Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Tuesday, February 27, 2018

Peduli kah Melayu kepada asas perjuangan?

Sepertimana sebagai seorang ahli kepada mana-mana pertubuhan, lebih lagi di dalam sebuah parti politik, seorang ahli UMNO tertakluk kepada Perlembagaan Parti.

Menurut Fasal 20.8 Disiplin yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO, semua ahli hendaklah cintakan parti dan:
a. Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika ahli
b. Mengikut perintah-perintah parti
c. Menjalankan dasar-dasar parti
d. Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti
e. Menjaga rahsia-rahsia parti
f. Memelihara nama baik dan maruah parti
g. Sentiasa memupuk tatalaku yang sopan lagi tertib.

Persoalannya, bukankah kepimpinan UMNO turut merupakan ahli yang harus menunjuk tauladan dan akur kepada Perlembagaan tersebut?
Kali terakhir cawangan UMNO seluruh negara mengadakan mesyuarat agung pemilihannya pada 15 Julai hingga 30 Ogos 2013...benar atau palsu?

Berikutan pada tahun 2016, MKT UMNO telah memutuskan penangguhan pemilihan di semua peringkat UMNO untuk 18 bulan sekaligus; tempoh maksima yang dibenarkan oleh perlembagaan parti, berdasarkan Fasal 10.17.

UMNO tidak lagi mewakili Melayu akibat kegagalan adakan pemilihan pimpinan akar umbi di peringkat cawangan, bahagian dan kebangsaan setiap 3 tahun sekali seperti dimaktubkan menurut Fasal 15.3 Jawatankuasa Bahagian dan Fasal 18.2 Jawatankuasa Cawangan.

Kerana terlalu taksub mempertahankan kedudukan dan kepentingan, kepimpinan UMNO hanyut dari asas perjuangan dan "Rule of Law" (perlembagaan parti) dengan menangguhkan tempoh pemilihan kepada 18 bulan.

Malahan dilihat, tindakan tegas akan diambil dan disisihkan ahli yang bersuara atau menegur kepincangan yang berlaku dengan kuasa Fasal 20.9 Disiplin

Pendaftar Pertubuhan (RoS) pula ternyata membenarkan dirinya diseret di dalam urusan parti dan memalingkan pandangan dari kenyataan sebenar; pertubuhan tunjang pentadbiran negara tidak terkecuali memastikan ia sebuah pertubuhan yang sah!

Jika benar, berita gagal mengadakan pemilihan di dalam parti (UMNO) pada atau sebelum 28 Februari 2018, ini sekaligus mencerminkan maruah Melayu yang diuarkan diperjuangkan bukanlah keutamaan pimpinan.

UMNO telah diharamkan pada 1988. Pada UMNO Baru sejak tahun 1989 yang menggalas maruah dan perjuangan Melayu, kini pada 2018 bakal dinoktahkan. Kegusaran ini perlu dihadapi dan diperjelaskan pimpinan UMNO...atau apakah sudah tiada lagi terkesan oleh mereka yang sedang berkuasa?
Andai benar keadaan yang berlaku, Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, akan mengutarakan calon-calon yang dinamakan tidak lagi mewakili UMNO, kerana ia sudah tidak lagi wujud dan sah di sisi undang-undang Malaysia?!

Dalam keadaan yang sama, perwakilan Melayu di dalam Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan relevan untuk memacu pentadbiran negara dan secara langsungnya sudah bertukar tangan kepada bukan Melayu.
Bagaimana, harus seorang ahli mendepani masa-masa hadapan dan menyerahkan kepada generasi akan datang dengan gahnya "Akulah Pejuang Bangsa dan Agama"?

*Mohon sangat pemimpin Melayu Islam ambil peduli*😢😢😢

Wednesday, August 02, 2017

The Malay Pawn Tragedy...Will It End Well?

The present messed up and discontent are brought about by the leaders and their goons, as they believed it had to done to keep themselves alive in the frail security of power.

They have neither proves to be loyal to the struggle of the Malays, Islam or the nation. If they defy and or dislike (in silence, as proven over time), and conspire support for the next leader, what kind of a supporter, they be?

Whence, incompetence should NOT be rewarded with blind loyalty as true allegiance lies NOT for the leaders but WITH the people; whom the leaders aims to win their hearts of a just rule.

The power tussle among the Malay based politics (UMNO, PAS, PKR, PAN, PPBM) has not evolved but worsened and damaging for the Malay majority despite dictated in Federal Constitution Malaysia, as the leaders formulated winning strategies with the minorities over the majority.

