Di dalam usaha penyusunan semula Rangkaian Bas Henti-henti (Bus Network Revamp) sejak 1hb Disember, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) secara berterusan menyemak semula dan menstabilkan perkhidmatan bas demi keselesaan masyarakat pengguna perkhidmatan bas.
Oleh itu, SPAD melalui satu kenyataan medianya hari ini memaklumkan, penyusunan semula BNR bagi laluan 600 (Puchong Utama - HAB Pasar Seni) di sepanjang Koridor Jalan
Klang Lama dan laluan 506 (Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang
Koridor Sungai Besi akan dikendalikan semula oleh RapidKL, berkuat kuasa 21
Disember 2015.
Waktu operasi untuk
laluan 600 ditetapkan dari 05:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit
ketika waktu puncak pagi dan petang, manakala laluan 506 akan beroperasi dari
6:00 pagi -11:30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit ketika waktu puncak
pagi dan petang.
SPAD terus memberi
jaminan bahawa setiap langkah proaktif sedang dilaksanakan
bagi menyelesaikan isu-isu operasi pada kadar yang segera demi kebaikan pengguna. Pemantauan SPAD sedang melalui Sistem Hab Pemantauan
Prestasi (Performance Monitoring Hub System atau PMHS) ke atas pengendali perkhidmatan ternyata memberikan impak yang diharapkan dan penstabilan
perkhidmatan dijangka pada 31hb Disember, 2015 nanti.
Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti atau BNR ini bukanlah satu pelaksanaan yang statik. SPAD akan bertindak tegas terhadap mana-mana pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan seperti kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas.
Sebagai pengguna, pintu SPAD sentiasa terbuka kepada penyemakan semula dan pembaikan
laluan serta jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklumbalas
pengguna.
Orangramai adalah digalakkan menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723(SPAD), untuk menyuarakan pandangan mereka atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklumbalas melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter di @aduanSPAD dan ATAU @SPADchannel
No comments:
Post a Comment