Showing posts with label Pantai Timur. Show all posts
Showing posts with label Pantai Timur. Show all posts

Sunday, February 22, 2015

Hentian Bas Greenwood DiHentikan

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tempoh lalu. Ini adalah sebahagian langkah dan usaha SPAD mengintergrasikan perkhidmatan pengangkutan awam darat di bawah satu bumbung demi keselesaan masyarakat pengguna.

Kenyataan Media

Pemberhentian Penggunaan Hentian Bas Greenwood Sebagai Hentian Bas Ekspres Sementara

Kuala Lumpur, 11 Februari 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’ atau ‘Suruhanjaya’) ingin mengumumkan kepada pengguna dan pengendali bas ekspres ke Pantai Timur, bahawa penggunaan hentian bas Greenwood sebagai hentian bas ekspres sementara akan dihentikan selepas 8 Mac, 2015.

Pengendali bas ekspres telah diarahkan untuk memindahkan operasi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Orang awam yang mahu ke Pantai Timur dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas ekspres di TBS bagi keselamatan, keselesaan dan kemudahan mereka. Penurunan dan pengambilan penumpang di hentian Greenwood juga menyumbang kepada kesesakan jalan raya di kawasan tersebut dan menambahkan risiko keselamatan terhadap pengguna jalan raya serta penumpang.

Suruhanjaya juga menggalakkan orang ramai yang mahu ke Pantai Timur supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan KTM Komuter yang berintegrasi dengan TBS. Pengguna bas dari Gombak dan Sentul boleh menggunakan LRT laluan Ampang di stesen Sentul dan Sentul Timur atau perkhidmatan KTM Komuter di stesen Titiwangsa untuk ke TBS.

Communications
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Level 4, Block D, Platinum Sentral,
Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur


Tuesday, December 30, 2014

Pengangkutan Awam Akan Kembali DiPulihkan

KENYATAAN AKHBAR- SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

SPAD AKAN BERUSAHA UNTUK MENYAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI LALUAN PANTAI TIMUR YANG TERGENDALA EKORAN BANJIR

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2014 -  Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut  bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat.

Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk.

Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa dis
ebabkan kerosakan infrastruktur yang terlibat masih belum dapat diakses sepenuhnya.

SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut untuk memastikan proses penyambungan semula perkhidmatan di laluan ini berjalan dengan cepat dan lancar.

Memandangkan kerugian yang ditanggung oleh KTMB telah menelan jutaan ringgit, SPAD akan meneliti segala aspek yang terlibat termasuklah juga saluran sumber dana yang berpotensi digunakan oleh SPAD sebagai pihak yang berkuasa ke atas pengangkutan awam darat untuk membiayai keperluan perbelanjaan memperbaiki kerosakan infrastruktur bagi laluan Pantai Timur yang terjejas.

Manakala, bagi perkhidmatan bas eskpres laluan Pantai Timur pula, perkhidmatan telah mula dihentikan pada 24hb Disember bagi beberapa laluan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan kemudiannya telah dihentikan sepenuhnya pada 26hb Disember bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru dan Terengganu.

Walaubagaimanapun, laluan Kuala Lumpur ke Kuala Terenganu masih dibuka melalui Seremban dan Muadzam Shah.

SPAD telah membenarkan Pengusaha bas ekspres untuk menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi yang dituju.

Untuk makluman, perkhidmatan kereta sewa di bandar-bandar di Kelantan dan Terenganu telah juga terjejas.

Perkhidmatan kereta sewa dan bas ekspres ini akan hanya disambung semula bergantung kepada keadaan cuaca di setiap laluan yang terlibat.

SPAD ingin mengambil peluang untuk mengingatkan semua pengusaha untuk senantiasa mengutamakan keselamatan diri dan penumpang semasa perjalanan.

Penumpang pula diminta untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan makluman yang diberikan oleh pengusaha dari masa ke semasa.