Monday, December 21, 2015

Mesra dan Prihatin Rakyat: Datuk Ehsan

Di akhir tahun pelbagai urusan dan aktiviti yang perlu diselenggarakan. Mana urusan bersama anak-anak pergi bercuti, bakal memasuki persekolahan di tahun baru, tidak kurang juga debaran keputusan anak-anak yang menduduki peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM dan tidak kurang pula mereka yang menduduki STPM.
Khidmat pemimpin masyarakat turut terpanggil bersama meraikan serta memberi kata-kata semangat kepada waris-waris anak bangsa Malaysia yang bakal mendepani gelombang kehidupan yang bakal diwarisi mereka.

Pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional, tidak terkecuali dari mencetuskan bantuan di dalam pembentukan pembangunan negara yang utuh dan mampan di samping meringankan bebanan IbuBapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

Saban kali Bajet Negara diumumkan, peruntukan terbesar diperuntukkan kepada bidang pelajaran berbanding bidang lain. ini adalah memandangkan kesedaran kepimpinan negara, peri penting menyediakan pendidikan yang setimpal membina keadaan yang kondusif (prasarana dan pembangunan minda) kepada aset negara; rakyat yang berpendidikan di dalam era masa kini. 

Menurut Yang Berhormat Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen (BN- Kota Tinggi) pada pembentangan Bajet 2016, peruntukan sebanyak RM41 bilion telah dikhaskan kepada bidang pelajaran. Kerajaan memperuntukan kepada pendidikan untuk memastikan kejayaan pelajar bukan sekadar dapat membantu ibubapa tetapi juga bagi mereka menabur bakti kepada negara apabila mereka memasuki alam pekerjaan atau perniagaan nanti.

Jelas Datuk Ehsan, kepada golongan yang kurang menyerlah dalam akademik, Kerajaan tidak pernah mengabaikan malah Kerajaan menyedari peluang dan sumbangan mereka yang turut membangtu di dalam asiprasi Negara Berpendapatan dan Kemahiran Tinggi menjelang tahun 2020, dengan menyediakan peluang kemahiran atau vokasional. 

“Dalam Bajet 2016,  kerajaan sediakan RM4.8 bilion bagi mensasarkan 1.5 juta pekerjaan baru berkemahiran TVET menjelang 2020. Lebih 400 ribu pelajar yang tidak berjaya masuk universiti. Mereka ini boleh mengikuti latihan di mana-mana 545 institut TVET,” katanya di majlis Back 2 School di Felda Pasak, Kota Tinggi.
Di dalam majlis itu, Datuk Ehsan telah menyampaikan sumbangan daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kepada 200  asnaf yang bakal memulakan persekolahan tahun depan.
Datuk Noor Ehsanuddin yang juga Pengerusi Yayasan Mesra turut menyampaikan bantuan peralatan sekolah di program Back 2 School di Sekolah Kebangsaan Muzzafar Syah, Kota Tinggi, membabitkan lebih 1,000 kanak-kanak daripada 25 sekolah kebangsaan di Parlimen Kota Tinggi yang bakal memulakan sesi persekolahan Darjah Satu pada tahun depan.
Yayasan Mesra bagi tahun keduanya telah memperuntukkan RM70 ribu menjayakan program Back 2 School.

No comments:

Post a Comment