Tuesday, November 24, 2015

Kritikan Pembangkang DiPatahkan Datuk Ehsan

Sesuatu yang menarik perhatian kali ini di dalam Sidang Dewan Rakyat, adalah usaha pihak Pembangkang dan penyokongnya ingin mempersoal integriti dan kewibawaan YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan kabinet Kerajaan Malaysia.

YAB Dato' Sri turut didesak mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri dan dicabar sokongan ke atas Belanjawan Tahun 2016 yang telah dibentangkan pada 23hb Oktober lalu di dewan yang mulia; Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen, Liew Chin Tong (DAP - Kluang), ketika menyoal di dalam perbahasan Belanjawan lebih berbentuk pertuduhan yang tidak berlandaskan fakta dan kefahaman yang cetek. Dan sekali lagi menabur FITNAH adalah merupakan ruji di kalangan ahli politik Pembangkang terutamanya seperti yang diluahkan Ahli Parlimennya seperti Liew. 

"Tentang peruntukan untuk JPM. Sebenarnya RM8.5 bilion dalam peruntukan pembangunan itu bukan untuk agensi tetapi untuk Perdana Menteri dan untuk beliau berikan kontrak ataupun projek secara budi bicara ataupun ikut suka hati. Minta komen." begitu nada dan soalan Ahli Parlimen Kluang.
Kali ini, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sebuah agensi yang memayungi tidak kurang dari 93 buah agensi seperti PR1MA, APMM, UKAS, Bencana, UPEM, ESSCOM dan sebagainya yang mana pengurusan agensi-agensi ini adalah di bawah peruntukan pengurusan daripada JPM yang menjadi sasaran Pembangkang. YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen (BN - Kota Tinggi) sebagai memulakan hujah menyanggah kritikan demi kritikan dari pihak Pembangkang yang jumud membantah dan tidak bersetuju tanpa melihat pecahan peruntukan untuk pembangunan.

Belanjawan 2016 yang diperuntukan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah merupakan salah satu daripada peruntukan yang agak besar di mana hampir RM45 bilion untuk pengurusan dan hampir RM20 bilion pula untuk pembangunan. Di antara peruntukan pembangunan Belanjawan 2016 untuk agensi adalah RM5.6 bilion diperuntukan kepada UKAS bagi menggalakkan penglibatan swasta untuk merancakkan pelaburan domestik tanpa terlalu bergantung kepada pelaburan asing, Datuk Ehsan ketika menjawap soalan yang dikemukakan Liew. 
Sebagai contoh, peruntukan sebanyak RM1.1 bilion pembinaan jalanraya dari Johor Bharu ke Nusa Jaya telah dibiayai melalui UKAS. Keadaan ini dapat mewujudkan jalan utama dan secara langsungnya akan merancakkan pembangunan di Iskandar Malaysia dan dengan pesatnya akan memberi peluang kepada masyarakat setempat dan rakyat Malaysia, umumnya. 

Perlu diingatkan UKAS, JPM adalah agensi pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras projek-projek Penswastaan, public private partnership (PPP) dan projek kerjasama sektor awam-swasta yang memberi impak kepada ekonomi negara dan boleh diberi suntikan dana "facilitation fund".

Dasar Penswastaan yang telah dilancarkan sejak tahun 1983 adalah sebahagian usaha meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara. Usaha ini telah membantu mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan, meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi  dan membantu mencapai matlamat dasar ekonomi negara yang lebih mapan. 

Datuk Ehsan mengulas lagi pendekatan baru yang kerajaan perkenalkan sebagai 'facilitation fund' telah mendapat tambahan sebanyak RM3 bilion. Sebagai contoh lagi, memandangkan nilai hartanah yang tinggi di negeri Selangor dan keperluan untuk Kerajaan membina LRT dan MRT, semua pembelian tanah terpaksa dibiayai Kerajaan Pusat dengan harga yang tinggi. RM2.6 bilion tambahan diperuntukan memlihatkan kemampuan kerancakkan ekonomi melalui pembangunan koridor seperti di Iskandar Malaysia, East Coast Economic Region (ECER) dan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE). 

Sungguh mengaibkan sekali pihak Pembangkang seperti Ahli Parlimen, Liew, sering mempertikaikan segala usaha yang dirancang dan direncanakan bagi meningkatkan tahap ekonomi negara dan bermanafaat kepada rakyat, bukan sahaja diperlekeh tetapi difitnahkan sebagai peruntukan untuk Rakyat telah dipoton atau dikecilkan di dalam Belanjawan 2016!
Propaganda yang dimainkan "Peruntukan rakyat dipotong, peruntukan ‘Najib’ ditambah" yang dijaja DAP inilah antara dimomokkan sebagai senjata untuk meraih undi tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Soalan paling tepat yang boleh diajukan kepada Pembangkang, apakah Pemangkang begitu kritikal untuk menjatuhkan kerajaan dengan memusuhi kestabilan negara dan kedaulatannya sehingga keharmonian dan pertumbuhan ekonomi rakyat diketepikan dengan menabur Fitnah?

Bersyukurlah ada Ahli Parlimen seperti Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid yang mampu mengesan niat jahat Pembangkang dan menangkis perlakuan mereka. Harapan agar rakyat turut berfikir dua kali malah berkali-kali sebelum menerima seruan dan dakwaan dari pihak Pembangkang yang bersifat mencetus kerengsaan dan memilih huru-hara daripada keamanan dan kesejahteraan.

No comments:

Post a Comment