Friday, November 20, 2015

ADUN Sg Puyu, Seorang Racial Bigot!

Tindakan ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang membangkitkan semula soalan bertulis dan diterima jawapannya oleh wakil rakyat Sungai Acheh (Barisan Nasional); YB Datuk Haji Mahmud Zakaria berhubung pembakaran terbuka semasa perayaan 'Hantu Lapar'.di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), mendapat "tongue lashing" (dengan izin) dari Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang; YB Datuk Hajah Jahara Hamid (BN) ketika sesi penggulungan semalam.

Soalan yang diajukan Datuk Mahmud menyentuh tentang isu alam sekitar yang melanda ketika itu di seluruh negara; isu JEREBU dan kebetulan berlangsungnya perayaan "Hantu Lapar" (Hungry Ghost...dengan izin) dan pembakaran terbuka. Pastinya keadaan ini memerlukan kefahaman dan penjelasan demi kesihatan rakyat dan tidak mempunyai bibit perkauman.

Selaku Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh telahpun menjawap soalan dengan jelas secara bertulis dan diterima wakil rakyat yang bertanya juga rakan-rakan dari pihak BN. 

Dijelaskan bahawa pembakaran yang dibuat sepanjang perayaan tersebut telah diisytihar sebagai satu upacara keagamaan dan bukan pembakaran terbuka mengikut peruntukan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003.

Ketika bercakap kepada pemberita, YB Jahara memberitahu, "Phee dengan sengaja mempertikai soalan yang ditanya ADUN Sungai Acheh dan cuba menjadikan perkara itu sebagai rasis ketika sesi penggulungan."

Perbuatan Phee membangkitkan soalan tersebut semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada persidangan DUN, jelas mempunyai agenda perkauman sebaliknya menuduh ADUN Sg Acheh yang bersifat sedemikian; perkauman. 
Tambahan pula, Phee berusaha memutarbelitkan jawapan bertulis itu dengan sengaja ingin mencetuskan provokasi agar wakil rakyat Barisan Nasional akan tercabar hingga berlaku pertikaman lidah. Berhasilnya usaha itu, maka mudah dibuat FITNAH oleh beliau dan disambut oleh rakan-rakannya di dalam Pakatan Harapan.

Phee dinasihatkan memahami Perkara 26 dan Perkara 27 mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Begitupun beliau dengan biadapnya mengungkap sebaris ayat di dalam bahasa Cina (Hokkien) tanpa izin Tuan Speaker semasa menggulung perbahasan.

Sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang pemimpin di dalam masyarakat, tauladan yang ditunjukkan Phee membuktikan beliau mengamalkan politik sempit! Gagal mensejagatkan Perkara 152 mengenai Bahasa Kebangsaan terutama di dewan yang dihormati.

Penulis turut pernah berdepan sepenggal yang lalu, diminta mewakili seorang ADUN ketika itu untuk menghadiri sebuah mesyuarat yang dipengerusikan Phee. Amat berlainan sikap beliau, ketika melihat seorang Melayu sebagai wakil, walaupun ada Melayu lain yang turut hadir, tetapi mereka dari pihak Pakatan Rakyat ketika itu (DAP, PKR dan PAS).

No comments:

Post a Comment