Wednesday, December 23, 2015

SPAD: Elakkan Kesesakan, Beli Tiket Awal

Hujung-hujung tahun begini, ramailah orangramai mengambil peluang untuk menghabiskan cuti bersama ahli keluarga dan orang tersayang, merehatkan badan sebelum tibanya tahun baru yang bakal tiba tidak berapa hari lagi. 

Bagi mereka yang berkenderaan, hanya berkemas barangan keperluan dan masuk ke dalam perut kereta dan meluncur ke jalanraya...AWAS, di musim hujung tahun ini, sesak juga, kenderaan bermotor ke destinasi masing-masing.
Yang bakal menaiki pesawat udara, pastinya kesibukan di lapangan terbang adalah seperti yang digambarkan. Masing-masing beratur panjang untuk memastikan perjalanan mereka adalah seperti yang dijadualkan.

Namun sedemikian, bagi mereka yang sebahagian besarnya, pengguna perkhidmatan awam darat, Suruhanjaya Awam Darat (SPAD) begitu peka dan menyedari pergerakan dan permintaan yang memuncak setiap kali percutian sepanjang cuti perayaan, persekolahan apatah lagi di jujung tahun dan cuti awam.
Memandangkan cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang jatuh pada minggu ini, SPAD ingin menasihatkan kepada pengguna perkhidmatan awam darat, menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS_BTS), dapatlah mendapatkan tiket perjalanan mereka secara sistem atas talian (Ticket online) dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending machine atau TVM) yang disediakan di sekitar TBS-BTS ini.
Sebagai panduan kepada bakal pengguna, SPAD telah menyediakan senarai syarikat-syarikat bas ekspres yang menyediakan khidmat pembelian tiket secar atas talian di http://www.spad.gov.my/tiketBE

Adalah digalakkan para pengguna untuk membeli tiket lebih awal dari jadual, menggunakan TVM atau pembelian tiket secra atas talian bagi mengelak beratur panjang dan menambahkan kesukaran kepada mereka berasak-asak. 
Untuk makluman pihak pengurusan TBS-BTS telah menyediakan 7 buah TVM bagi memeudahkan pembelian tikat oleh 68 buah syarikat bas ekspres. Sebanyak 41 buah kaunter sistem tiket berpusat turut dibuka bagi membantu melancarkan penjualan tikat bercetak komputer.

Sebagai langkah berikutnya, pihak SPAD turut membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada pengendali bas ekspres untuk menyediakan bas tambahan bagi tempoh 23hb Disember hingga 3hb Januari 2016.

Bagi mereka yang telah merancang percutian, diucapkan selamat bercuti dengan harapan dan peringatan berhati-hati di mana sahaja ANDA berada. Semoga tahun  2016 membawa lebih rezeki dan kerahmatan serta perlindungan kepada Anda sekalian.

Kenyataan penuh SPAD dimuatkan...

No comments:

Post a Comment