The Malays and the Bumiputera will heed their leaders well, not of blind allegiance but because, they have chosen to serve (the right) representatives of their voices.

The outcome of the coming General Election may otherwise least likely carve a smile to true Malaysian.😱

Tuesday, December 06, 2016

The Case of Being Diplomatic

With a strong mandate given by the UMNO delegates, the UMNO President attended the rally on a common issues with PAS President at the Stadium Titiwangsa, last Sunday, condemning the Myanmar violence and bloodied crackdowns against the Rohingnyas. 
This is the third rally of such nature organized in the capital city, Kuala Lumpur. Previously, similar effort was called at the Myanmar Embassy and the National Mosque in condemning Myanmar and urging the regime to stop violence against the Rohingyas. 

The recent rally, highlighted the cooperation between two largest political parties (UMNO and PAS) representing the Malays and Islam, committed in their protest against atrocities beyond universal values. 

Reportedly, there are about 1.5 million Rohingnya ethnic residing in the Rakhine state (known as Arakan in ancient Burma) of the total Myanmar population of about 55 million. The Rohingnya exodus has sparked an ongoing regional humanitarian crisis. 

Malaysia and Thailand, being the closest to the Myanmar borders are already implicated with human trafficking issues, in addition coping with the influx of Myanmar refugees since 2012 to February 2016; approximately 144,390 refugees that majority are Rohingnya ethnic. 
The rampant killings and absence of intervention by the world and regional communities (UN, OIC and ASEAN) resulted in Myanmar public disgusted with Malaysian head of state as pictured at the Malaysian Embassy in Yangon, Myanmar.

Malaysia should propose a review of Myanmar membership in the ASEAN community of such inhumane nature. The rhetoric on Rohingnya has taken a new dimension. Action is required! 

Close the Malaysian embassy and the envoy to return home, immediately. The Myanmar envoy and workers should be expelled from Malaysia. Impose trade embargo on Myanmar. Similarly when UN recognized the Israelis into Palestine in 1948, they should exercise the same with the Rohingnya.

Saturday, November 26, 2016

Sandiwara RUU Penternakan Babi 2016 (Pulau Pinang)

Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ditangguhkan awal pagi tadi yang bermula sejak 15hb November 2016 telah menjawab 76 soalan lisan dan 634 soalan bertulis yang dikemukakan. Sebanyak dua usul tergempar dan dua rang undang-undang diluluskan.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri, Dr Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya) merupakan individu yang ‘tersohor’ apabila dalam satu usul tergempar beliau bertikam lidah dengan Datuk Hj Roslan Saidin, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pinang Tunggal mengheret dan mencemuh UMNO dalam membela Maria Chin. 

Lebih mengejutkan lagi, Dr. Afif telah membentang dan diluluskan Rang Undang-Undang Penternakan Babi 2016 Pulau Pinang tanpa sokongan dari ADUN Barisan Nasional. Apakah motif sebenar enakmen diluluskan? Perkara yang mencabar martabat Islam dan umat Melayu serta kepentingan awam, sebagai mengenepikan keperluan rakyat Pulau Pinang dan kekalutan kepimpinan Kerajaan Negeri. 

Afif berkata, kaedah yang digunapakai di dalam penternakan tradisional masakini telah menyebabkan pencemaran alam sekitar. Turut juga menimbulkan isu keselamatan penyalahgunaan ubat-ubatn terlarang? Tambahan pula ia bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang? 

Sedangkan di Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 untuk umat Islam sahaja dibantah keras PKR yang didalangi DAP. RUU Penternakan Babi 2016 pula diutamakan dan dibentangkan seta diluluskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP. 

Bagi sebuah negara yang berkependudukan 30.9 juta orang (perangkaan Julai 2016), sebanyak 50.1 peratus (15.5 juta orang) adalah daripada bangsa Melayu. Anehnya ladang penternakan babi menjadi satu industri dan sumber negeri terutamanya disumbang oleh dua negeri penyumbang utama Selangor dan Pulau Pinang?

Sudah lupakah kita kepada wabak Japanese Encephalitis yang melanda Kampung Sungai Nipah, Negeri Sembilan pada awal tahun 1999 yang mengakibatkan maut. Terdapat kajian yang dijalankan mendapati jangkitan JE pada darah haiwan ternakan dari sembilan buah negeri di Malaysia pada tahun 1993 yang mendapati, kebanyakan haiwan yang dijangkiti terdiri daripada babi dari Pulau Pinang. 

