Showing posts with label Greater Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Greater Kuala Lumpur. Show all posts

Thursday, December 17, 2015

Pimpinan SPAD Bukan Duduk Dalam Pejabat Sahaja

Menurut Howard Philips Lovecraft, seorang penulis cerita-cerita fiksyen seram tahun 1920an yang masyhur setelah meninggal dunia pernah mengungkapkan, "The oldest and strongest emotion of mankind is FEAR, and the the oldest and strongest kind of Fear is fear of the unknown."

Perubahan adalah satu situasi yang amat sukar diterima oleh khalayak ramai. Mereka berasa selesa dengan keadaan persekitaran walaupun dalam keadaan merungut tidak berpuashati. Sikap dan tingkahlaku ini bukan satu perkara yang anih tetapi sudah dijiwai oleh masyarakat umum tanpa mengenal taraf hidup dan keadaan.
Maka apabila, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melaksanakan penyusunan semula laluan bas henti-henti (BNR) di dalam rangkuman Greater Kuala Lumpur yang bermula pada 1hb Disember lalu, maka pintu keluhan dan rungutan pengguna malah oleh orangramai pun mengetuk pintu dengan andaian penyusunan semula itu bakal bertambah buruk dan menyusahkan mereka.
Sebagai seorang yang pernah berkhidmat rapat dengan rakyat, Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar tidak sekadar duduk di dalam bilik pejabat tetapi bertindak mendekati dan menyelami hati pengguna perkhidmatan awam darat dari dekat; meninjau dan mendengar keluhan secara peribadi.

Baru-baru ini, Tan Sri Syed Hamid telah melakukan tinjauan dari KL Sentral ke hub Pasar Seni dan kemudiannya ke Puchong Utama, di mana dikhabarkan banyak berlaku permasalahan akibat BNR. Amalan mendekati pengguna pastinya berkesan memandangkan permasalahan disampaikan kepada beliau tanpa ditapis dengan penuh prihatin dan bersungguh.
Aktiviti turun padang sambil membuat tinjauan turut ditemani Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah di samping beberapa pegawai tertinggi SPAD.

Peluang yang diambil ini dapat mencerminkan keberkesanan BNR disamping pemantauan yang dibuat pihak pengurusan SPAD, tambahan pula dapat menyakiskan sendiri kesungguhan dan atau permasalahan yang dihadapi pihak pengendali bas di salah satu kawasan bertumpuan tinggi.
Pihak pengguna adalah digalakkan terus memberikan kerjasama menyalurkan maklumat kepada SPAD bagi mengatasi kemungkinan permasalahan yang berlaku untuk keselesaan dan kepuasan mereka jua. 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyusunan semula rangkaian bas, para pengguna atau masyarakat bagi membantu memperbaiki laluan bolehlah dibuat melalui talian SPAD di 1-800-88-7723 ATAU emelkan pandangan ke aduan@spad.gov.my ATAU sampaikan maklumat semasa melalui www.facebook.com/SPAD.my ATAU @aduanSPAD dan ATAU @SPADchannnel di Twitter.

Matlamat utama BNR adalah menyediakan perkhidmatan kurang masa menunggu, perjalanan yang lebih pendek dan pemantauan melalui sistem yang digunakan untuk semua pihak yang terlibat; baik SPAD, pengguna mahupun pengendali bas BNR.

Kepada team SPAD yang diketuai Tan Sri Syed Hamid...teruskan usaha penambahbaikan industri pengangkutan awam darat. You've DONE a Good job!

Aspek Getir BNR DiTanggani SPAD

Penyusunan semula rangkaian bas henti-henti (Bus Network Revamp atau BNR) yang dikuatkuasakan Suruhanajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 1hb Disember tempoh hari ternyata, memberikan peluang kepada SPAD untuk mengenalpasti permasalahan atau kepincangan di dalam urusan perkhidmatan BNR di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna di Greater Kuala Lumpur.

Selama tempoh lebih dua minggu, pengenalannya, pelbagai rungutan yang diambil kira dari suara pengguna, pemimpin masyarakat, pengendali perkhidmatan dan umumnya anggota masyarakat di dalam usaha mempertingkatkan mutu dan penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan.

