Thursday, December 17, 2015

Pimpinan SPAD Bukan Duduk Dalam Pejabat Sahaja

Menurut Howard Philips Lovecraft, seorang penulis cerita-cerita fiksyen seram tahun 1920an yang masyhur setelah meninggal dunia pernah mengungkapkan, "The oldest and strongest emotion of mankind is FEAR, and the the oldest and strongest kind of Fear is fear of the unknown."

Perubahan adalah satu situasi yang amat sukar diterima oleh khalayak ramai. Mereka berasa selesa dengan keadaan persekitaran walaupun dalam keadaan merungut tidak berpuashati. Sikap dan tingkahlaku ini bukan satu perkara yang anih tetapi sudah dijiwai oleh masyarakat umum tanpa mengenal taraf hidup dan keadaan.
Maka apabila, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melaksanakan penyusunan semula laluan bas henti-henti (BNR) di dalam rangkuman Greater Kuala Lumpur yang bermula pada 1hb Disember lalu, maka pintu keluhan dan rungutan pengguna malah oleh orangramai pun mengetuk pintu dengan andaian penyusunan semula itu bakal bertambah buruk dan menyusahkan mereka.
Sebagai seorang yang pernah berkhidmat rapat dengan rakyat, Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar tidak sekadar duduk di dalam bilik pejabat tetapi bertindak mendekati dan menyelami hati pengguna perkhidmatan awam darat dari dekat; meninjau dan mendengar keluhan secara peribadi.

Baru-baru ini, Tan Sri Syed Hamid telah melakukan tinjauan dari KL Sentral ke hub Pasar Seni dan kemudiannya ke Puchong Utama, di mana dikhabarkan banyak berlaku permasalahan akibat BNR. Amalan mendekati pengguna pastinya berkesan memandangkan permasalahan disampaikan kepada beliau tanpa ditapis dengan penuh prihatin dan bersungguh.
Aktiviti turun padang sambil membuat tinjauan turut ditemani Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah di samping beberapa pegawai tertinggi SPAD.

Peluang yang diambil ini dapat mencerminkan keberkesanan BNR disamping pemantauan yang dibuat pihak pengurusan SPAD, tambahan pula dapat menyakiskan sendiri kesungguhan dan atau permasalahan yang dihadapi pihak pengendali bas di salah satu kawasan bertumpuan tinggi.
Pihak pengguna adalah digalakkan terus memberikan kerjasama menyalurkan maklumat kepada SPAD bagi mengatasi kemungkinan permasalahan yang berlaku untuk keselesaan dan kepuasan mereka jua. 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyusunan semula rangkaian bas, para pengguna atau masyarakat bagi membantu memperbaiki laluan bolehlah dibuat melalui talian SPAD di 1-800-88-7723 ATAU emelkan pandangan ke aduan@spad.gov.my ATAU sampaikan maklumat semasa melalui www.facebook.com/SPAD.my ATAU @aduanSPAD dan ATAU @SPADchannnel di Twitter.

Matlamat utama BNR adalah menyediakan perkhidmatan kurang masa menunggu, perjalanan yang lebih pendek dan pemantauan melalui sistem yang digunakan untuk semua pihak yang terlibat; baik SPAD, pengguna mahupun pengendali bas BNR.

Kepada team SPAD yang diketuai Tan Sri Syed Hamid...teruskan usaha penambahbaikan industri pengangkutan awam darat. You've DONE a Good job!

No comments:

Post a Comment