Di negara maju seperti Jepun, ladang penternakan babi dijalankan di kawasan yang jauh dari kawasan perumahan dan pendudukan manusia. Namun seperti kebiasaannya di Malaysia, babi diternak bersama ayam, itik serta berhampiran dengan sawah padi. 

Ladang-ladang penternakan babi di Pulau Pinang bukan sekadar risiko pembawaan virus JE, malahan terdapat di kawasan-kawasan perkampungan tradisi Melayu dan penempatan perumahan yang padat. Pada tahun 2014, dua orang kanak-kanak telah dijangkiti virus JE dan dirawat di hospital di Pulau Pinang. 

Terdapat lebih dari 150 buah ladang penternakan babi di Pulau Pinang dengan kelompokan terbesar sebanyak 77 buah ladang di Kampung Selamat, Pinang Tunggal, 50 buah ladang di Valdor, Sungai Bakap dan selebihnya di Gertak Sanggul dan Telok Kumbar, Bayan Lepas. Terdapat juga sebilangan ladang penternakan babi di sebelah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dari jumlah ladang tersebut, telah menghasilkan sebanyak 1,200 ekor babi sehari (sejumlah 438 ribu ekor babi) bagi permintaan dalaman negeri Pulau Pinang, sejumlah lagi untuk pasaran negeri-negeri lain dan selebihnya untuk diekspot ke luar negara. Jika dihentikan perladangan ini, maka terganggulah perbekalan kepada permintaan dalam negeri, kata Afif.

Menurut sumber lain, berikutan kelulusan RUU Babi 2016 ini, satu perladangan moden dan berteknologi tinggi akan dibangunkan di Jawi, Sungai Bakap; juga kawasan penempatan majoriti orang Melayu. Ketua Menteri Lim Guan Eng pula bercadang membuat pengambilan tanah di kawasan Malakoff, Tasek Gelugor yang bernilai RM1.2 billion. Kemungkinan besar ladang penternakan moden itu akan ditempatkan di sana?
pencemaran di Sungai Kereh, Tasek Gelugor
Malahan seorang wakil rakyat maklumkan telah membuat lawatan ke ladang babi di Kampong Selamat, Pinang Tunggal mendapati air kumbahan berwarna hitam kehitaman dilepaskan memasuki Sungai Kereh yang mengalir ke Tasek Gelugor dan Permatang Pauh, termasuk juga mengalir ke sawah padi seluas 351ha di kawasan sekitarnya (Kampung Tok Bedu, Kampung Air Melintas Kecil, Datuk Keramat, Tasek Gelugor dan Kampung Matahari Naik).

Kerajaan Negeri mengharapkan peruntukan dari Kerajaan Pusat bagi kerja pemeliharaan sumber air. Berapakah jumlah yang diperlukan? Mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU Peneternakan Babi 2016 (Pulau Pinang) diluluskan demi kesejahteraan rakyat?

Apakah tidak akan berlaku ulangan seperti yang dialami penduduk negeri Selangor, jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal mengawal selia dan menjamin air yang bersih untuk kegunaan rakyat Pulau Pinang, lebih-lebih lagi bagi kegunaan umat Islam?

Pastinya lebih memalukan apabila seorang wakil rakyat Melayu Islam sanggup merendahkan maruah diri dan martabat Agamanya mempertahan dan membentang RUU Penternakan Babi 2016 (Pulau Pinang) untuk diluluskan melalui persidangan Dewan Undangan Negeri yang baru lalu.

Thursday, November 24, 2016

Azmin To Swallow Bitter Pill...

The unregulated pig breeding farms in the Sungai Klang and Sungai Langat areas are the cause of pollution that had eventually disrupted the water supply and created hardship to the residents in Selangor. 

The findings disclosed through the Auditor General’s report proves and echoed by the UMNO Malaysia Youth Exco, Shahril Hamdan denying it was an act of sabotage as claimed by the Selangor Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali. 
Azmin had claimed earlier, they have evidence of sabotage by Barisan Nasional and UMNO on the matter of water pollution in Semenyih, refuting the state government is poorly administered. 

The report further had found that the state government failed to control illegal pig farms which may further causing the water contaminants into the rivers of Selangor, causing water disruption in the Klang Valley. 

The Auditor General's Report Series 2, states there are approximately 132 pig farms found in the basin of Sungai Klang and Sungai Langat compared to only 27 licenses were issued. 

