pengangkutan awam itu di samping kepentingan masyarakat pengguna turut diimbangi. Jelas sekali Charles Santiago mem"personafikasi"kan pepatah "menangguk di air keroh".
Kenaikan harga NGV adalah melibatkan pihak Petronas sedang SPAD tidak
mempunyai bidang kuasa untuk mengawal kenaikan atau penurunan harga bahan
mentah tersebut. Begitu juga dengan isu GST yang merupakan isu negara yang
melangkaui bidang kuasa pihak SPAD.
Bukankah Kerajaan telah meluluskan kenaikan kadar tambang teksi di antara 30% hingga 69% berkuatkuasa Mac 2015? Kenaikan harga tambang itu telah mengambilkira kenaikan kos yang ditanggung pihak industri teksi. Berita ini dan yang berkaitan telah tersebar secara meluas di media perdana juga medan sosial. Penulis juga pernah beberapa kali telah mengkhabarkan perkembangan semasa menyentuh perihal sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam darat melalui blog ini.
Menyentuh perkara kebajikan sosial pemandu-pemandu teksi seperti insurans dan
PERKESO, penglibatan semua pihak diperlukan dan bukan hanya terhad kepada pihak
SPAD sahaja. Malahan ia melibatkan persatuan teksi, pihak Kementerian Sumber
Manusia, dan juga pihak Kementerian Pengangkutan yang semestinya berusaha untuk duduk di meja rundingan menyelesaikan
perkara berbangkit.
Menyentuh mengenai teksi-teksi haram yang tumbuh bagai "tumbuh cendawan selepas hujan" sebenarnya perlunya pihak pemandu teksi menyoal diri mereka. Adakah perkhidmatan yang diberikan yang terbaik kepada para pengguna? Mesra, Mudah, Harga Berpatutan. Rata-rata semua pengusaha dan pemandu teksi berlesen, faham dan akur pada pra syarat dan peraturan yang dikenakan sebagai seorang pengusaha, pemilik dan pemandu kereta sewa aka "teksi" sebelum permit dikeluarkan kepada mereka. Dalam perkara yang sama para pengguna juga turut memainkan peranan menggalakkan permintaan senario yang tidak memberansangkan.
Sehubungan itu perlu diingatkan teksi-teksi yang menggunakan aplikasi mudah alih Uber, Grabcar, Backlane, EasyTaxi adalah satu kesalahan bukan hanya di Malaysia. Teksi yang mengguna "apps" tersebut adalah perkhidmatan teksi haram di samping khidmat teksi sapu. Pihak SPAD akan terus bertindak dan mencegah dalam memastikan kebajikan dan nasib pemandu teksi yang sah terbela di samping keselamatan pengguna terjamin.
Sebagai makluman lanjut operasi sepadu yang dijalankan SPAD di bawah Sekyen 16, APAD 2010 berhasil mendapati kesalahan berikut:
1. Jumlah kes bermula Jun 2011 hingga sekarang adalah sebanyak 470 kes.
2. Jumlah kes bagi tahun 2015 sahaja adalah sebanyak 240 kes.
3. Jumlah kes bagi yang menggunakan "Apps" bermula Okt 2014 hingga sekarang adalah sebanyak 144 kes. Pecahan kes mengikut "Apps" seperti berikut :
a. UBER - 43 Kes.
b. GRABCAR - 97 Kes.
c. Blacklane - 1 Kes.
d. EasyTaxi - 3 Kes.
4. Status Kes melibatkan penggunaan Apps seperti berikut :
a. NFA - 10 Kes.
b. Denda Mahkamah - 13 Kes.
c. Kompaun - 9 Kes.
d. Proses Makhamah - 49 Kes.
e. Proses Penyiasatan - 63 Kes.
5. Status Mohon Lucut Hak untuk Kes Melibatkan Penggunaan Apps - 110 kenderaan.
Kepada Charles Santiago, diharap jangan cepat melatah atau "jump the gun" untuk menjadi Hero pada agenda yang akan memakan diri. Jadilah seorang "mediator", pemudah cara, mendengar dan menyelesai permasalahan secara berhemah...bukan terburu-buru tanpa fakta yang sahih.
No comments:
Post a Comment