Monday, January 18, 2016

Halal Pula DiJadikan Isu

Menikmati hidangan makanan dan atau menggenakan barangan HALAL adalah tuntutan Allah SWT ke atas manusia terutama umat Muslim. Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ 


“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. 
Surah 2 Al Quran, Al-Baqarah; ayat 168 
Produk HALAL adalah satu kemestian terutama ke atas kehidupan umat Muslim yang bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah SWT. HALAL bukan sahaja melibatkan barangan makanan atau minuman sahaja tetapi turut menyentuh pakaian, barangan perhiasan lebih-lebih lagi penggenaan kosmetik dan sebagainya.

Firman Allah SWT lagi, 
“Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan kitab adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka…” 
Surah 5 Al Quran, Al-Maidah; ayat 5

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman". 

Surah 5 Al Quran, Al-Maidah; ayat88 

Begitulah betapa Islam menekan dan menitikberatkan isu Halal dan Haram di dalam masyarakat Mukmin. Namun istilah HALAL kerap ditekankan pada makanan dan minuman di kalangan anggota masyarakat negara dan kesedaran itu semakin menampakkan perubahan ke arah positif. 

Apapun berkisar dari pengalaman pemulauan ke atas restoren McDonald’s Malaysia yang nyata terpengaruh dengan "fitnah" hingga menyebabkan beberapa premis lenggang dan keresahan kepada kakitangan, kini beralih pula kepada dakyah kononnya penyediaan dan hidangan menu yang disajikan restoran makanan segera ini, sebagai tidak halal?! 
Pelbagai tuduhan liar turut disiarkan di laman media sosial dengan dakwaan, bahawa JAKIM telah menarik balik Sijil Pengesahan HALAL ke atas McDonald's Malaysia, sedangkan sebaliknya, sajian telah dijamin 100% Halal oleh pihak JAKIM juga oleh Jabatan Agama Islam Negeri dari masa ke semasa dari segala aspek termasuklah dari bahan mentah hingga ke sajian; turut merangkumi kebersihan dan pematuhan piawaian yang rapi seperti yang ditekankan JAKIM.

Tuduhan itu sudah pasti merupakan satu tamparan yang amat pedih kepada pihak pengurusan dan kakitangan McDonald's Malaysia yang berjumlah lebih dari 12,000 orang seluruh negara (tidak termasuk jumlah pengurusan dan kakitangan Franchisor) yang mana lebih dari 90% adalah dari bangsa Melayu Bumiputera dan berAgama Islam.

Anihnya, sikap mereka yang menabur fitnah itu menidakkan pula kewujudan sebuah rangkaian restoren yang dimiliki pemilik yang rasis serta tidak pula menjalankan perkhidmatan atau menghormati prasyarat tanda HALAL yang sebenar. 

No comments:

Post a Comment