"The findings by the Auditor General in the Auditor General's report also prove the water supply interruption in recent years is due to management body of the state government; Selangor Water Management Authority (LUAS) weaknesses," Shahril told Astro Awani. 

“The audit analysis found the water quality of Sungai Klang and Sungai Langat was moderately polluted (Class III) thus causing contaminants from the uncontrolled activities of the domestic and industrial pollution hence led to water treatment plants ordered to stop work.", he added. 

“The Mentri Besar and state executive councillor must refrain from accusing others of sabotaging the water supply in Selangor. The state government has not only failed to manage resources in Selangor raw water supply well, but the delay to finalize the purchase of water concessionaires in Selangor hence hurting the taxpayers," he said. 

Failure of LUAS to monitor and record the exact number of the owners of the farm or the industry to be licensed only proves the state government’s management weakness and leads to increased costs and time to treat raw water for consumers.

Monday, June 29, 2015

Wadah UMNO, Realiti VS Impian

Sedang Parti komponen seperti MCA bersiapan dengan gerak kerja mengukuhkan Parti dari dalam dan mencipta landasan buat barisan baru, UMNO sebagai tunjang kepimpian negara mengambil pendekatan menangguhkan pemilihan dan mengekalkan ramai barisan kepimpinan yang kedu lagi lesu yang merobekkan ukhwah, semangat dan minda Melayu.

Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baru-baru ini memutuskan pemilihan UMNO yang dijadualkan tahun hadapan ditangguhkan selama 18 bulan. Berdasarkan pengalaman lalu, ini menandakan PilihanRaya Umum Ke 14 akan diadakan sebelum Persidangan Agung UMNO. Impak dari keputusan ini kerapnya memberi ruang kepada barisan kepimpinan yang berdepan dengan masalah untuk membetulkan keadaan namum pada amnya gerak kerja yang masih lesu bagai menyambung nyawa kepuraan.

Susulan dari keputusan itu, dalam satu temuramah yang disiarkan TV9, SUA UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan mendakwa, keputusan menangguhkan pemilihan agung UMNO pada tahun depan adalah hasil dari suara akar umbi UMNO yang dibuat di ILMU, Janda Baik, Pahang. Ia tidak ada kaitan atau bersabit isu 1MDB tetapi keputusan MKT???

Penulis belum pernah menjejak kaki ke ILMU, Janda Baik, Pahang. Di dalam satu Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2013, Tengku Adnan dengan bangganya mengumumkan keahlian UMNO telah mencecah 3.5 juta orang (angka sebenar 3,430,750, 000 orang ahli). Luas dan mampukah ILMU menempatkan jumlah sebegitu besar, kalaupun tidak, berapa kerapkah perjumpaan dibuat di sana bersama akar umbi ATAU berapakah jumlah "ratio" yang wajar sebagai mewakili suara akar umbi untuk menyatakan sebarang keputusan ATAU adakah keputusan itu sebenarnya dibuat oleh ahli jawatankuasa Bahagian dan sayap yang tanpa penangguhan ini bakal melihat mereka dihukum oleh akar umbi malah kemungkinan akan kedengaran banyak cawangan dan Bahagian berhempas pulas untuk mengadakan mesyuarat agung sesuai dengan peruntukan Perlembagaan UMNO.

Bayangkan contoh terbaru seramai 35 dari 70 cawangan Pergerakan Pemuda Bahagian Permatang Pauh menzahirkan undi tidak percaya kepada Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda Bahagian gara-gara peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk program belia telah ghaib? Pastinya ini satu tamparan hebat malah realiti di lapangan yang cuba ditutup dari pengetahuan pucuk pimpinan atasan Parti ATAU sememangnya ia satu berita diketahui umum, cuma enggan diakui. 

Apa tidaknya, Permatang Pauh baru sahaja melalui PilihanRaya Kecil bergema bumi Permatang Pauh dipimpin Ketua Bahagiannya bahawa mereka sudah bersedia dan yakin memberi calon Pakatan Rakyat; "a run for their money". Ternyata untuk kali ke 7, UMNO gagal mengambilalih disebabkan kerakusan mencengkam kuasa dan penyelesaian politiknya tidak kritikal atau bersungguh.

Menyingkap sejarah orang Melayu dan UMNO secara ringkas, Frank Swettenham antara pegawai kolonial yang meletakkan Dasar British di Tanah Melayu pernah menyebut, "The Malay is an arrogant creature. He will not hesitate to harm you even if he were to suffer even greater harm in the process. We need to protect the Malay from himself.” 

