Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Friday, January 26, 2018

Mampukah MCA dan GERAKAN?

Di Pulau Pinang, MCA dan GERAKAN telah kembali bersatu bekerjasama, lebih lagi setelah satu majlis dinamakan "Perhimpunan Teguh Bersama" di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur, pada 6 Januari 2018 lalu.
Dalam ucapannya Presiden GERAKAN telah antara lain menyatakan kesediaan kedua-dua parti itu tidak akan mensabotag antara mereka di dalam pilihanraya....

Ternyata selama ini, dan terbukti MCA dan GERAKAN tidak pernah bekerjasama malahan mensabotag keputusan kepimpinan tertinggi BN yang meletakkan calon dari parti tersebut di dalam pilihanraya sebelumnya.

Sejarah MCA dan GERAKAN bermula sejak tahun 1959 apabila Lim Chong Eu (Presiden MCA, ketika itu) tidak bersetuju dengan keputusan pecahan kerusi dibuat oleh Tunku Abdul Rahman selepas pilihanraya 1959.

Chong Eu telah menubuhkan parti United Democratic Party (UDP) pada 1962 yang kemudiannya dibubarkan pada 1968 dan bergabung dengan lima pengasas lain menubuhkan  GERAKAN.

Dalam pilihanraya 1969, GERAKAN telah menang besar di Pulau Pinang, membuktikan kedudukannya di kalangan pengundi. Hanya pada 1972, parti ini bergabung dengan PERIKATAN (kemudian bertukar kepada Barisan Nasional pada 1973) menjadikan BN lebih kukuh.

Namun, pergolakan antara kedua-dua parti majoriti Cina itu terus memuncak dalam pilihanraya 1978, bila mana GERAKAN mencabar kedudukan MCA sebagai wakil suara kaum Cina dan dikalahkan kecuali di Pulau Pinang.

Sebelum pilihanraya 1986, desas-desus jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digantikan dengan orang Melayu menyebabkan GERAKAN menggertak dan mengugut keluar dari BN dan mendesak diberikan pertambahan kerusi untuk ditandingi (walaupun kemudiannya dikalahkan).

Kini berbalik kepada permuafakatan antara MCA dan GERAKAN. Mereka berjanji bersatu untuk memenangi pilihanraya ke 14 demi BN demi Satu Mesia.

Persoalannya, selama penafian mereka bersengketa...kedua-dua parti itu gagal menterjemahkan sokongan orang Cina kepada Kerajaan, kerusi kuasa dan kepentingan Melayu pula telah dikurangkan demi menjaga sensitiviti kaum dengan harapan akan terus berkekalan menjawat dan menguasai rakyat.

Lihat sahaja Pulau Pinang. Apa sumbangan pemimpin MCA atau GERAKAN kepada negeri ini, kecuali memastikan mereka berpeluang untuk menjawat jawatan di dalam GLC Kerajaan Persekutuan.
Benarkah terdapat jentera dan keahlian di kalangan komponen "terkuat dan terbesar" ini bagi memastikan kemenangan jentera BN? Atau sekadar "on paper" untuk menyakinkan Najib aka Ajib Gor, inilah Tsunami Cina yang akan kembali membela Kerajaan.

Dilihat pada umumnya, bila diletakkan calon bukan Melayu, pengundi Melayu digesa menyokong agar beliau menang.

Sebaliknya, jika calon Melayu diletakkan di kawasan bukan Melayu, pernahkah, adakah beliau disokong, apatah lagi menang?

Jadi, timbul persoalan yang kedua. Dimanakah kebenaran bahwa setiap tuturkata atau sanggahan orang Melayu adalah rasis, sedang di dalam banyak aktiviti kehidupan termasuk ekonomi; "the supply chain" dikuasai bukan Melayu (terutama Cina) tidak berlaku adil dan pekat racismnya.

Saturday, September 24, 2016

MASA Tidak Bersama Kita

Ayuh Melayu!!! Lontarkan suaramu pada tempatnya. Masa TIDAK bersama kita. Bergelut sesama sendiri di medan sosial. 

Bila PRU, sendiri menghukum diri. Bagai GAGAK di rimba, merintih dan meroyan lagi. Malunya Melayu hanya petah kata-kata TIDAK pula aksinya. 

