Wednesday, February 15, 2017

Guan Eng Bermain Perasaan Rakyat Membelakangkan Fakta

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Harapan memberikan pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah kampong adalah satu langkah yang bijak??? Sedang Kerajaan negeri pimpinan Lim telah turut menggenakan kenaikan tarif air sebanyak 18.8 peratus dan memperkenalkan surcaj air dengan alasan langkah penjimatan air di Pulau Pinang sejak tahun 2015.

“Pengecualian cukai ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang dapat dimanfaatkan oleh pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung adalah sebanyak RM14, 093,705.78, di mana cukai pintu yang sepatutnya dipungut pada tahun 2017 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ialah RM8, 058,628.78 dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM6, 035,077.00, mengakibatkan bebanan tanggungan GST oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM46.2 juta untuk tahun 2017” kata Lim.

Beliau turut mengumumkan pemotongan cukai pintu enam peratus untuk semua hartanah lain termasuk hartanah komersil. “Potongan 6 peratus ini akan memberikan penjimatan kepada pemilik di kawasan MBPP sebanyak RM11, 829,732.70 dan MPSP sebanyak RM9, 907,892.00. Potongan 6 peratus cukai pintu ini akan menyebabkan beban kewangan sebanyak RM21.74 juta kepada MBPP dan MPSP,” katanya lagi.

Sekali pandang, tidak dinafikan langkah tersebut membuktikan kepekaan dan prihatinnya kepimpinan negeri akan bebanan yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah dan sederhana ekoran perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak diperkenalkan pada 1hb April 2015 oleh Kerajaan Pusat adalah satu tindakan yang mulia di pihak kerajaan negeri?
Hakikatnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengenakan kenaikan cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak 14.75 peratus bagi setengah tahun pertama pada tahun 2015 yang telah memberi kesan langsung kepada kos sara hidup penduduk di negeri ini, malahan kenaikan itu tidak disusuli peningkatan kualiti perkhidmatan yang memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat negeri ini.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/cukai-pintu-pulau-pinang-naik-tahun-depan-1.336286
http://www.thesundaily.my/news/1236160

Bagaimanapun mengikut Akta CBP 2014 (GST Act 2014), cukai pintu yang dikutip pihak berkuasa tempatan tidak tertakluk kepada GST sebagaimana yang didakwa Lim Guan Eng. Jika benar Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng menggenakan GST ke atas perkhidmatan pihak berkuasa kerajaan tempatan, secara terang dan jelas, kepimpinan negeri telah mencabuli Akta GST. Sila rujuk kepada halaman 10 mengenai cukai pintu oleh pihak berkuasa tempatan.
http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN_KERAJAAN_PBT_BADAN_BERKANUN_04032016.pdf

Rakyat Pulau Pinang khususnya dan seluruh Malaysia amnya dibohongi dan dihasut politik kotor tindakan tidak mengutip cukai pintu kepada perkhidmatan yang disediakan Kerajaan Pusat melalui pihak berkuasa tempatan, sebaliknya kutipan hasil cukai tanah terus dibuat dan dikutip bagi pentadbiran Kerajaan negeri. Lim Guan Eng dan kepimpinan negeri acapkali bertindak mencabar kerjasama dan hubungan antara kerajaan dan rakyatnya.

No comments:

Post a Comment