Wednesday, January 18, 2017

Dilema Pemilik Tanah Rizab Melayu

Pada 30hb September 2016, Mahkamah Rayuan dalam Rayuan Civil K-02 -2728-12 tahun 2013 telah memutuskan bahawa segala gadaian ke atas Tanah Rizab Melayu oleh mana-mana institusi kewangan yang tidak diiktiraf Melayu berlandaskan Enakmen Rizab Melayu Kedah 1933 adalah tidak sah dan terbatal (null and void). 
Atas nasihat Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, telah menahan sebarang pendaftaran gadaian oleh mana-mana Institusi Kewangan bukan Melayu ke atas tanah Rizab Melayu, maka Pejabat Tanah dan Galian Kedah mengeluarkan arahan pada 16 November lalu untuk menangguhkan semua urusan pendaftaran gadai janji membabitkan tanah rizab Melayu, kecuali mereka yang berurusan dengan bank disenaraikan dalam Jadual Kedua. 

Ini bermakna semua institusi kewangan yang tidak berada dalam Jadual Kedua tidak boleh menerima tanah rizab Melayu sebagai cagaran atau gadai janji untuk permohonan pinjaman atau pembiayaan. Hanya Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) dan Bank Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Agrobank Malaysia disenaraikan di bawah jadual tersebut. Namun begitu BBMB telah bergabung dan kini dikenali sebagai CIMB Bank Berhad. 

Arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu menyatakan kerajaan negeri Kedah tidak boleh memperakukan hak milik hartanah rizab Melayu yang dicagarkan kepada bank tidak disenaraikan dalam Jadual Kedua di satu sudut pandangan memberikan kesan negatif kepada Kerajaan Negeri, pemaju dan orang Melayu itu sendiri. 
Maka tindakan Mahkamah Rayuan adalah tepat kerana ianya bertindak sebagai obligasi terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu menjamin “tanah Melayu” kekal sebagai “pegangan rizab Melayu”. Benteng kepentingan dan peranan '7 Wasiat Raja-Raja Melayu' berkaitan “tanah Rizab” sudah digugat dan bakal terlupus jika tidak prihatin dan ditanggani dengan kadar segera. 

Dari sudut pandangan yang lain pula, Mahkamah Rayuan termasuk Mahkamah Persekutuan wajar mengekalkan penghakiman ini kerana kuasa Melayu yang hakikat dan kejadian dewasa ini “semakin digadai pergi jarang sekali dapat dikembalikan sehingga ke anak cucu.” Interpretasi Perlembagaan seringkali digugat dan menjadi risiko tinggi kepada masyarakat Melayu ditimbangtara politikus sebagai pembalasan kepada sokongan yang amat jarang digantikan mengikut syarat-syarat pengisytiharan Rizab Melayu. 

Mesyuarat EXCO Kedah kini telah bersetuju mengisytiharkan institusi kewangan yang ditubuh di negara ini sebagai MELAYU dibawah Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu. Usaha ini walaupun mampu merungkai dilema kepada milikan rizab Melayu, namun perlu diperhalusi implikasi memandangkan dua objektif utama Enakmen Rizab Melayu adalah untuk menyekat rizab melayu dari dilupuskan dalam apa jua cara.

No comments:

Post a Comment