BNR yang dirancangkan SPAD menekankan kepada tiga aspek penting memastikan kepuasan dan kelancaran perkhidmatan kepada pengguna/penumpang di dalam 8 Koridor sepertimana yang ditekankan:

. Kekerapan perkhidmatan bas ditingkatkan kepada 75%
. Masa menunggu serta tempoh perjalan yang lebih pendek
. Pemantauan prestasi bestari melalui penggunaan Perfomance Monitoring Hub System (PMHS) dan Unit OnBoard (OBU)

Pada 16hb Disember, daripada maklumat yang didapati, SPAD telah mengambil tindakan bagi menstabilkan perkhidmatan yang disediakan bagi mengatasi masalah penjadualan bas berdasarkan sistem pemantauan laluan dan juga maklumat oleh pengguna, berikutan kurang kemampuan pengendali untuk mematuhi tiga aspek yang telah ditetapkan SPAD. 

Di sektor utama, seperti di Koridor Jalan Ipoh dan Sungai Besi, yang merangkumi laluan di Kepong, Selayang dan Puchong di mana kekerapan dan masa menunggu yang terjejas, SPAD telah mengambil langkah alternatif jangka pendek agar pengendali syarikat terbabit menyewa 59 bas tambahan sehingga mencapai penyelesaian jangka panjang.

Sebanyak 22 buah bas tambahan bermula dari 18hb Disember dikerahkan untuk laluan di Koridor Jalan Ipoh meliputi kawasan Taman Ehsan, Sri SInar, Bandar Baru Selayang dan Selayang Utama. Manakala 10 buah lagi bas tambahan dikerahkan ke Koridor Sungai Besi merangkumi Serdang dan laluan dari Putrajaya ke Bandar Utama.

Turut terlibat adalah pengendali perkhidmatan BNR di Koridor Lebuhraya Persekutuan yang merangkumi laluan Kampung Delek, Pandamaran, Sri Pendamar, Johan Setia, Sungai Rasau, Banting dan Bandar Klang, sebanyak 27 buah bas tambahan dikerahkan bermula pada 25hb Disember.

Hasil dari itu sebanyak 59 bas tambahan dikerahkan SPAD secara berperingkat untuk memenuhi keperluan di kawasan yang lebih banyak permintaan, di dalam masa yang sama, kekerapan perjalanan turut diperingkatkan dan masa menunggu dapat dikawal. 

SPAD turut menegaskan akan bertindak mana-mana pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam penyusunan semula tersebut. Pemantauan yang dibuat SPAD akan diteruskan melalui penggunaan PMHS dan OBU bagi menstabilkan perkhidmatan yang mana adalah diharapkan akan stabil menjelang 31hb Disember 2015.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyusunan semula rangkaian bas, para pengguna atau masyarakat bagi membantu memperbaiki laluan bolehlah dibuat melalui talian SPAD di 1-800-88-7723 ATAU emelkan pandangan ke aduan@spad.gov.my ATAU sampaikan maklumat semasa melalui www.facebook.com/SPAD.my ATAU @aduanSPAD dan ATAU @SPADchannnel di Twitter.


Berikut adalah kenyataan penuh media oleh SPAD.


Wednesday, December 02, 2015

Penjadualan Baru Bas Henti-Henti Bhgn 1/2

Mulai 1hb Disember 2015, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menguatkuasakan penyusunan semula rangkaian bas henti-henti (BNR) di "Greater Kuala Lumpur" dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan industri pengangkutan awam dan para pengguna.
Usaha terbaru SPAD ini menitikberatkan aspek masa menunggu para pengguna perkhidmatan di waktu puncak (sibuk) terutama di ketika integrasi dengan mod pengangkutan awam yang lain dengan lebih efisien. Dalam masa yang sama, mampu mengurangkan jumlah pengusaha bas dan persaingan yang tidak sihat. 
Semua bas dalam rangkaian yang disusun semula ini juga akan dilengkapi secara berperingkat dengan Unit Onboard (OBU) sebagai peranti pengesanan GPS yang akan dipantau melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) yang diselia oleh Pusat Kawalan SPAD, bagi memastikan kebolehpercayaan dan kecekapan perkhidmatan.  
Nombor laluan dan maklumat jadual bas akan dipaparkan dalam semua bas dan di panel maklumat yang terletak di perhentian bas yang terpilih. Sebanyak 3,000 panel maklumat bas dijadualkan untuk dipaparkan di perhentian bas di sekitar "Greater Kuala Lumpur" pada tahun 2016. Selebihnya, sebanyak 3,700 panel maklumat akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2017.
Menurut kata Pengerusi SPAD; Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar, "Penyusunan semula rangkaian bas ini akan menawarkan 241 laluan dengan 2,000 unit bas bagi menampung rangkaian yang lebih luas untuk 638,000 penumpang setiap hari. BNR juga akan melihat kapasiti bas meningkat di laluan yang mempunyai lebih penumpang dan pengenalan laluan baharu di kawasan yang kurang mempunyai perkhidmatan bas. Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, jarak keseluruhan perkhidmatan bas akat meningkat kepada 9,202km, daripada  daripada 7,643km sebelum ini. Ini merupakan salah satu perubahan yang paling transformatif dalam rangkaian bas di Greater Kuala Lumpur dalam usaha kami untuk meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan bas dan membolehkan rakyat untuk menikmati akses pengangkutan awam yang lebih kerap dan lebih luas."  
Penyusunan semula rangkaian bas tersebut melibatkan beberapa rangkaian bas yang telah dibahagikan kepada koridor laluan yang kecil mengikut jalan utama yang menghubungkan "Greater Kuala Lumpur" yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan kawasan yang terlibat seperti berikut:-

