Friday, January 26, 2018

Mampukah MCA dan GERAKAN?

Di Pulau Pinang, MCA dan GERAKAN telah kembali bersatu bekerjasama, lebih lagi setelah satu majlis dinamakan "Perhimpunan Teguh Bersama" di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur, pada 6 Januari 2018 lalu.
Dalam ucapannya Presiden GERAKAN telah antara lain menyatakan kesediaan kedua-dua parti itu tidak akan mensabotag antara mereka di dalam pilihanraya....

Ternyata selama ini, dan terbukti MCA dan GERAKAN tidak pernah bekerjasama malahan mensabotag keputusan kepimpinan tertinggi BN yang meletakkan calon dari parti tersebut di dalam pilihanraya sebelumnya.

Sejarah MCA dan GERAKAN bermula sejak tahun 1959 apabila Lim Chong Eu (Presiden MCA, ketika itu) tidak bersetuju dengan keputusan pecahan kerusi dibuat oleh Tunku Abdul Rahman selepas pilihanraya 1959.

Chong Eu telah menubuhkan parti United Democratic Party (UDP) pada 1962 yang kemudiannya dibubarkan pada 1968 dan bergabung dengan lima pengasas lain menubuhkan  GERAKAN.

Dalam pilihanraya 1969, GERAKAN telah menang besar di Pulau Pinang, membuktikan kedudukannya di kalangan pengundi. Hanya pada 1972, parti ini bergabung dengan PERIKATAN (kemudian bertukar kepada Barisan Nasional pada 1973) menjadikan BN lebih kukuh.

Namun, pergolakan antara kedua-dua parti majoriti Cina itu terus memuncak dalam pilihanraya 1978, bila mana GERAKAN mencabar kedudukan MCA sebagai wakil suara kaum Cina dan dikalahkan kecuali di Pulau Pinang.

Sebelum pilihanraya 1986, desas-desus jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digantikan dengan orang Melayu menyebabkan GERAKAN menggertak dan mengugut keluar dari BN dan mendesak diberikan pertambahan kerusi untuk ditandingi (walaupun kemudiannya dikalahkan).

Kini berbalik kepada permuafakatan antara MCA dan GERAKAN. Mereka berjanji bersatu untuk memenangi pilihanraya ke 14 demi BN demi Satu Mesia.

Persoalannya, selama penafian mereka bersengketa...kedua-dua parti itu gagal menterjemahkan sokongan orang Cina kepada Kerajaan, kerusi kuasa dan kepentingan Melayu pula telah dikurangkan demi menjaga sensitiviti kaum dengan harapan akan terus berkekalan menjawat dan menguasai rakyat.

Lihat sahaja Pulau Pinang. Apa sumbangan pemimpin MCA atau GERAKAN kepada negeri ini, kecuali memastikan mereka berpeluang untuk menjawat jawatan di dalam GLC Kerajaan Persekutuan.
Benarkah terdapat jentera dan keahlian di kalangan komponen "terkuat dan terbesar" ini bagi memastikan kemenangan jentera BN? Atau sekadar "on paper" untuk menyakinkan Najib aka Ajib Gor, inilah Tsunami Cina yang akan kembali membela Kerajaan.

Dilihat pada umumnya, bila diletakkan calon bukan Melayu, pengundi Melayu digesa menyokong agar beliau menang.

Sebaliknya, jika calon Melayu diletakkan di kawasan bukan Melayu, pernahkah, adakah beliau disokong, apatah lagi menang?

Jadi, timbul persoalan yang kedua. Dimanakah kebenaran bahwa setiap tuturkata atau sanggahan orang Melayu adalah rasis, sedang di dalam banyak aktiviti kehidupan termasuk ekonomi; "the supply chain" dikuasai bukan Melayu (terutama Cina) tidak berlaku adil dan pekat racismnya.