Apabila British meninggalkan Tanah Melayu, mereka menggalakkan pembentukan Kongres India Malaysia (MIC), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk meneruskan dasar Swettenham dan melindungi kepentingan British dalam proses kemerdekaan. Ironiknya, MIC pada mulanya bersama-sama dengan pihak Kongres lain di Fiji, Afrika Selatan dan di tempat lain hanya melihatkan kemerdekaan untuk India. 

Kemunculan kemerdekaan pada tahun 1957 menyaksikan MIC dan MCA semata-mata menjaga kepentingan mereka dengan mengukuhkan sokongan kepada UMNO. Tiada kerusi etnik India yang majoriti di mana-mana. MCA tertubuh dari kalangan pedagang yang ingin mengawal dan pertahan kuasa ekonomi mereka. 

MIC dan MCA terus menuntut dalam kerajaan yang mereka wakili komuniti mereka tetapi realitinya di lapangan, mereka mewakili rakyat yang mengundi majoriti daripadanya adalah Orang Asli dan Orang Melayu. 

Berbalik kepada MKT berkeputusan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun depan selama 18 bulan. Kukuhkan parti? Siapa itu parti? Siapa yang memimpin? Kuasa dari siapa untuk memimpin?

Kenapa andai seseorang telah diberikan mandat untuk memimpin, kini timbul penangguhan pemilihan untuk mengukuhkan parti?

Kata Omputih..."there is some fishy going on. Most certainly, as a Leader who is committed and dedicated shall uphold the promises and to be responsible to his/her constituents or party members. To put it bluntly or point blank...these acts of extending the period of powers has hidden agendas to assist or efforts to undermine the party members away of the rights to be represented and Practices of Democracy."

Pandangan penulis...UMNO mesti meneruskan pemilihannya to stay relevant especially during stormy weather.

Yang perlu dilakukan adalah antaranya "taking the bull by the horns" sebagai usaha ikhlas kepada perubahan:


1. Mengembalikan asas penubuhan agensi Kerajaan yang sebelum ini ketara menjadi agen "delivery system" dan perancang serta saluran informasi kepada anggota masyarakat.

2. Samada kekalkan JASA untuk "rebranding dan restructure" ATAU dibubarkan jawatan dan jabatan PEMIKIR. Pemikir seharus dan semestinya bertangunggjawab mengesahkan strategi yang luhur dan berani...sebaliknya lebih memberi individu tertentu tempat sebagai "point of reference" yang dibayangi tangan/kuasa tertentu...without credentials, tidak kritikal dan forward thinking. Hanya rubber stamp duties.

3. BTN dengan sambungan kontrak Raja Arif seolah mengesahkan modul yang hampeh lagi tidak berjiwa mendapat consent pihak pucuk pimpinan Negara. Tidak ada "affirmative actions" malahan BTN hanya elemen menggunakan peruntukan untuk tugasan redundant dan ineffective seperti banyak agensi dan suruhanjaya yang ditubuhkan dalam usaha mencerminkan kesederhanaan, keterusan, keterbukaan dan berbagai ...yang akhirnya memperlihatkan tiada kesungguhan kecuali tidak ubah bersifat "diversion from reality".

4. Fungsi JAKIM banyak terbatas dengan unsur campurtangan kepolitikan. Bayangkan dalam syiar agama, Institut Hadhari dan Institut Wasatiyyah bagai berebut mendahului satu sama dan dibiayai kos operasi. Begitupun tanda HALAL kerap menjadi bahan yang kerap dipertikaikan. JAKIM tidak pula mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan tindakan salahguna oleh premis perniagaan.
 
5. Apa relevannya Akademi Kenegaraan berbanding kursus Biro TataNegara di Kem seluruh Negara? Khabarnya model Akademi Kenegaraan BTN Jalan Bellamy bakal dibina di seluruh Negara. Sepertimana berlakunya pada Institut Tadbiran Awam Negara sebagai Pusat latihan bagi pegawai-pegawai Kerajaan yang tidak lebih berupa Pusat untuk mengesahkan pencapaian meninggi atau mendatar. Tidak lagi berunsur elemen menambahbaik atau doktrin kesetiaan dan kecemerlangan.

6. KEMAS turut perlu diperinci dan rombak semula bidangnya sebagai mendekati masyarakat dan menyakininya bukan sebaliknya bertindih fungsi seperti agensi lain.

7. Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional antaranya satu klasik pertindihan kuasa dan nyata redundant serta undermining fungsi Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Penubuhan yang dilihat begitu eksklusif tanpa taring bagaikan satu "window dressing".

8. Setiap tahun Auditor-General melapurkan ketirisan dan pembaziran wang dari Perbendaharaan. Dilihat pada tindakan ke atas sikap yang diamalkan Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan Berkanun dan GLC seolah menjadi lumrah dengan "more carrots rather sticks". Such a "mockery" wang kutipan dari Rakyat tidak ada "accountability" dan "responsibility" oleh mereka yang dipertanggungjawabkan atau mengetuainya. 

Sesungguhnya segala usaha dan peranan dari pihak-pihak berkepentingan peribadi telah menyebabkan kalangan masyarakat lebih-lebih lagi di kampung melepaskan tangan kerana terdapatnya pemimpin yang mendesak diberikan Amanah terbukti lebih menjemput kecelakaan di dalam kalangan masyarakat itu sendirinya.

Adakah ungkapan "Bagi kami ambil. Undi? Jangan mimpilah" akan kembali dengan lebih jelas dan massive. Angkara pemimpin dan penyokong yang masih dalam "denial" menafikan kebangkitan Melayu yang berasa loya dengan sandiwara mereka yang bagai menganggap akar umbi masih boleh ditarik dan dipujuk, seolah mereka tiada mata melihat dan akal untuk berfikir.

Adakah Saluran 1 di Peti Undi, masih kekal bersama dengan UMNO/BN? Kenapa semakin mengecut? Apakah Saluran 4 dan ke atas semakin pula bilangannya bertambah? Benarkah golongan ini berjaya didekati atau didekati oleh pemimpin muda dalam kepartian?

Kekuasaan memerintah bukan dengan riak dan dabik dada sekadar jumlah keahlian dan strategi yang dibentang dan disorak kalangan pimpinan. Kekuasaan adalah dengan usaha yang constructive, bersungguh, berani dan luar dari kotak kebiasaan....mencipta yang baru. Sekadar tukar kulit baru, tetapi kandungannya lama.


Dunia kini Dunia persepsi. Kuasa kini adalah berbentuk dari jumlah undi yang berdaftar hasil jatidiri dan sikap tanggungjawab serta indoktrinasi Kenegaraan yang asli...bukan yang diubahsuai untuk mencerminkan semua boleh, hakikatnya tidak mampu walau sedetik dicapai.

Kehidupan manusia berlegar sekeliling dunia yang bergerak tanpa henti walau sesaat. Bukan sebaliknya. Dari pemerhatian penulis, "on the flip side of a coin", kedengaran suara-suara untuk memperbaiki keadaan dalam ruang lingkup yang sempit. Apakah nadi tersebut mampu diperhebatkan? Kemungkinannya ada. Harapannya ada, hanya kesungguhan dasar Transformasi Politik dan Kerajaan yang masih terhenti di tepi jalan. Menanti bekalan "minyak, alatganti, air, Wang dan sebagainya....kecuali pemandu yang masih berlenggang dan santai mengguis tanah di hujung jari kaki. Penumpangnya beransur pergi kerana si Pemandu tidak pedulikan...

Masanya sekarang adalah menongkah arus mengharungi badai, bukan menangguh. The world is not for Procrastinators.

Saya Seorang Anak, Bapa dan Saudara berBangsa Melayu dari etnik Jawa. BerAgama Islam, ahli UMNO Baru sedari tertubuhnya dan ahli UMNO sejak layak usia, teramat kasihkan. Rakyat di Bumi bernama Malaysia.

Saturday, June 06, 2015

Nothing To Hide? Ego. Ego, Awak Di Mana?

Seperti dewasa ini, ungkapan yang menjadi sebutan dan siulan ramai, Awak Awak Di Mana? Lebih tepat dengan digarap sebagai "Ego. Ego, Awak Di Mana?"

Majlis diurakan sebagai platform ketelusan berlingkar memgenai 1MDB dengan tag line #NothingToHide pagI tadi mendedahkan polemik Melayu sebenar. Pelbagai tuduhan liar dibuat mengenai penganjuran oleh NGO; SukaGuam secara jemputan. Bagaimanapula boleh menjadi majlis terbuka.

Majlis dibatalkan PDRM sebelum berlalu sebarang kekecohan atau pertelingkahan. Mungkin benarlah telahan Ketua Polis Negara, majlis bakal dihuruharakan. Malahan ada individu yang sanggup mencetuskan kekecohan seperti dipaparkan. Angkara siapa ini? Diperhatikan ada tangan-tangan yang rancak mengadudombakan situasi.   
 

