Ramai orang Melayu Pulau Pinang, khususnya cukup berbangga dengan pendekatan yang dibuat Lim Guan Eng, kononnya beliau banyak menyalurkan bantuan kepada sekolah pondok dan agama di Pulau Pinang.
Satu sifat yang digunapakai Pembangkang dan mudah terkesima dan terpukau rakyat dibuatnya. Segala ramuan membuat sebiji kek disediakan Barisan Nasional (BN). Pembangkang terutama DAP hanya menyudahkannya dengan meletakkan 'icing' di atas kek dan mengaku sebagai hasil tangannya.
HAKIKATnya, yang mesti diketahui, setiap agihan yang dibuatkana adalah dari agihan daripada Kerajaan Pusat yang ditunjangi BN untuk melancarakan dan memudahkan urusan agama Islam di seluruh negara.
Keadaan di mana bila "BN beri DUIT; akan dimaki. DAP mengaihkan DUIT pula yang dipuji."
Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM488,739,273 bagi aktiviti memakmurkan masjid dan pendidikan Islam di seluruh negara untuk sepanjang tahun ini (2015).

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf
Wajdi Dusuki, peruntukan yang besar itu juga adalah bagi merealisasikan
hasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan setempat dan sepanjang
hayat, sekali gus memantapkan pendidikan serta penghayatan Islam pada 15hb Nov lepas.
"Peruntukan itu juga digunakan untuk membayar elaun
termasuk untuk pembayaran imbuhan kepada 14,254 imam, guru takmir (3,759
orang), guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) (32,764 orang) dan pegawai
penyelaras masjid daerah (171 orang).
"Sebanyak RM21,077,646 daripada jumlah peruntukan itu
diperuntukkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk pembayaran semua mereka
yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis
Multaqa dan Penyampaian Anugerah Pegawai Masjid, Guru Takmir dan Guru KAFA
peringkat negeri Pulau Pinang.
Majlis itu dirasmikan Yang DiPertuan Negeri, Tun Abdul
Rahman Abbas turut dihadiri Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri,
Datuk Seri Zainal Abidin Osman serta Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd
Rashid Hasnon.
Sementara itu, Asyraf Wajdi meminta semua pihak terutama
guru takmir dan guru Kafa menyatukan matlamat dalam membangunkan umat
Islam dengan mengetepikan sentimen
politik dan perbezaan ideologi.
"Imam, pegawai masjid, guru takmir dan guru Kafa
merupakan pemimpin hadapan yang bertanggungjawab mendidik masyarakat dan
membantu kerajaan dalam merealisasikan hasrat untuk memartabatkan Islam di
negara ini.
"Jadi perbezaan pendapat dan ideologi haruslah
diketepikan demi menjamin umat Islam berada dalam landasan yang harmoni,
berdaya saing dan terus cemerlang dalam pelbagai lapangan," katanya.
Pada majlis itu, Zainal Abidin dalam ucapannya
berkata kerajaan pusat telah membelanjakan sebanyak RM137.89 juta bagi program
dan projek meningkatkan syiar Agama Islam di Pulau Pinang sejak tahun 2008
hingga 2015.
Katanya peruntukan itu disalurkan bagi pelaksanaan
projek-projek fizikal seperti bina baru dan naik taraf surau serta masjid dan
melalui sumbangan
bekalan seperti peralatan.
"Sehingga November ini, sebanyak RM12.16 juta telah
dibelanjakan bagi terus melestarikan program, projek dan pendidikan Islam
antaranya membina tiga masjid baru dan baik pulih 12 buah masjid, bina sebuah
surau dan baik pulih 35 buah surau serta membina dua buah sekolah agama rakyat
(SAR) dan baik pulih dan naik taraf 4 buah SAR serta pelbagai lagi,"
katanya.
Beliau berkata banyak lagi yang sedang dirancang bagi
memastikan pembangunan fizikal dan kerohanian berkonsepkan Islam terus
dilaksanakan di negeri ini.
Penulis ingin bertanyakan kepada pembaca, tahukah berapa jumlah Surau atau Masjid yang telah dibangun atau diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak DAP menerajui negeri dari tahun 2008 sehingga kini?.....SATU.
Berapa banyak Surau dan Masjid yang telah dibangunkan atau diperbaiki oleh Kerajaan Pusat melalui agensinya dari Merdeka sehingga hari ini (walau Kerajaan Negeri ditadbir Pembangkang)?....terlalu banyak!!!

No comments:
Post a Comment