Wednesday, February 15, 2017

Campur tangan Agama Islam Yang Dinafikan Exco Agama Islam

Mutakhir ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mendapat tempat dan menjadi perhatian masyarakat umum, apatah lagi melihatkan campur tangan di dalam urusan hal ehwal Agama Islam, seperti membentangkan Rang Undang-Undang Penternakan Babi 2016 yang dibawa oleh Exco Pertanian; Dr Afif Bahardin di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada penggal yang baru lalu.

Terkini, hangat diperdebatkan warta mengenai Kalimah ALLAH oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang tersebar dengan meluas di medan sosial lantaran pendedahan surat dari Exco Hal Ehwal Agama Islam; Abdul Malik Abul Kassim yang ditujukan kepada Mufti Pulau Pinang; Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad ketika itu, bertarikh 26hb Mei 2010.
Antara lain, isi kandungan surat dari Malik menyebut, “Saya dan Kerajaan Negeri merasa kesal dan dukacita terhadap tindakan Y.Bhg Dato yang telah membelakangkan saya selaku Exco yang bertanggungjawab dalam Agama Islam Pulau Pinang dan …sungguh pun tahu secara jelas pendirian Kerajaan Negeri” adalah satu perintah yang bercanggah serta mengesahkan usaha Guan Eng mencampuri urusan Agama Islam bertopengkan Malik yang beragama Islam, dengan menamatkan kontrak mantan Mufti kerana menentang campur tangan ini.

Menurut ENAKMEN 2, ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004 Mengandungi pindaan terkini - Pg.P.U. 11/2008, Seksyen 48. Tatacara pembuatan fatwa dalam:


(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.
(4) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.
http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/enakmen_pentadbiran_agama_islam__negeripulaupinang__2004.pdf

Tindakan selanjutnya oleh Malik dan Mufti Pulau Pinang sekarang; Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor membayangkan surat itu bukan berupakan satu arahan atau campur tangan namun harus dikemukakan terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua Agama Islam di negeri ini, adalah tindakan yang biadap lagi menghinakan.

Ternyata, ekoran berita akbar bertajuk, “There’ll be no Islamic state, says DAP” pada 16 hb Jun 2008 adalah selari dalam usaha DAP mencemari kedaulatan Perlembagaan Persekutuan. DAP terus mencari kelompongan kuasa untuk campur tangan dalam dua bentuk kaedah di Pulau Pinang:

1. Campur tangan selepas Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan Fatwa untuk diwartakan ATAU
2. Campur tangan selepas diwartakan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2008/06/16/therell-be-no-islamic-state-says-dap/
https://aidcnews.wordpress.com/2017/02/04/pas-dedah-bagaimana-kerajaan-dap-pkr-campuri-proses-fatwa-pulau-pinang/