Wednesday, November 18, 2015

Tindakan Tegas Perlu DiKenakan KeAtas Himpunan Haram


ini pemandu teksikah? atau agen-agen buat kecoh?

Pada pagi tadi satu perhimpunan telah dianjurkan oleh sebilangan pemandu-pemandu teksi di Padang Merbok, Kuala Lumpur dan berarak ke Bangunan Parlimen sebagai menyuarakan "bantahan di atas kegagalan kerajaan" menyelesaikan isu teksi menggunakan aplikasi Uber dan GrabCar.
Menurut Datuk Tajuddin Md. Isa; Ketua Polis Kuala Lumpur, keadaan di Padang Merbok sehingga pukul 12 tengah hari tadi adalah terkawal. Lapuran awal, memaklumkan terdapat 79 buah teksi telah berkumpul di padang tersebut bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Uber dan GrabCar yang telah menjejas pendapatan mereka.


Pemandu-pemandu teksi kebanyakannya dari Lembah Kelang itu membawa sepanduk yang tertulis "PM Najib Tolong Kami", "Pecat Syed Hamid", "Say NO to UBER" dan "Hidup Teksi". Apakah mereka tidak mensyukuri nikmat dan peluang yang diberikan? Pantas menyalahkan sesiapa sahaja, sedangkan ada di kalangan mereka yang tidak patuh pada syarat-syarat dan terma ketika memohon permit.

Di perkarangan Parlimen, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah mengambil peluang menemui kumpulan pemprotes yang diberitakan itu dan menerima memorandum bantahan dan menyatakan sokongan. Pastinya, inilah yang dicitakan oleh pihak Pembangkang...bagaikan orang yang mengantuk disorong bantal serta menangguk di air keruh.
Apa tidaknya, setelah segala usaha berbaur politik, menafi dan memalukan YAB Perdana Menteri melalui UNDI TIDAK PERCAYA; gagal mendapat sokongan majoriti. Isu 1MDB serta niat untuk "hijack Bajet 2016" antaranya turut sepi dari sokongan di Dewan Parlimen. Pembangkang yang dikepalai Ketua Pembangkangnya; Dr Wan Azizah dan barisan MP mereka bagai ketandusan ide, akan menyemarakkan api kemarahan dari kekecewaan segolongan pemandu Teksi yang mementingkan diri.
Dari sudut pandangan yang berbeza, pada hari Sabtu yang lalu, kira-kira seramai 1,000 orang pemandu teksi, pengendali dan peserta telah berikrar memberi sokongan mereka kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Matlamat mereka untuk memperbaiki dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti semasa bertugas, bekerjasama dengan SPAD untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. 
Tidak dinafikan, Uber dan GrabCar turut memberi kesan kepada pendapatan pemandu Teksi terutama bagi mereka di kawan bandar, namun Pengerusi Pertubuhan Teksi Malaysia (PETEKMA), En. Shahril di dalam majlis tersebut menjelaskan, PETEKMA dengan keahlian lebih 60,000 di seluruh negara dan seramai lebih 9,000 orang ahli tertumpu di Lembah Kelang memilih jalan perbincangan di meja bulat di dalam menanggani perselisihan pendapat dan menyelesaikan masalah.

ini 500 orang pemandu seperti yang dipaparkan portal Pembangkang!?
Dakwaan yang dibuat PEPEDEM (Persatuan Pemandu Teksi Demonstrasi) dengan kehadiran lebih "500 orang pemandu teksi" juga adalah satu lagi pembohongan dan diada-adakan. Uber dan GrabCar jikalau dirujuk semula, penulisan sebelum ini, membuktikan usaha keras pihak SPAD merampas tidak kurang dari 140 buah kenderaan persendirian yang digunakan secara haram untuk mengangkut penumpang.
Seperkara yang harus diingatkan lagi, Uber dan GrabCar adalah aplikasi yang dimuatturun dan digunakan oleh dua belah pihak; pemandu Teksi dan bakal penumpang teksi. Permohonan kendalian teksi secara talian ini, BUKAN bidang kuasa SPAD tetapi Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia Malaysia (SKMM). Malangnya, bagi pertubuhan pendesak yang tidak berfikir panjang dan waras, menuding jari adalah satu yang mudah dan menjadi kebiasaan....dan beranggapan diri mereka di pihak yang benar. 
Menyentuh mengenai perhimpunan yang dirancangkan sebelum hari ini, YB Nancy Shukri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa perhimpunan oleh pemandu teksi tertentu sebagai tidak patriotik dan mencemarkan imej negara. Keadaan yang berlaku amatlah dikesali beliau,
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke 27 dan bakal bermula pada 19hb Nov - 21hb Nov 2015 bersama rakan dailog dari Jepun, Kores Selatan, China, Australia, India dan Amerika Syarikat. Kebetulan di ketika ini, sedang berlangung persidangan ASEAN Youth Leader di Kuala Lumpur. Keadaan yang diperlihatkan oleh golongan penganjur dan peserta perhimpunan haram ini, sudah pasti akan dimanipulasikan Pembangkang.

Dalam satu sidang akhbar bersama yang diadakan semalam di antara PETEKMA, Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Shah Alam, Persatuan City dan Persatuan Teksi Giant Seksyen 13 Shah Alam, telah bersetuju penganjur, peserta juga mereka yang terlibat di dalam perhimpunan haram ini dikenakan tindakan kerana terlibat mensabotaj imej negara yang bakal bersidang di Sidang Kemuncak ASEAN.
Pastinya pihak penganjur tidak kemukakan sebarang kebenaran/keizinan rasmi dan bertulis dari pemilik tempat perhimpunan; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Maka wajarlah tindakan mengikut Seksyen 11, Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) diambil tanpa banyak bicara lagi.

No comments:

Post a Comment