Monday, December 21, 2015

Siri 2: Kerja Memboikot Satu Prejudis

Umat Islam di seluruh dunia pada amnya mempunyai ikatan kukuh yang tersendiri dengan penderitaan yang dialami rakyat Palestin. Apatah lagi di Malaysia, dengan 61.3% majoriti penduduknya beragama Islam, sudah pasti ia memberi satu tamparan hebat kepada emosi dan kepercayaannya.
Justeru itu, persoalannya mengapa McDonald's diboikot? McDonald's sering dikaitkan dengan keganasan Zionis ke atas Palestin. Kenapa pula McDonald's Malaysia menjadi sasaran dari hebahan maklumat terpilih sehingga diBoikotkan? 










Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
Surah 67: Al-Mulk ayat 10


Sebagai umat Islam, ajaran Islam menekankan soal keadilan dalam mencari kebenaran. Ini sebagai mengelak dari bersikap berat sebelah terhadap seseorang atau sesuatu kumpulan atau golongan (atau perniagaan dalam topik yang dibicarakan). Maka amat wajar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak (yang menuduh dan yang dituduh). 


Maka kita haruslah membuang sikap prejudis dan perlu melakukan "demarcation" dalam analisa masing-masing. 

Sebagai perkongsian lanjut kepada dakwaan pertama bahawa McDonald's Corporation dimiliki seorang pemilik berbangsa Yahudi, dikongsikan laman sesawang mengenai pemegang sahamnya.
http://investors.morningstar.com/ownership/shareholders-major.html?t=MCD&region=usa&culture=en-US&ownerCountry=USA


Berpandukan paparan di atas, dengan jelas membuktikan McDonald's tidak dimiliki pemegang saham lebih daripada 10% jumlah saham yang sudah menjadi amalannya yang telah diperdagangkan di Bursa Saham New York sejak pada tahun 1965 lagi.
Seterusnya penulisan kali ini akan menyentuh dakwaan bahawa McDonald's Malaysia membuat pembayaran royalti kepada McDonald's Corporation adalah bertujuan menyokong Israel dengan memperuntukan dana untuk tujuan konflik di Palestin.

Dakwaan tersebut sama sekali adalah TIDAK Benar! 



McDonald's adalah sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di 120 buah negara termasuk di negara-negara Islam (di Timur Tengah). Di Malaysia, McDonald's dikendalikan Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai McDonald's Malaysia bagi mengendalikan rangkaian restoran McDonald's di Malaysia sejak tahun 1980 dan menjelang tahun disasarkan sekurangnya sebanyak 500 premis rangkaian di seluruh negara. 

Laman sesawang McDonald's di negara Arab dirujuk:
http://www.mcdonaldsarabia.com/arabia/home.html
http://www.mcdonalds.eg/

Sebagai sebuah entiti perniagaan, McDonald's telah berkali menegaskan ia tidak menyokong apa-apa konflik mahupun keagamaan yang berlaku di mana-mana negara di dunia. Ini adalah satu polisi yang diamalkan oleh McDonald's Corporation, mengelak terbabit di dalam mana-mana konflik.


Amalan pembayaran royalti bagi mana- mana penjenamaan adalah satu kelaziman yang dipraktikkan di dalam dunia perniagaan dunia malah tempatan. Maka dalam konteks McDonald's Malaysia, royalti yang dikenakan adalah sebagai fi untuk mendapatkan lesen/hak untuk menjalankan perniagaan di atas jenama McDonald's Malaysia. 


Tidak ada sesuatu yang pelik atau aneh, amalan tersebut. 
Perlu ditekankan lebih kurang 25% daripada restoran McDonald's di Malaysia adalah dimiliki dan dikendalikan sendiri oleh francaisi warga tempatan. Francaisi adalah usahawan tempatan yang memiliki dan kendalikan perniagaan dan BUKAN pekerja atau kakitangan kepada McDonald's. Perniagaan mereka adalah seperti yang akui menepati sistem McDonald's. 

Sudah pasti, Francaisi tempatan sendiri tidak setuju terbabit secara langsung atau tidak, fi yang dibayar kepada McDonald's Malaysia digunakan dalam mana-mana bentuk konflik, inikan yang membabitkan tragis di Palestin.

Sumber: http://www.aboutmcdonalds.com/content/dam/AboutMcDonalds/Investors/McDs2013AnnualReport.pdf


Secara hipotetiknya, andaikan pendapatan McDonald's Malaysia adalah sebanyak RM1.19 bilion, maka royalti 5% yang perlu dibayar kepada McDonald's AS adalah sebanyak RM59.5 juta dari jualan kasar. Manakala cukai pendapatan korporat yang dibayar kepada Kerajaan Malaysia dianggarkan pada lebih kurang RM50 juta. 

Berpandukan Laporan Tahunan McDonald's Corporation pada tahun 2013, menunjukkan pendapatan lebih daripada US $28 bilion. Sumbangan royalti dari McDonald's Malaysia yang berjumlah US $20 juta (anggaran pada ketika itu) hanya merupakan 0.07% dari kutipan royalti seluruh dunia.


Fikir dan renungkanlah. Adakah wang sejumlah itu digunakan untuk terbabit di dalam sebarang konflik dunia atau memajukan perniagaan dan urusniaga korporat? 

McDonald's Corporation telah enggan membuka restoran makanan segeranya di Ariel, Israel, melewati Garisan Hijau. Lantaran mengundang kecaman dan tindakan memboikot oleh penduduk di sana. Untuk pengetahuan, McDonald's di Israel adalah pemilikan persendirian. 
http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4398401,00.html
http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4397712,00.html

Umumnya, pendapatan McDonald's Malaysia sekitar 90% dikembalikan di dalam bentuk seperti perbelanjaan perniagaan (gaji pekerja, bayaran kepada pembekal tempatan, sewaan dan lain-lain), pembangunan perniagaan (pembinaan restoran baru, pengubahsuaian dan lain-lain), percukaian dan banyak lagi. 
Pendapatan yang diperolehi McDonald's sebagai sebuah syarikat awam adalah untuk pembangunan dan perkembangan syarikat kepada pemegang sahamnya. Mana-mana pembayaran penggajian yang dibuat kepada Lembaga Pengarah  dan pengurusan, seharusnya tidak dikaitkan, kerana merupakan hak peribadi dan sudah pasti, mereka lebih mengetahui implikasi kepada perniagaan secara global.
http://www.aboutmcdonalds.com/mcd.html
http://www.aboutmcdonalds.com/mcd/our_company/leadership.html

Jelasnya, ramai yang berada di dalam keadaan penafian (self denial) dan melulu bertindak memBOIKOT. Kenapa terdesak menghukum McDonald's Malaysia, sedang hakikatnya dan fakta yang ada, cukup jelas? 

Usahlah bertindak tidak konsisten. Yang itu boleh, yang ini TIDAK.