Ketidak hadiran YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib di atas nasihat YDH KPN kebetulan dengan bencana gempabumi di Ranau, Sabah sebenarnya mampu ditangani penuh keinsafan dan profesional hanya menambahkan sangkaan yang negatif.

Sebagai usaha selamatkan majlis, pihak penganjur mengizinkan YABhg Tun Dr Mahathir untuk berbicara. Apa yang berlalu? Ditohmahkan pula, majlis telah di "hijacked" TDM. Saling melemparkan kerang busuk di kalangan kedua-dua penyokong Melayu ini. 

AMAT MEMALUKAN. Sepatutnya kematangan politik tidak sebegini rupa. Inikan isu berkisar dalam Satu Bangsa. Satu Parti. Satu Qiblat. 

Ketika zaman TDM, nama negara bagaikan 'David versus Goliath and won'. Sebuah negara yang bermaruah mencabar keterbiasaan dunia. Malaysia Inc menjadi buah mulut pelusuk dunia. Menjadi rujukan negara-negara kecil malah negara maju mulai menghormati.

Bila Abdullah Badawi mengambilalih kepimpinan negara, gegak gempita dengan Islam Hadhari hingga tertubuhnya Institut Hadhari dan sesi jelajah promosi dimulakan. DSMN pula ambilalih dengan konsep Wasatiyyah. Maka terbentuk satu lagi, Institut Wasatiyyah dan menerapkan Maqasid Syariah.

Masing-masing Institut dikekalkan dan ditanggung pengurusan. Apa yang menakjubkan di sebalik usaha memartabatkan Islam di kalangan rakyat dan dunia, tercetus kelompok dalam kepimpinan dengan acuan, kehendak citarasa dan keperluan peribadi mengapikan situasi.

Tidak ubah mereka terbawa atau terhasut dengan sifat Yahudi. Persengketaan itu Ekonomi. Sedang Sang Kuffar  dan musuh Islam berasak mencela Kalimah Allah, golongan ini sekadar berpeluk tubuh. Sedang Cauvinis dan musuh kesejahteraan melontar fitnah dan membuat onar, golongan yang sama sekadar, "Biarkan Si Luncai Dengan Labunya".

Jika benar Melayu. Jika benar Islam, kenapa jalan perdamaian tidak diusahakan. Kenapa ukhwah antara Saudara Islam diketepikan? 

Bagaimana mungkin Islam dimartabatkan jika ia kerap menjadi komoditi bila 'perlu' BUKAN selamanya selagi hayat dikandung badan? Bagaimana syiar Islam disebati dan disemarakkan? 

Golongan Agama pun ramai yang berpura. Hipokrit sekali permainan dipentaskan. Islam kini bagai telur di hujung tanduk. Nyawa-nyawa ikan.

Maaf cakap...Kafir Harbi dan angkatan perang musuh lagi tertawa melihatkan sandiwara yang dihidangkan.

Ego. Ego, awak di mana? Ego, awak di mana? TDM salah? DSMN salah? Dua-dua bersalah...lebih bersalah lagi penyokong di samping Panglima dan Hulubalang yang Angguk-angguk Geleng-geleng tampil ke depan dan membayang sebagai suara dan kehendak " icon" masing-masing.

Sepatutnya "swallow your ego and put efforts towards strengthening solidarity". Yang dilihat sekarang ramai yang menggunakan 'massive words'. Talk big about TRANSFORMATION and Solidarity.

Yang kuat adalah kuasa ampuan. Apple polisher dengan YES! Begitu juga dengan eye candy initiatives ...inilah adalah antara keberhasilan Punah-punah Sehat juga agen Pembangkang yang patut dibuang dari perjawatan atau inner circle.

Zaman TDM, semua Yes Boss! Ketika Pak Lah...Pak Lah who? Kini dengan DS Najib, terlari-lari sambil kain terlondeh masuk Cabinet full of skeletons, dicabar letak jawatan. Goodie two shoes.

Yang bakal tanggung kerosakan adalah rakyat lebih-lebih lagi masyarakat Melayu yang selama ini memberi peluang kepada yang " ingin memimpin" demi keterusan perjuangan sebuah semangat Kebangsaan!

Keberanian bukan dari kata-kata. Kematangan adalah dengan kesungguhan untuk berUBAH. Berubah sebelum padah!

