Thursday, January 21, 2016

McDonald's Malaysia; Sajiannya Bersih dan HALAL

"Mmmm...enaknya". Begitulah antara kata-kata yang pernah didengari dari mulut pelanggan yang pernah mengunjungi rangkaian restoran McDonald's Malaysia. Tambahan pula ia terjamin HALAL dan diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan yang bertanggungjawab sepenuhnya memastikan kesahihan bersih lagi suci, bahan-bahan makanan, minuman, penyediaan, penyimpanan dan pelbagai aspek yang berkaitan di dalam industri pemakanan dan kesihatan khususnya.

Bagi orang Muslim, isu HALAL amatlah sensitif dan menjadi aspek keutamaan di dalam penggunaan seharian. Jadi, benarkah HALAL bahan-bahan mentah  yang digunakan dan penyediaan makanan di restoran itu?

Menjelaskan lebih lanjut, kesahihan produk HALAL oleh JAKIM bukanlah satu pengiktirafan yang enteng dan mudah. Mana-mana pihak yang terlibat di dalam industri ini, produk mereka mesti melalui proses yang teliti dan rapi hingga ke ujian makmal bagi mengesahkan tidak ada benda asing (dan ATAU najis) yang akan mencemar dan meragukan keHALALan sesuatu produk yang telah diiktirafkan. 

Mari sama-sama, mengambil tahu proses penyediaan sesuatu menu hidangan dari awal hingga ke meja hidangan Anda. Dari ladang ke meja. 
Bahan asas yang diketahui masyarakat umum adalah, kebanyakan sajian menu di McDonald's Malaysia adalah "burger". Seketul daging hancur dan lumat yang digumpalkan, baik ia daging Lembu mahupun daging Ayam. McDonald's begitu memberikan penelitian dan memastikan mutu (standards) yang tidak boleh dinafikan oleh para pembekal (tempatan lebih-lebih lagi pembekal luar negara) daging mentah mematuhi keperluan HALAL sahaja; meliputi tempat penyimpanan, penghidangan, pengendalian, pembungkusan dan tidak terlepas juga penghantaran dari dicemari.

McDonald's Malaysia begitu menitikberatkan setiap proses penyajian akur kepada keperluan yang telah digariskan oleh JAKIM dan ditekankan sekali lagi; 100% HALAL. Tidak cukup itu, Kementerian Kesihatan turut mempunyai "standards" penyediaan makanan yang khusus seperti yang ditetapkan di dalam Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual di semua rangkaian restoran atau perbekalan makanan. 

Akta Makanan 1983 telah menggariskan tanggungjawab melindungi orangramai dari bahaya kesihatan dan kepentingan orangramai dari penipuan yang boleh mejejaskan tahap kesihatan.
Pembekal utama bahan-bahan mentah kepada McDonald's Malaysia; MacFood Services (M) Sdn Bhd telah 25 tahun membuktikan kecemerlangan perbekalan yang mengekalkan piawaian yang ketat dan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan JAKIM, Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan di samping mengekalkan bekalan bermutu tinggi dan kerjasama yang baik di peringkat "standards" antarabangsa.

Bagi memastikan komitmen yang serius dan mengekalkan piawaian HALAL, McDonald's Malaysia memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kebersihan serta mutu yang menyeluruh bukan sekadar di premis tetapi juga amalan pekerjaan yang dilatih dan ditekankan ke atas Pengurus restoran dan kakitangan (service crew). 

Crew McDonald's Malaysia perlu mendapatkan suntikan typhoid dari pihak majlis perbandaran atau pusat kesihatan yang disahkan bagi menjamin dan mengelak kemungkinan jangkitan penyakit. Pastinya, mereka turut diberikan kefahaman khusus melibatkan polisi HALAL untuk dipatuhi. 
Menyedari betapa rumit dan teliti pematuhan kebersihan, keselamatan dan piawaian HALAL, McDonald’s Malaysia telah dan akan terus mengamalkannya. Sebarang tindakan tuduhan liar yang dilemparkan adalah satu tindakan yang tidak berasas, Jadilah masyarakat yang berhemah, bertindak selari dengan fakta dan bukan emosi yang merosakkan. 

Bukan sahaja daging, malahan produk kopi yang hendak dijual McDonald's Malaysia perlu mendapat pengiktirafan JAKIM...

No comments:

Post a Comment