Wednesday, December 23, 2015

Siri 4: JUF DiBiayai McDonald's?

Siri ini adalah yang terakhir menyentuh mengenai usaha-usaha pemboikotan ke atas jenama McDonald's, lebih khusus lagi melibatkan McDonald's Malaysia. Semoga kita beroleh manafaat dan pencerahan sepanjang kehadiran di sini. 

Jadi, kenapa McDonald's perlu diboikot? Apakah McDonalds mempunyai hubungan dengan Israel seperti yang dikatakan? Saya berpandangan tidak perlu disebut kumpulan atau badan bukan Kerajaan (NGO) baik di dalam mahupun di luar negara yang begitu taksud, menghukum McDonald's. Cukuplah sekadar dikongsikan beberapa pernyataan dan maklumat yang mungkin tidak dimaklum/disembunyikan agar usaha itu tercapai.

McDonald's AS memperkenalkan "McDonald's Employee Matching Gifts Policy" sebagai satu usaha menggalakkan kakitangannya untuk membuat sumbangan kepada mana-mana badan kebajikan di dalam bentuk kewangan dan pihak McDonald's AS akan membuat bayaran yang sepadan kepada badan-badan kebajikan "pilihan" mereka.

Namun dalam hal yang sedemikian, McDonald's AS telah menggariskan panduan yang khusus dan mesti dipatuhi oleh semua kakitangannya. Tidak pula polisi ini menggaitkan sumbangan terhad kepada JUF sahaja. 
Tambahan lagi, kita semua boleh akui, sistem percukaian di Amerika Syarikat sangat tegas. Agensi Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (Inland Revenue Service) Amerika Syarikat telah menetapkan undang-undang seperti yang diterakan https://www.irs.gov/Charities-&-Non-Profits/Charitable-Organizations/Exemption-Requirements-Section-501(c)(3)-Organizations dengan jelas melarang pemberian berbentuk kewangan itu.
Diingatkan semula, McDonald's adalah sebuah syarikat milik awam yang tersenarai di Bursa Saham New York (NYSE). Sebagai syarikat awam tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) US di mana segala perbelanjaan perlu diaudit dan dilaporkan untuk tujuan percukaian dan sebagai tanggungjawab kepada pelabur awam.

Siapa pemilik McDonald's Corp kerana sebagai syarikat awam sudah tentulah McDonald's dimiliki beribu pelabur yang memiliki saham McDonald's. Antaranya adalah syarikat pelaburan, insitusi kewangan dan sebagainya yang boleh dirujuk di sini: 
Begitupun, mari perhatikan laporan tahunan kewangan McDonald's yang telahpun dioditkan dari tahun 2000 hingga 2014. 
http://www.aboutmcdonalds.com/mcd/investors/annual_reports.html , tidak satupun mempunyai bukti kukuh "money trails" sumbangan dibuat McDonald's AS adalah bertujuan untuk peperangan, keganasan atau pembesaran kawasan Zionis ataupun sampai ke tangan Israel Defence Forces. 

Siapa pula Jewish United Fund (JUF) yang dikaitkan dengan McDonald's AS? Apa kegiatannya sehingga begitu sinis pertuduhan di sekelilingnya? Gara-gara terdapatnya perkataan Jewish, maka tanpa berfikir panjang ramai terdorong dan beranggapan ia adalah satu yang mesti ditentang dalam apa kaedah sekalipun. 

JUF adalah satu dari ribuan badan kebajikan yang berdaftar di Amerika dan "turut" berhak menerima derma/sumbangan yang dilakukan melalui program "matching Gifts". Ini adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan sebagai sebuah badan kebajikan di Amerika Syarikat memperoleh sumbangan untuk kegiatan mempromosi program pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan. 

Jom kita buat carian mengenai JUF, di mana derma/sumbangan yang diterimanya dibelanjakan http://www.juf.org/about_juf/where.aspx 
Daripada lebih 2,000 derma yang telah dibuat oleh kakitangan McDonald's AS kepada badan-badan kebajikan pada tahun 2014, hanya terdapat 3 sumbangan dibuat kepada JUF, ataupun pembaca boleh melayari dan muatturun dokumen di 

Sudah barang pasti pengaruh kaum Yahudi berada di mana-mana di pelusuk dunia, tidak terkecuali di Amerika Syarikat, maka sudah pasti, nama-nama mereka akan disenaraikan. 

Bagaimana mungkin McDonald's Malaysia terbabit dengan JUF memandangkan pendirian Kerajaan Malaysia yang terkenal tidak memihak kepada keganasan ataupun konflik dunia. 

McDonald's UK (United Kingdom) pula di dalam satu kenyataan melalui laman sesawangnya, umumnya McDonald's UK tidak menderma kepada JUF atau mana-mana pertubuhan politik dan tidak berpihak kepada mana perbalahan atau pertikaian poltik mahupun agama. 
https://www.mcdonalds.co.uk/ukhome/whatmakesmcdonalds/questions/running-the-business/charities/do-mcdonalds-support-the-jewish-united-fund.html secara tidak langsung mengesahkan polisi McDonald's tidak terlibat di dalam penggalakkan aktiviti keganasan sedemikian, kecuali demi kebajikan yang dinayatakan di atas, sebelum ini.


Kenapa mesti semuanya dikaitkan dengan Israel, Yahudi sahaja, sedang "Matching Gifts" turut disampaikan kepada badan kebajikan Islamic Relief USA seperti di http://irusa.org/matching-gifts/ di mana juga antara penyumbang terbesar kepada Palestin.

Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini dan jika diamati, bukan sahaja McDonald's sahaja yang terlibat dengan program "Matching Gifts", malahan ramai lagi syarikat gergasi dunia. Program ini adalah umpama "Corporate Social Responsibility" (CSR) yang kita sering dengar dan saksikan di Malaysia.
Satu program yang dilihat sebagai satu kegiatan syarikat besar mengurangkan pembayaran percukaian kepada Kerajaan dengan aktiviti pengilibatan sosial antara kakitangan dengan anggota masyarakat. Ironiknya, hanya McDonald's yang sering dikaitkan dengan setiap pergolakan di Gaza, lebih khusus lagi di Tebing Barat.

Polisi McDonald's AS amat jelas adalah tidak menyokong atau terlibat secara tidak langsung dalam konflik agama dan peperangan, oleh itu sudah tentulah tiada cawangan McDonald's dibuka di kawasan berlakunya konflik tersebut. 

Janganlah kita menambah kemelut konflik dunia dengan maklumat yang tidak tepat, dan pantas menuding jari.

No comments:

Post a Comment