Thursday, May 07, 2015

#PRKP044 #Vote4AbgMie Keganasan Mulai Ditunjukkan Lawan

Loghat Utara di sini disebut 'panaeh lit lit' yang membawa maksud kepanasan yang teramat. Begitulah keadaan dengan senario kepolitikan yang seolah sebuah pesta lebih-lebih lagi golongan muda merempit dan menyebabkan kesesakan penuh kebisingan.

Bukannya penulis tidak pernah muda. Tetapi dewasa ini, dengan simbol genggaman tangan diadaptasi dari perjuangan pemberontakan Che Guevara, golongan muda terutama mereka yang tidak layak mengundi bagaikan dirasuk semangat melepaskan geram tanpa haluan dan batasan serta kebisingan. Malah kehadiran anggota Polis yang meronda tidak dipedulikan.
Sebuah sidang media telah diadakan di Bilik Gerakan MCA Permatang Pauh dengan kenyataan dibuat En. Gui Guat Lye mengenai satu insiden keganasan di ceramah MCA pada 4hb Mei di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya.

En. Gui memaklumkan dalam siri kempen MCA tersebut di kalangan komuniti Cina dengan di pentas War truck, ceramah telah disampaikan oleh jemputan dari MCA Kedah; Dr. Leong Kuang.

Selesai menyampaikan penceramah tersebut turun bersalaman dengan hadirin dan terdapat satu kumpulan berbangsa Cina tidak berpuashati dengan ceramah yang disampaikan dan mulai mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penceramah tersebut.

En. Gui yang turut bertindak sebagai pengiring berusaha menenangkan keadaan telah ditumbuk di pipinya jatuh terduduk dan ditarik hingga bajunya dikoyak oleh suspek yang dipaparkan. Dalam keadaan demikian, suspek cuba mencapai kayu 3" x 2".

Keghairahan pihak Pembangkang nyata bagai sudah hilang kewarasan apabila, serangan demi serangan yang dilemparkan melalui tuduhan tidak dilayan oleh MCA di kawasan yang kepadatannya  terdapat komuniti Cina. Begitu juga dengan UMNO dan lain-lain komponen di dalam menjalani kempen PRK P-044 kali ke tujuh ini.


Hakikatnya, mereka sudah ketandusan ide untuk provokasi jentera Barisan Nasional. Laungan menuntut keadilan dan menjaga kesucian undang-undang hanyalah satu gimik dan skrip wayang pemimpin serta penyokong tegar parti Pembangkang.

Tahniah buat petugas dan anggota jentera MCA yang berjaya "keep their cool". Maturity demands level headed minds NOT Actions! Tidak seperti yang dipupuk oleh DAP, PAS apalagi PKR.

Lain-lain kecederaan seperti dipaparkan dalam foto berikutnya.






Angkara ketaksuban calon pemimpin dari luar lagi bukan anak tempatan, pastinya tidak dapat menjiwai segala aspirasi warga Permatang Pauh. 

Suhaimi Sabudin, pilihan terbaik mewakili Parlimen Permatang Pauh!

Friday, January 16, 2015

Bangkitlah Dan Sedar Dari Lamunan

Orang Melayu dari kalangan Marhain yang nampak jelas perlunya penyatuan orang-orang Melayu Pahang Johor Kedah dsbnya kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).

Beliau sedar pertubuhan ini perlu disenyawakan perjuangan oleh Bangsawan dan mendapat perkenan Raja. Maka itulah arwah Kapten Onn Jaafar menjadi pilihan sebagai pendokongnya dan sokongan Istana Bukit Serene dicemar sebagai persatuan orang Melayu dengan Raja-Raja atau Sultannya berpisah tiada.

Begitu luhur dan ikhlas pengorbanan arwah Pendeta Za'ba untuk Bangsa Melayu yang utuh menempa nama di bumi ia berpijak.

Kembalilah dalam nafas yang sudah bersimpang jauh dari pangkalnya. Letaklah ke sebelah ego dan nafsu serakah...memungkinkan Melayu dan Islam bertaut bersatu.

Bersatu TEGuH. Bercerai ROBOH.

Mana bisa Aku tinggalkan sahsiah yang Aku dampingi sejak 36 tahun lampau.

Biarlah Aku digelar Anti Kerajaan kerana Aku lantang bersuara dengan teguran sinis....kerana pentingnya Melayu dibangkitkan dari lamunan walau hanya Aku sendirian menyalak....asal jangan generasiku ditimpa bala.