Thursday, December 17, 2015

Aspek Getir BNR DiTanggani SPAD

Penyusunan semula rangkaian bas henti-henti (Bus Network Revamp atau BNR) yang dikuatkuasakan Suruhanajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 1hb Disember tempoh hari ternyata, memberikan peluang kepada SPAD untuk mengenalpasti permasalahan atau kepincangan di dalam urusan perkhidmatan BNR di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna di Greater Kuala Lumpur.

Selama tempoh lebih dua minggu, pengenalannya, pelbagai rungutan yang diambil kira dari suara pengguna, pemimpin masyarakat, pengendali perkhidmatan dan umumnya anggota masyarakat di dalam usaha mempertingkatkan mutu dan penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan.

BNR yang dirancangkan SPAD menekankan kepada tiga aspek penting memastikan kepuasan dan kelancaran perkhidmatan kepada pengguna/penumpang di dalam 8 Koridor sepertimana yang ditekankan:

. Kekerapan perkhidmatan bas ditingkatkan kepada 75%
. Masa menunggu serta tempoh perjalan yang lebih pendek
. Pemantauan prestasi bestari melalui penggunaan Perfomance Monitoring Hub System (PMHS) dan Unit OnBoard (OBU)

Pada 16hb Disember, daripada maklumat yang didapati, SPAD telah mengambil tindakan bagi menstabilkan perkhidmatan yang disediakan bagi mengatasi masalah penjadualan bas berdasarkan sistem pemantauan laluan dan juga maklumat oleh pengguna, berikutan kurang kemampuan pengendali untuk mematuhi tiga aspek yang telah ditetapkan SPAD. 

Di sektor utama, seperti di Koridor Jalan Ipoh dan Sungai Besi, yang merangkumi laluan di Kepong, Selayang dan Puchong di mana kekerapan dan masa menunggu yang terjejas, SPAD telah mengambil langkah alternatif jangka pendek agar pengendali syarikat terbabit menyewa 59 bas tambahan sehingga mencapai penyelesaian jangka panjang.

Sebanyak 22 buah bas tambahan bermula dari 18hb Disember dikerahkan untuk laluan di Koridor Jalan Ipoh meliputi kawasan Taman Ehsan, Sri SInar, Bandar Baru Selayang dan Selayang Utama. Manakala 10 buah lagi bas tambahan dikerahkan ke Koridor Sungai Besi merangkumi Serdang dan laluan dari Putrajaya ke Bandar Utama.

Turut terlibat adalah pengendali perkhidmatan BNR di Koridor Lebuhraya Persekutuan yang merangkumi laluan Kampung Delek, Pandamaran, Sri Pendamar, Johan Setia, Sungai Rasau, Banting dan Bandar Klang, sebanyak 27 buah bas tambahan dikerahkan bermula pada 25hb Disember.

Hasil dari itu sebanyak 59 bas tambahan dikerahkan SPAD secara berperingkat untuk memenuhi keperluan di kawasan yang lebih banyak permintaan, di dalam masa yang sama, kekerapan perjalanan turut diperingkatkan dan masa menunggu dapat dikawal. 

SPAD turut menegaskan akan bertindak mana-mana pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam penyusunan semula tersebut. Pemantauan yang dibuat SPAD akan diteruskan melalui penggunaan PMHS dan OBU bagi menstabilkan perkhidmatan yang mana adalah diharapkan akan stabil menjelang 31hb Disember 2015.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyusunan semula rangkaian bas, para pengguna atau masyarakat bagi membantu memperbaiki laluan bolehlah dibuat melalui talian SPAD di 1-800-88-7723 ATAU emelkan pandangan ke aduan@spad.gov.my ATAU sampaikan maklumat semasa melalui www.facebook.com/SPAD.my ATAU @aduanSPAD dan ATAU @SPADchannnel di Twitter.


Berikut adalah kenyataan penuh media oleh SPAD.


No comments:

Post a Comment