Wednesday, November 25, 2015

FGV Tidak Menyokong Fahaman Radikal


Dewasa ini, kerap sangat berita berunsur negatif yang dikaitkan pemimpin, agensi malah persyarikatan negara di media massa. Usaha individu tersebut sebenarnya tidak memberikan manafaat atau impak yang baik kepada negara, malahan menambah cemuhan dan keraguan ke atas integriti dan nama baik sesuatu entiti.


Terbaru sebuah akhbar The Star, bertarikh 16hb November melapurkan, "...bekas pegawai kanan FELDA telah ditahan bersama empat individu lain di dalam kegiatan militan" 

Tiga orang individu telah ditahan pihak berkuasa kerana kegiatan militan Islam State (IS) di Johor dan Selangor. Bagaimanapun dalam ulasan lanjut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas pegawai kanan tersebut telah tidak lagi berkhidmat dengan FGV sejak bulan Ogos setelah memilih skim pemisahan sukarela (VSS).

Dalam satu siaran berikutan, FGV telah mengambil maklum lapuran yang dimuatkan oleh The Star dan mengeluarkan kenyataan menyangkal dan menafikan sebarang pembabitan di dalam aktiviti militan.

"Kami ingin menyatakan bahawa FGV adalah tegas terhadap sebarang bentuk ekstremisme atau radikalisme, dan mempunyai toleransi sifar dalam merosakkan nyawa yang tidak berdosa.
Untuk makluman, semua pekerja FGV terikat dengan Kod pekerja Etika dan Peraturan, yang melarang sebarang penglibatan dalam aktiviti salah yang boleh mencemarkan reputasi syarikat.
Pada ketika ini, kami ingin menyatakan bahawa kami akan terus memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membantu dalam siasatan."

Sebarang perkembangan terkini dan maklumat yang berkaitan FGV boleh didapati melalui laman sesawang FGV di http://www.feldaglobal.com/

Jangan mudah terpengaruh makluman luar dari sumber yang sah.

No comments:

Post a Comment