Wednesday, November 18, 2015

Lesen Pengendali Beberapa Syarikat DiBatalkan.

Menurut laman sesawang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertarikh 9hb November 2015 memaklumkan berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan, Bil. 12/2015 untuk mengeluarkan Notis Pembatalkan Lesen Pengendali kepada syarikat seperti yang dipaparkan di bawah.

Untuk pengetahuan umum, Lesen pengendali terbahagi kepada 4  komponen utama yang melibatkan:
1.  Lesen Pengendali; maklumat merangkumi nama syarikat, nombor dan alamat daftar syarikat, kelas lesen dan tempoh sah laku lesen
2.  Permit Kenderaan; 
     i.)  Lampiran A; senarai semua permit kenderaan yang aktif di dalam kelas lesen
     ii.) Permit Kenderaan; tanda pengenalan yang dibawa bersama setiap kenderaan      bagi kelas kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan.
3.  Permit Perkhidmatan; menyenaraikan laluan yang dibenarkan berdasarkan kelas yang disahkan.
     4.  Keperluan tahap Perkhidmatan; syarat-syarat lesen dan keperluaan yang mesti 
         dipatuhi dari aspek keselamatan, perkhidmatan pelanggan kebolehpercayaan dan
         kebolehcapaian.

Berdasarkan lapuran pada tahun 2013, menunjukkan seramai lebih dari 75,000 Pengendali yang melalui proses migrasi dari LPKP

Seperkara yang perlu dinyatakan, aspek yang membezakan lesen Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1 (LPKP1) yang kini telah ditambahbaik dengan penguatkuasaan Lesen Pengendali SPAD melalui Akta Pengangkutan Darat 2010 dan Akta SPAD 2010 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan kemudiannya oleh Dewan Negara. 

Lesen berasaskan LPKP 1. Lesen disandarkan kepada kenderaan
1. Jika ada banyak kenderaan, syarikat pengendali memerlukan lebih banyak lesen
2. Setiap kenderaan dibenarkan beroperasi di satu (1) laluan sahaja (terhad).
3. Setiap permohonan berkaitan lesen perlu dibuat secara berasingan 
mengikut kenderaan.
4. Syarat kualiti perkhidmatan dinyatakan secara umum sahaja.

Kelebihan Lesen Pengendali SPAD
1. Lesen disandarkan kepada pengendali – Hanya perlu satu (1) lesen utama bagi semua kenderaan
2. Semua kenderaan didalam kelas yang sama dibenar beroperasi di semua laluan yang diluluskan (lebih fleksibel).
3. Permohonan berkaitan lesen dibuat secara bersekali (in bulk) mengikut Lesen Pengendali.
4. Syarat kualiti perkhidmatan dijelaskan dengan lebih terperinci untuk setiap kelas lesen


Walaupun Anda Terpaksa Membawa 3 atau 4 Helaian Kertas (PERMIT) tetapi semua bas anda boleh beroperasi di semua laluan bas yang anda miliki dalam satu Syarikat (1 Syarikat = 1 Lesen Pengendali).

No comments:

Post a Comment