Tuesday, December 22, 2015

Siri 3: Hype Mengenai Matching Gifts

Dua dakwaan yang seringkali dikitarkan di dalam mendapatkan sokongan kegiatan BOIKOT terhadap McDonald's Malaysia telah diperjelaskan melalui siri-siri sebelumnya; sebagai rujuk semula.

Sedikit sebanyak terdaya mungkin, kupasan terhadap Dakwaan PERTAMA; bahawa McDonald'S Corporation (MocDonald's AS) dimilik pemilik berbangsa Yahudi dan menyokong agenda anti-Islam/Palestin telahpun disentuh pada Siri 1 dan 2.

Manakala Siri 2, berkisar tentang Dakwaan KEDUA; pembayaran royalti 5% oleh McDonald's Malaysia kepada McDonald AS adalah bertujuan menyokong konflik di Palestin pun telah didedahkan.
Persoalannya kini, benarkah McDonald's AS membiayai Israel di dalam kancah konflik Palestin melalui sebuah organisasi yang dikenali sebagai Jewish United Fund (JUF) berselindung di belakang program "Matching Gift"?

Sebelum itu, mari kenali apa itu "Matching Gifts". 

Sebenarnya konsep program tersebut telah diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1751 oleh Benjamin Franklin kepada Dewan Pennsylvania. 

Pada tahun 1954, syarikat gergasi dunia General Electrics yang telah "up the ante", mengembangkannya kepada Corporate Alumni Program untuk tujuan dermasiswa graduan yang berkhidmat dengannya.
https://en.wikipedia.org/wiki/Matching_gift

Sudah pasti, anggapan bahawa McDonald's AS yang mencipta konsep tersebut, adalah tidak BENAR dan seperkara yang perlu diketahui bahawa program "Matching Gifts" McDonald's AS tidak langsung melibatkan McDonald's Malaysia. 


Apa yang dimaksudkan dengan "Matching Gifts" adalah ia merupakan satu program kebajikan bagi menggalakkan sikap dan budaya menderma dari kalangan kakitangan syarikat yang terbabit. 

Dalam senario sedemikian, McDonald's AS turut sama di kalangan banyak syarikat yang membudayakan "good samaritans".

Menurut sumber pautan, 65% daripada syarikat-syarikat yang tersenarai di dalam majalah Fortune 500, terlibat di dalam program yang dikaitkan. 

Dikongsikan pautan di bawah, agar dapat para pembaca membuat analisa yang lebih jelas mengenai "Matching Gifts" dan kebenaran bahawa penglibatan McDonald's AS telah diputarbelitkan. 
http://www.gefoundation.com/giving-programs/matching-gifts/
http://www.foodforthepoor.org/help-now/corporations-and-foundations/employer-match/top-matching-companies.html
https://doublethedonation.com/matching-grant-resources/list-matching-gifts-companies/
https://doublethedonation.com/matching-grant-resources/matching-gift-statistics/
http://www.triplepundit.com/2012/08/eight-companies-offer-best-class-employee-matching-gift-programs/

Penglibatan McDonald's AS sebenarnya, adalah satu usaha menggalakkan kerja-kerja amal secara amnya, yang membolehkan kakitangan di Amerika Syarikat menderma kepada badan-badan kebajikan pilihan mereka. Di pihak syarikat pula akan menderma sejumlah wang yang sepadan kepada badan kebajikan yang telah menerima sumbangan itu.

Perlu ditekankan bahawa, badan-badan kebajikan yang terlibat di dalam program "Matching Gifts" adalah ditentukan oleh pihak kakitangan dan bukannya oleh McDonald's AS. Kalau diamati dengan betul dan teliti, terdapat banyak syarikat yang tersenarai di dalam program "Matching Gifts" tersebut yang beroperasi di Malaysia, tidak pula menjadi mangsa kepada tindakan sembrono pemboikotan. 

Saya TIDAK pula bermaksud atau bertujuan mengajak pembaca untuk mengalih sasaran terhadap mereka, tetapi ingin mengajak agar kita berfikiran terbuka dan pragmatik kepada realiti bumi nyata. "Matching Gifts" kalau diperhatikan lebih banyak baik dari buruk kerana ia bersifat simbiotik di dalam kehidupan masa kini; satu usaha "social engagement" antara kakitangan dan pihak korporat dalam masyarakat.
Bukankah budaya ini satu amalan yang dituntut agama? Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Yang batil dan kufur tetap dicegah, tetapi biarlah di dalam keadaan menerima maklumat yang benar dan tepat.

No comments:

Post a Comment