Monday, May 29, 2017

The Star (Malaysia) Bermain Api Agama

Pepatah Inggeris, "The pen is mightier than the sword" kini lumrah topeng kepada sebilangan rakyat Malaysia meneruskan tindakan penghinaan dan memperbodohkan Melayu dan Islam di dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Kebebasan bersuara ditafsirkan dalam pemberitaan bercetak atau secara elektronik, sebagai satu pembuktian dunia akan terma fahaman manusia yang liberal, sinis dan prejudis terhadap Islam dan khususnya, Melayu di Malaysia, tanpa keganasan fizikal.

The Star (Malaysia) telah sekian lama melukakan perasaan umat Islam di Malaysia. Bukan sekali, malah pernah digantung lesen di dalam Ops Lalang tahun 1987 oleh Kementerian Dalam Negeri,  namun syarikat percetakan itu masih tegar hipokrasinya dan berlindung di belakang kuasa politik.

Diulit kembali bahan berita yang dicetak, The Star (Malaysia) pada Ogos 2011, menyiarkan juadah babi panggang sebagai salah satu hidangan di dalam sisipan juadah Ramadhan The Star. Dek kecaman dan kemarahan orangramai terutama umat Islam, dimuatkan permohonan maaf dari sidang redaksi syarikat.

Pada tahun Februari 2012, The Star (Malaysia) ghairah mempromosikan persembahan artis luar negara; Erykah Badu menggayakan tubuh separuh bogelnya penuh bertatu "Kalimah ALLAH" berkesudahan dengan artis itu dilarang dari meneruskan persembahannya dan permohonan maaf dari The Star (Malaysia).

Pada Disember 2016, The Star (Malaysia) sekali lagi memohon maaf apabila meletakkan gelaran Almarhum kepada Sultan Ismail Petra, ayahanda kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekarang.

Terkini, pada 27 Mei 2017, The Star (Malaysia) telah memuatkan foto umat Islam membuatkan Solat Terawih dengan caption  berita "Malaysian Terrorist Leader".

Dan setelah menerima kecaman dari masyarakat pembaca dan umat Islam dan percetakan itu menjadi tular, seperti sediakala The Star (Malaysia) tanpa segan dan silu memohon maaf.

Wajar dan patut, masyarakat pembaca terutama umat Islam dan bangsa Melayu untuk bersabar...sedang kaum Cauvinis dan Hipokrit terus berlaku biadap dalam kotak rasional mereka! 

Kenapa Melayu dan Islam terus-terusan menjadi dan dibiarkan bahan belasahan agen-agen Musang berbulu ayam?

Siapakah pemilik saham syarikat percetakan ini? Siapakah penjenayah (terrorist) sebenar?

Ternyata hukuman yang pernah dijatuhkan ke atas syarikat itu tidak memadai dan mencukupi, melainkan ditarik lesen percetakan/penerbitan dan pemegang saham didenda semaksimanya!

No comments:

Post a Comment