Tuesday, February 27, 2018

Peduli kah Melayu kepada asas perjuangan?

Sepertimana sebagai seorang ahli kepada mana-mana pertubuhan, lebih lagi di dalam sebuah parti politik, seorang ahli UMNO tertakluk kepada Perlembagaan Parti.

Menurut Fasal 20.8 Disiplin yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO, semua ahli hendaklah cintakan parti dan:
a. Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika ahli
b. Mengikut perintah-perintah parti
c. Menjalankan dasar-dasar parti
d. Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti
e. Menjaga rahsia-rahsia parti
f. Memelihara nama baik dan maruah parti
g. Sentiasa memupuk tatalaku yang sopan lagi tertib.

Persoalannya, bukankah kepimpinan UMNO turut merupakan ahli yang harus menunjuk tauladan dan akur kepada Perlembagaan tersebut?
Kali terakhir cawangan UMNO seluruh negara mengadakan mesyuarat agung pemilihannya pada 15 Julai hingga 30 Ogos 2013...benar atau palsu?

Berikutan pada tahun 2016, MKT UMNO telah memutuskan penangguhan pemilihan di semua peringkat UMNO untuk 18 bulan sekaligus; tempoh maksima yang dibenarkan oleh perlembagaan parti, berdasarkan Fasal 10.17.

UMNO tidak lagi mewakili Melayu akibat kegagalan adakan pemilihan pimpinan akar umbi di peringkat cawangan, bahagian dan kebangsaan setiap 3 tahun sekali seperti dimaktubkan menurut Fasal 15.3 Jawatankuasa Bahagian dan Fasal 18.2 Jawatankuasa Cawangan.

Kerana terlalu taksub mempertahankan kedudukan dan kepentingan, kepimpinan UMNO hanyut dari asas perjuangan dan "Rule of Law" (perlembagaan parti) dengan menangguhkan tempoh pemilihan kepada 18 bulan.

Malahan dilihat, tindakan tegas akan diambil dan disisihkan ahli yang bersuara atau menegur kepincangan yang berlaku dengan kuasa Fasal 20.9 Disiplin

Pendaftar Pertubuhan (RoS) pula ternyata membenarkan dirinya diseret di dalam urusan parti dan memalingkan pandangan dari kenyataan sebenar; pertubuhan tunjang pentadbiran negara tidak terkecuali memastikan ia sebuah pertubuhan yang sah!

Jika benar, berita gagal mengadakan pemilihan di dalam parti (UMNO) pada atau sebelum 28 Februari 2018, ini sekaligus mencerminkan maruah Melayu yang diuarkan diperjuangkan bukanlah keutamaan pimpinan.

UMNO telah diharamkan pada 1988. Pada UMNO Baru sejak tahun 1989 yang menggalas maruah dan perjuangan Melayu, kini pada 2018 bakal dinoktahkan. Kegusaran ini perlu dihadapi dan diperjelaskan pimpinan UMNO...atau apakah sudah tiada lagi terkesan oleh mereka yang sedang berkuasa?
Andai benar keadaan yang berlaku, Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, akan mengutarakan calon-calon yang dinamakan tidak lagi mewakili UMNO, kerana ia sudah tidak lagi wujud dan sah di sisi undang-undang Malaysia?!

Dalam keadaan yang sama, perwakilan Melayu di dalam Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan relevan untuk memacu pentadbiran negara dan secara langsungnya sudah bertukar tangan kepada bukan Melayu.
Bagaimana, harus seorang ahli mendepani masa-masa hadapan dan menyerahkan kepada generasi akan datang dengan gahnya "Akulah Pejuang Bangsa dan Agama"?

*Mohon sangat pemimpin Melayu Islam ambil peduli*😢😢😢

No comments:

Post a Comment