Saturday, December 19, 2015

SBST Di Seremban Turut Berkesan

Bas henti-henti amat dekat dengan pengguna/pelanggan di luar bandar malah dalam bandar. Sumbangan perkhidmatan tersebut sedikit sebanyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan "mobiliti" rakyat dan tenaga kerja di dalam sebuah negara yang sedang membangun. 

Dalam keadaan tersebut, tugasan yang selaraskan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sejak tahun 1987 dan kemudiannya diambilalih oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2010, terus prihatin di dalam meningkatkan laluan perkhidmatan kepada pengguna/pelanggan perkhidmatan bas henti-henti. 
Di bawah skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (Stage Bus Services Transformation), Kerajaan Persekutuan menjangkakan pelaburan sebanyak RM100 juta pada tahun pertama bagi 5 bandar (Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching), bermulanya dengan Kangar, Perlis pada 1hb Ogos 2015 dan Seremban, Negeri Sembilan pad 15hb November dalam meningkatkan hubung saling antara bandar dan kawasan di mana bas henti-henti masih merupakan nadi pengangkutan awam.

Usaha kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam meningkatkan saling hubungan dan penambahan laluan perkhidmatan bas menerima reaksi positif di kalangan pengguna Seremban. Fasa pertama pengenalan myBas di Seremban pada 15 November lalu telah berjaya mencatatkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 30%.

Pengenalan SBST bukan adalah pendekatan SPAD yang mengambil kira ketepatan masa, kebolehpercayaan perkhidmatan, spesifikasi kenderaan yang khusus dan kepuasan pelanggan.  Lantaran itu SPAD memastikan pemantauan yang ketat dan terperinci prestasi pengendali perkhidmatan bukan sekadar kutipan pendapatan tetapi juga mengekalkan dan meningkatkan perkhidmatan.

Dilapurkan operasi myBAS di Perlis yang bermula pada 1hb Ogos telah meningkat jumlah penumpang daripada 9,252 penumpang kepada 20,423 orang penumpang setiap bulan dan jumlah jarak laluan dari 124km kepada 337km. Kekerapan perkhidmatan di laluan terpilih telah ditambah kepada dua kali ganda dengan laluan utama dari Kangar ke Arau beroperasi dengan kekerapan setiap 30 minit.

Di Seremban pula pada 15hb November, perkhidmatan myBAS telah mencatat 30% peningkatan penumpang dari 20,761 orang kepada 27,257 orang penumpang setipa minggu dengan purata kekerapanan 30 minit pada waktu puncak.
SPAD bagi fasa pertama SBST di Seremban telah menggerakkan 29 buah bas di laluan terbabit  meliputi 127km laluan:
Terminal 1 ke Desa Rhu
Terminal 1 ke Port Dickson
Terminal 1 ke Seremban
Seremban ke Bahau

Fasa kedua SBST fasa kedua dijadualkan bermula pada 31 Disember ini dan mengaktifkan 20 buah laluan. Perlaksanaan penuh SBST Seremban akan merangkumi 24 laluan yang terdiri daripada 11 laluan utama dan 13 laluan pengantara berbanding 19 laluan sahaja sebelum ini. Jarak liputan operasi sejauh 656km berbanding 459km sebelum ini akan melibatkan 110 buah bas setiap hari bagi menampung operasi laluan yang telah ditetapkan.

Perlaksanaan SBST pastinya satu penggembelingan ide dan usaha yang penting dan boleh diharapkan memuaskan aktiviti warga setempat dan tempatan menguruskan jadual harian mereka; baik ke tempat kerja, sekolah dan sebagainya.

"Social commitment and understanding" yang diterakan SPAD berdaya holistik bukan sahaja mengelak pertindihan laluan, malah memastikan kemudahan merangkumi penyusunan rangkaian, kos operasi dan hasil kutipan kepada pengendali dan diakseskan 80% optimum pengguna.

Kenyataan rasmi SPAD untuk rujukan pembaca...

No comments:

Post a Comment