1- Koridor Ampang , 
2- Koridor Cheras, 
3- Koridor Sg. Besi, 
4- Koridor Lama Klang, 
5- Koridor Lebuhraya Persekutuan,
6- Koridor Damansara, 
7- Koridor Jalan Ipoh, dan 
8- Koridor Jalan Pahang.



Pengusaha bas henti-henti yang terlibat mengikut koridor untuk kemudahan pengangkutan orang ramai adalah seperti berikut:

Sebagai usaha pemakluman dan penerangan, pihak SPAD telahpun mengadakan siri perjumpaan dengan pengguna di semua koridor yang terlibat sejak 23hb November lalu. Pengumuman melalui radio pun telah dibuat agar masyarakat umum turut dimaklumkan agar dapatlah mengelak dari sebarang kekeliruan.


Melihatkan sikap ramai pengguna yang berkemungkinan sukar menerima perubahan, dikongsikan beberapa fakta penting yang memperjelaskan kebaikan demi kepentingan bersama. 
Penyusunan semula rangkaian bas henti-henti di "Greater Kuala Lumpur" memanafaatkan aspek: 
  1. Dibahagikan kepada 8 koridor
  2. Liputan rangkaian bas yang lebih luas 
  3. Laluan baru diperkenalkan



BNR dijangkan memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anda melalui:
  • Kekerapan bas ditingkatkan sebanyak 75%
  • Masa menunggu serta tempoh perjalanan yang lebih pendek 
  • Pemantauan prestasi bestari (OBU dan PMHS)






Kadar tambang bas kekal di tahap maksimum seperti yang diluluskan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan pada tahun 2009 seperti dalam jadual di bawah:

Sebagai nasihat dan ulangan pemberitahuan, maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyusunan semula rangkaian bas, para pengguna atau masyarakat bolehlah menghubungi talian SPAD di 1-800-88-7723 atau ke laman sesawang SPAD di http://www.spad.gov.my/ms/bnr

Untuk mengenalpasti 8 Koridor BNR yang dimaksudkan, boleh ikuti penulisan yang seterusnya di http://darikacamatarakyat.blogspot.my/2015/12/penjadualan-baru-bas-henti-henti-bhgn-22.html

Penjadualan Baru Bas Henti-Henti Bhgn 2/2

Seperti yang dijanjikan dimuatkan peta laluan Bas henti-henti (BNR) mengikut koridor yang berkaitan bagi memudahkan para pengguna perkhidmatan bas di Greater Kuala Lumpur nanti:

1- Koridor Ampang,
merangkumi liputan laluan di Pandan Mewah, LRT Ampang, Ampang Point dan KLCC dengan perkhidmatan bas yang bernombor 300 - 399

 2- Koridor Cheras,
merangkumi liputan laluan di Kajang, Pandan, Pudu dan Bangi dengan perkhidmatan bas yang bernombor 400 – 499

 3- Koridor Sg. Besi,
merangkumi liputan laluan di Putrajaya, Desa Petaling, Seri Kembangan dan Serdang dengan perkhidmatan bas yang bernombor 500 – 599

4- Koridor Jalan Klang Lama, 
merangkumi liputan laluan di Puchong, Taman Desa, Kinrara dan P. Jaya Selatan dengan perkhidmatan bas yang bernombor 600 – 699


 5- Koridor Lebuhraya Persekutuan,
merangkumi liputan laluan di Port Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang dengan perkhidmatan bas yang bernombor 700 – 799

6. Koridor Damansara, 
merangkumi liputan laluan di Kota Damansara, TTDI, P.B. Damansara dan Pantai Dalam dengan perkhidmatan bas yang bernombor 800 - 899


7- Koridor Jalan Ipoh, dan 
merangkumi liputan laluan di Kepong, Rawang, Sentul dan Gombak dengan perkhidmatan bas yang bernombor 100 – 199

8- Koridor Jalan Pahang 
merangkumi liputan laluan di Gombak, Wangsa Maju, Setapak dan Hulu Klang dengan perkhidmatan bas yang bernombor 200 - 299

Dimuatkan juga teks penuh kenyataan media oleh pihak SPAD untuk pengetahuan ramai...