Tidak lahirlah peribahasa Melayu; "BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT". Bukan sekadar kata-kata, tetapi perbuatan mensahihkan kehadiran.
Pantun : Undi

Di sambar kilat henti nadi
Umpama bunga jatuh layu
Sedih lihat daftar pengundi
Ramai Cina dari melayu

Jalan berbatu tempuh titi
Mencari dara gadis ayu
Cina bersatu tidak kira parti
Tujuan asal jatuhkan Melayu

Ciongsam putih pakaian Nyonya
Sari ungu pakaian India
Melayu masih besar egonya
Konon melayu tak hilang di dunia

Jika ke hulu mencari angsa
Berpusing nanti buruk padahnya
Bila melayu hilang kuasa
Baru bising seluruh dunia

Di tinggal ibu hidup merana
Di tengah kota penjara besi
Jika Melayu di perintah Cina
Tinggal nama lidah dan gusi

Gadis Arab kening melentik
Berbaju labuh kain parsi
Jangan di harap ahli politik
Asyik bergaduh rebut kerusi

Arah barat cari mayat
Dalam gua jumpa mangsa
Jangan di harap wakil rakyat
Kumpul harta lupa bangsa

Dari dulu tinggal di kuah
Jual baja membeli padi
Duhai melayu semangat tuah
Kerah semua daftar pengundi

Dari Seremban poie A.Setar
Singgah Tapah sarapan pagi
Ayuh anak Melayu poie daftar
Tinggal 5 hari saje lagi...


Nukilan :- 
Pakai baju kain satin,
 Ini Melayu Prihatin

Friday, January 16, 2015

Bangkitlah Dan Sedar Dari Lamunan

Orang Melayu dari kalangan Marhain yang nampak jelas perlunya penyatuan orang-orang Melayu Pahang Johor Kedah dsbnya kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).

Beliau sedar pertubuhan ini perlu disenyawakan perjuangan oleh Bangsawan dan mendapat perkenan Raja. Maka itulah arwah Kapten Onn Jaafar menjadi pilihan sebagai pendokongnya dan sokongan Istana Bukit Serene dicemar sebagai persatuan orang Melayu dengan Raja-Raja atau Sultannya berpisah tiada.

Begitu luhur dan ikhlas pengorbanan arwah Pendeta Za'ba untuk Bangsa Melayu yang utuh menempa nama di bumi ia berpijak.

Kembalilah dalam nafas yang sudah bersimpang jauh dari pangkalnya. Letaklah ke sebelah ego dan nafsu serakah...memungkinkan Melayu dan Islam bertaut bersatu.

Bersatu TEGuH. Bercerai ROBOH.

Mana bisa Aku tinggalkan sahsiah yang Aku dampingi sejak 36 tahun lampau.

Biarlah Aku digelar Anti Kerajaan kerana Aku lantang bersuara dengan teguran sinis....kerana pentingnya Melayu dibangkitkan dari lamunan walau hanya Aku sendirian menyalak....asal jangan generasiku ditimpa bala.

Thursday, January 15, 2015

Melayu Sudah Bersedia Menjadi Kuli aka Coolie

Rasiskah apabila mengutarakan tentang bangsa sendiri. Sedang kaum lain dalam diam bertepuk tangan dan bersorak....Melayu sudah terlalu dayus berkata dan berfikir.

13 Mei bakal berulang tetapi keadaannya terbalik dengan kekuatan berpihak kepada kaum Cauvinis.
Lihat sahajalah latihan dan sukarelawan PSTD mahupun RELA...siapa yang semakin bertambah kemasukannya?

Kenapa?

Bila berlaku persengketaan berdarah...Melayu ada senjatapun tidak mampu menggunanya kerana sudah "mahir tidak ambil tahu". Sekadar berharap pada golok dan parang itupun kalau berani...atau lebih tepat lagi "Hero Rempit".

Hanya mampu cerita kehebatan seni pertahanan diri zaman lampau....diri sendiri sudah tipis jatidiri.

Escapism generasi muda melihatkan kegagalan generasi Baby Boomers yang ramai bersikap TIDAK APA, Nanti, Kami Sedang Melakukan Awak Tahu Apa? Mengundang perluasan kekecewaan dan sikap biarkanlah.

Bagi yang lantang bersuara dipandang sebagai OVERLY and Unnecessarily Concerned atau Exaggerative.

Kita berkata berdasarkan Fakta bukan Auta.
Berapa ramai graduan Pusat Serenti memgikut demografinya?
Berapa ramai peminjam PTPTN mendapat Sarjana Pertama dan dikurangkan tanggungan kewangan?
Berapa ramai bayi dilahirkan tanpa pernikahan?
Siapa pengunjung keMaksiatan dan Kufar?
Siapa menjadi Pemantau dan Memantau tapi Gagal Laksana?
Siapa yang memegang amanah tapi kerana wang dileburkan?
Bagaimana maklumat sulit pemunya tanah di tangan bakal pembeli, kecuali Rasuah diutamakan?

Hari ini terima gaji...tapi kesetiaan dan Amanah dilongkangkan.

Siapa Mengapa dan Bila Mahu Berubah? Bila tongkang sudah pecah? Baru terngadah...

Atau ....agrhhhh Apa Aku Kesah! The vicious finger pointing game carries on. Noone Malay is really bothered or concerned.

Prasarana 1st class. Mentaliti terperosok di celah-celah kesempitan dunia yang dikuasai Fahaman Asing. Mana al Quran sebagai Ad Deen yang dilaungkan.

Friday, July 04, 2014

Melayu Dalam Kecelaruan dan Kedu

RIDHUAN TEE ABDULLAH - SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.

Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah. 

Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.

Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.

Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?

Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini? 

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.