Wednesday, December 23, 2015

Jangan Jadikan McDonald's Mangsa Keadaan

Kempen jenama seperti "I'm lovin it" dan "McValue Meal" pasti mengingatkan para pelanggan malah orang sekeliling dengan McDonald's ditambah pula dengan "Ronald McDonald"; badut berambut merah beralun, berpakaian jumpsuit kuning dan berkasut 'oversize' serta berbaju belang putih merah.
Keceriaan dan kemeriahan yang berpusat di McDonald's, khususnya di McDonald's Malaysia amat bertepatan dan bersesuaian di dalam masyarakat berbilang etnik, fahaman dan agama di lebih 270 premis restoran makanan segera yang membuka pintunya sejak tahun 1982 dan beroperasi 24 jam, 365 hari dalam setahun.
McDonald's Corporation (McDonald's AS) diasaskan dari satu impian Ray A. Kroc pada usia 52 tahun memperkenalkan McDonald's System Inc. pada tahun 1955, pada mulanya. 
Kini McDonald's telah mengelilingi dunia di lebih 36,000 lokasi di 120 buah negara dengan lebih 80% dari operasinya dikendalikan oleh francaisi (pemilikan tempatan) menghidangkan makanan kepada 69,000,000 orang pelanggan setiap hari.

Persepsi yang dimainkan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam perjuangan mereka, agar McDonald's perlu diBOIKOT, menjadikannya bahan serangan balas tindakan Yahudi Zionis ke atas Palestin:
  1. McDonald's AS adalah penyumbang dana kepada Jewish United Fund (JUF) yang berpengkalan di Chicago.
  2. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi McDonald's, Jack Greenberg adalah seorang Yahudi dan penyokong kuat Israel melalui beberapa badan komuniti Yahudi di Chicago.
  3. McDonald's mempunyai 180 buah restoran di Israel dan memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 warga Israel.
Tanggapan itu telah dijawab dan dijelaskan di dalam siri sebelumnya; 
. Kerja Boikot Satu Sikap Prejudis: Siri 1
http://darikacamatarakyat.blogspot.my/2015/12/kerja-boikot-satu-sikap-prejudis-siri-1.html
. Siri 2: Kerja Memboikot Satu Prejudis
. Siri 3: Hype Mengenai Matching Gifts
telah dan diharapkan dapat menangkis kepercayaan dakwaan ke 2 mengenai Jack Greenberg. Sekali lagi perlu ditekankan, sebagai sebuah syarikat awam yang diperdagangkan di Bursa Saham New York, tambahan pula, telah membuktikan tidak ada mana-mana individu atau syarikat yang memiliki lebih daripada 10% pegangan saham McDonald's AS, mana mungkin memboleh manipulasikan arahtuju syarikat?

Sebagai maklumat tambahan, menyentuh mengenai dakwaan McDonald's mempunyai 180 buah cawangan restoran di Israel dengan lebih 4,000 orang pekerja di mana 3,000 daripadanya adalah remaja. McDonald's Israel adalah syarikat persendirian yang dimiliki oleh Dr Omri Padan.
McDonald's selaku entiti berasaskan perniagaan membuka cawangan mereka di pelusuk dunia termasuklah Israel. Apa yang jarang atau tidak pernah diceritakan kepada kita adalah McDonald's Israel mempunyai polisi iaitu tidak membuka cawangan di atas tanah rakyat Palestin. Ini kerana mereka menghormati undang-undang antarabangsa yang tidak mengiktiraf penempatan atau perniagaan di atas Green Line atau sempadan yang ditetapkan sebelum Perang Arab-Israel tahun 1967.

Anda juga perlu tahu bahawa warga Israel juga memboikot McDonald's atas sebab polisi tersebut kerana mereka menganggap McDonald's AS telah mendiskriminasi warga Israel yang menetap di atas penempatan haram di atas tanah  Palestin di Tebing Barat.
Pemilik McDonald's Israel, Dr. Omri Padan merupakan salah seorang pengasas NGO Peace Now yang juga anti-penempatan haram di atas Tanah Palestin. Di atas dimuatkan keratan berita warga Israel yang menetap di penempatan haram di atas tanah Palestin menyeru rakyat Israel memboikot McDonald's kerana polisi tidak mahu membuka cawangan McDonald's di atas tanah penempatan haram.

Sebagai kesudahan penjelasan yang telah dipaparkan sebelum ini, satu video klip penjelasan dan penerangan oleh McDonald's Malaysia dimuatkan untuk dimainkan Anda.
Diharapkan dengan siri penerangan ini semua, kembalilah Anda dengan berlapang dada dan mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas, bahwa McDonald's AS amnya, McDonald's Malaysia khususnya tidak mempunyai sebarang agenda atau minat melibatkan diri di dalam mana-mana konflik di dunia. 

No comments:

Post a Comment