Sebagai nasihat dan ulangan pemberitahuan, maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyusunan semula rangkaian bas, para pengguna atau masyarakat bolehlah menghubungi talian SPAD di 1-800-88-7723 dan merujuk semula ke paparan sebelumnya di http://darikacamatarakyat.blogspot.my/2015/12/penjadualan-baru-bas-henti-henti-bhgn-12.html

Sunday, May 24, 2015

MRT Turut Menjadi Tulang Belakang Pengangkutan Rel

Dalam memastikan kerancakan ekonomi dan pengukuhannya, Kerajaan Malaysia telah merencanakan dua buah projek Mass Rapid Transit Lembah Kelang (KV MRT) selain sistem rel berkelajuan tinggi (HSR).  Projek KV MRT ini melibatkan pembinaan rangkaian keretapi yang menjadi tulang belakang sistem pengangkutan awam di Lembah Klang. 

Projek ini merupakan komponen penting dari "Greater Kuala Lumpur" dan pemantapan Klang Valley National Key Economic Area (Greater KL/KV NKEA); projek infrastruktur yang terbesar di negara ini. 

Liputan pengangkutan awam berasaskan rel di Lembah Klang akan membolehkan 50% daripada semua perjalanan di Lembah Klang yang akan dilakukan ke atas pengangkutan awam pada tahun 2020, meningkat daripada semasa 17%. Kerajaan meluluskan Projek MRT Lembah Klang pada 17 Disember 2010, diikuti dengan kelulusan Skim Keretapi Final Sungai Buloh-Kajang (SBK) pada 29 Jun 2011. 

Garisan pertama rangkaian yang bermula dari Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur, ke Kajang di tenggara ibu negara. Laluan Sungai Buloh-Kajang akan meliputi jarak 51 kilometer, yang mana 9.5km adalah di bawah tanah. Sebanyak 31 stesen akan dibina di sepanjang laluan dan tiga stesen sementara yang dibina untuk pembangunan masa depan. 

Garisan rangkaian akan menghubungkan populasi 1.2 juta penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan seperti Sungai Buloh, Kota Damansara, Dataran Sunway, Bandar Utama, TTDI, Seksyen 16, Pusat Bandar Damansara, KL Sentral, Warisan Merdeka, Bukit Bintang, Pasar Rakyat, Cochrane, Maluri, Cheras dan Kajang.

Berdasarkan ramalan bilangan penumpang bagi tahun 2017 hingga 2026,  
sebanyak 58 perjalanan kereta api akan merentasi laluan apabila selesai Sungai Buloh - Kajang talian dan kereta api tunggal boleh mempunyai kapasiti maksimum bersamaan 1,200 penumpang bas 12 atau kira-kira 700 kereta. Para penumpang dijangkakan seramai 442,000 penumpang mengguna setiap hari dengan kekerapan kereta api akan menjadikan perkhidmatan perjalanan satu kereta api setiap 3.5 minit pada waktu puncak. 

Laluan MRT adalah sebahagian daripada Rancangan Pembangunan Bandar Rel Lembah Klang. Ia adalah komponen penting dalam perancangan Pelan Induk Pengangkutan Lembah Kelang yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Projek MRT Lembah Klang ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dengan pegangan projek oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana). SPAD berperanan memastikan perancangan, pembinaan dan operasi baris akan mengikuti semua peraturan-peraturan yang perlu dan memenuhi matlamat utama iaitu menyediakan penduduk Lembah Klang dengan sistem pengangkutan awam yang selesa dan berkesan.

Projek MRT telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011 di Sg Buloh depot, portal bawah tanah Semantan dan Cochrane. Ini kemudiannya akan diikuti oleh penempatan semula utiliti bersama pelbagai bahagian penjajaran. Sebahagian besar pakej kerja utama telah dibuka sebutharga pada pertengahan tahun 2012.