Friday, January 26, 2018

Bazar Perdana, Bandar Perda bakal berubah rupa

Satu usaha mendapatkan persetujuan pemilik lot perniagaan di Bazar Perdana, Bandar Perda, Bukit Mertajam sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pulau Pinang bagi menempatkan jabatan dan agensi Kerajaan setempat pada hari ini
Bazar Perdana, bangunan tiga tingkat, yang bersaiz lebih dari 100,000 kaki persegi amat sinonim satu kegagalan pihak pemaju serta masalah lain, sejak dari penjualan kepada komuniti peniaga di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Sebagai langkah penyelesaian, tindakan yang diambil Kementerian Kewangan untuk mengubah Bazar Perdana sebagai UTC Pulau Pinang adalah satu langkah yang pragmatis dan bertepatan.

Pihak Kerajaan melalui wakilnya Kementerian Kewangan pada dasarnya setelah siri lawatan berpuashati dengan kesediaan lebih dari 1,000 pemilik lot di premis yang bermasalah ini sejak hampir dua dekad.
Perjanjian Kementerian Kewangan dengan pemilik lot pada asasnya akan:
1. Kos pembaikan dan ubahsuai untuk membina UTC Pulau Pinang sebanyak RM40,000,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh MOF.
2. Pemilik lot tidak akan dibayar sewa atau dibeli pemilikannya selama tempoh 3 tahun pertama semasa UTC beroperasi.
3. Pemilik berjanji dan bersetuju pada terma sewaan yang akan ditawarkan pihak Kementerian Kewangan / UTC pada kadar sewaan semasa.

Pemilik lot Bazar Perdana disyorkan mengambil peluang dan mampu meraih pulangan aset setelah tiga tahun pertama operasi UTC.