Thursday, December 17, 2015

Kerja Boikot Satu Sikap Prejudis: Siri 1

Konflik di Palestin seumpama kekejaman tentera Zionis di Gaza malah mutakhir ini menceroboh ke Masjidil Al Aqsa, sudah tiba ke pantai negara di dalam bentuk "BOIKOT" ke atas produk yang dikaitkan dengan sokongan kepada Yahudi.

Lebih malang lagi, ramai masyarakat Malaysia, mengkaitkan sesuatu produk berjenama dari luar negara sebagai penyokong kekejaman dan keganasan di Palestin, tanpa usul periksa atau mendapatkan maklumat yang tepat lagi sahih. Memandangkan 61.3% kependudukan Malaysia adalah berAgama Islam (berdasarkan Bancian Penduduk 2010), tidak hairanlah konflik di Palestin amat sensitif di mata, maka kesannya terlalu menyentuh emosi dan perpaduan ummah.


Peristiwa memBoikot McDonald's sekitar tahun 2014 telah menjejaskan teruk perniagaan McDonald's Malaysia di dua premisnya di Kertih dan dan Dungun, Terengganu. Ramai dari kalangan kita dengan mudah melaungkan boikot produk Yahudi tanpa melihat pro dan kontra, tanpa kajian yang terperinci mengenai Yahudi dan Israel, lebih tepat lagi mana syarikat yang menyokong Zionis Israel dan mana yang tidak.
Pengetahuan ini amat penting bagi mengelakkan kita dari bertindak memboikot secara membabi buta semua produk Yahudi, kerana kebergantungan Malaysia terhadap produk Yahudi sangat besar peratusannya.
Manakan tidak, ratusan syarikat Yahudi mempunyai pasaran yang kukuh di Malaysia dan struktur ekonomi Malaysia yang banyak bergantung kepada negara luar seperti Amerika Syarikat. 

Pasaran eksport negara kita bergantung kepada negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sejak sekian lama. Lebih-lebih lagi, banyak produk komersial yang dieksport Malaysia adalah pembuat peralatan asal (Original Equipment Manufacturer- OEM); bahan perantaraan yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir, seperti Intel, AMD dan lain-lain.

Perniagaan berbentuk Francais, merupakan satu strategi perniagaan yang terbukti efektif dan mempunyai ikutan dan permintaan secara global. Tidak hairanlah, perniagaan francais mendapat perhatian dan permintaan di Malaysia. Siapa tidak pernah dengar atau melanggani perniagaan francais seperti Kenctucky Fried Chicken, A&W, Domino's Pizza dan banyak lagi? 

 Contohnya, McDonald's sebagai sebuah entiti perdagangan/perniagaan dari Amerika Syarikat, bagaimanapun sering dikaitkan beberapa golongan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dari dalam mahupun dari luar negara, memusatkan gerakan memBOIKOT terhadapnya di Malaysia. Malahan digambar dan dimomokkan setiap perbelanjaan di premis McDonald's digambarkan seolah menggalakkan kekejaman dan pembunuhan ke atas masyarakat Palestin; lelaki, wanita, anak-anak mahupun orang tua.

Maka, sebagai usaha penjelasan saya ingin mengajak pembaca menelusuri beberapa dakwaan yang sering berkisar terhadap khususnya McDonald's Malaysia dalam beberapa siri bagi menjelaskan kebenaran berdasarkan faktanya.


Dakwaan PERTAMA: McDonald's Corporation (McDonald's AS) di Amerika Syarikat dimiliki oleh pemilik berbangsa Yahudi yang menyokong Israel dan mempunyai agenda anti-Islam/anti-Palestin.

Penjelasan: McDonald's AS adalah sebuah entiti/syarikat yang diperdagangkan di Bursa Saham New York (NYSE). Ia dimiliki oleh lebih daripada 1.8 juta pemegang saham yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan warganegara. Mana-mana pemegang saham itu, baik individu mahupun entiti TIDAK memiliki lebih daripada 10% jumlah pegangan saham.
Untuk maklumat lebih jelas dan terperinci, sila layari link yangdisediakan di bawah:
www.aboutmcdonalds.com/mcd/investors.html 
www.nyse.com/quote/XNYS:MCD

Renungkan: Maka mana mungkin seorang individu atau entiti totok Zionis, dibolehkan memanupulasi mengawal urusniaga atau pentadbiran syarikat tersebut

Sebagai sebuah syarikat antarabangsa francais McDonald's yang telah beroperasi di 120 negara termasuklah di negara Islam, McDonald's telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negara berbilang bangsa, agama dan sudah pastinya menyajikan kelazatan makanan segera dari menunya kepada rakyat dan warganegara asing yang bersih dan suci, khususnya di Malaysia.

Di Malaysia, terkini terdapat lebih dari 250 premis restoran McDonald's dengan lebih daripada 8,000 orang kakitangan dan dijangkakan menjelang tahun 2020, jumlah restoran mencecah sebanyak 500 buah. 

Berikut dipaparkan kenyataan daripada McDonald's Malaysia yang ternyata turut kesal di atas tohmahan sikap prejudis sesetengah individu dan NGO yang cepat melatah dan menuding jari.

Siri seterusnya akan menjelaskan mengenai dakwaan pembayaran royalti dan pembiayaan kepada organisasi Yahudi. 

No comments:

Post a Comment