Showing posts with label Pengangkutan Awam. Show all posts
Showing posts with label Pengangkutan Awam. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Jejak Pengangkutan Trem Di Pulau Pinang

Tahukah anda, di awal pemerintahan British di Pulau Pinang selepas era Revolusi Industri, Bandaraya George Town turut dilengkapi dengan sistem pengangkutan enjin berkuasa wap (trem)? George Town merupakan bandar pertama di rantau ini yang diperkenalkan trem, sebelum Calcutta dan Singapura oleh British. Bagaimanapun, apabila syarikat yang mengendalikan trem mengalami kerugian berikutan kemurungan perdagangan global, sistem trem turut dihentikan pada tahun 1922.

Revolusi Industri yang dimulakan bangsa Inggeris di Britain pada tahun 1750-1850 memungkinkan peralihan penggunaan tenaga kerja oleh manusia dan haiwan digantikan dengan penggunaan mesin/jentera. Perkembangan dan keperluan itu turut merupakan pemangkin Empayar British di dalam mengekalkan penguasaannya di jajahan takluknya bagi memastikan kepentingannya terjamin dan mudah diuruskan. 

Menurut buku "Old Glimpses of Penang" pada tahun 1890 terdapat sebelas buah trem berkuasa wap yang berulang-alik di laluan sekitar George Town, Pulau Pinang. Walaupun demikian, trem berkuasa wap mula diperkenalkan pada tahun 1880 an di Pulau Pinang oleh seorang ahli perniagaan bernama Mr. Gardner menyediakan perkhidmatan di jalan Air Itam dan Air Terjun yang beribupejabat di Jalan Western (kini Jalan Tramway off Jalan Datuk Kramat) yang siap dibina pada 27 Oktober, 1907. Trem berkuasa wap dengan tolok meter tunggal itu turut menghubungkan Weld Quay di pusat bandar dengan Air Itam, lingkungan empat batu perjalanan dengan pemandangan menarik dan kawasan ladang kelapa yang menghijau. 

Garis laluan trem masih boleh kelihatan di Jalan Penang di hadapan Pawagam Odeon sehingga ke pasar Chowrasta. Secara umumnya, pengangkutan trem dianggap sebagai kelas untuk para pekerja yang membanting tulang. Ini lebih relevan kerana ia murah dan sesak digunakan. Manakala golongan profesional lebih gemar menggunakan beca.

Trem berkuasa elektrik pula mula beroperasi pada tahun 1906. Syarikat itu menguntungkan dengan 1913 tetapi bergelut pada tahun-tahun peperangan. Trem telah beransur-ansur digantikan dengan troli-bas dari lewat 1920-an.Trem wap digunakan sebagai satu perkhidmatan pengangkutan penumpang dan mengangkut hasil ladang ke dok untuk ekspot.

Satu garis laluan trem wap turut dibina merentasi Jalan Air Terjun ke Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang bagi kerja-kerja mengangkut batu dari Western Quarries untuk pembinaan bangunan-bangunan bersejarah di George Town. Bagaimanapun garis kedua itu ditinggalkan pada tahun 1914 apabila jadual trem dan peta laluan yang digambarkan dibawah dihasilkan.



 Peta yang menunjukkan laluan 1914 trem dari Jeti Swettenham sehingga pejabat Electric Tramway 
(dan Depot) berhampiran Gaol (Penjara). Ia juga menunjukkan garis laluan ke Sungai Pinang

Ini adalah sambungan peta pertama yang menunjukkan laluan Trem Pulau Pinang pada tahun 1914 dari pejabat Electric Tramway ke Ayer Itam, melalui Kampong Bharu

Terdapat banyak laporan kemalangan dan trem telah digambarkan sebagai tidak boleh dipercayai dan pengendalinya (Penang Steam Tramways) mengalami kerugian yang teruk. Pemiliknya telah menyerahkan perkhidmatan kepada New Oriental Banking Corporation pada tahun 1893. Pihak bank pula cuba mendapatkan Pesuruhjaya Perbandaran untuk mengambil alih perkhidmatan itu, tetapi gagal. Syarikat bagaimanapun terus beroperasi tanpa keuntungan.


Selain menyediakan perkhidmatan trem wap, Penang Steam Tramways turut membina landasan trem berkuda. Ini dilakukan pada tahun 1898, apabila kerja-kerja penambakan pesisir George Town untuk melebarkan kawasan pelabuhan hingga ke Weld Quay. Garis laluan trem berkuda dibina dari Magazine Road melalui Jalan Penang dan Chulia Street ke Weld Quay. Ia beroperasi serentak dengan trem berkuasa wap dan pada 4 Mei, 1899 trem berkuda telah bertembung dengan tream berkuasa wap-trem pada jam 5:00 petang di penhujung Chulia Street Ghaut menyebabkan kecederaan ke atas tiga orang penumpang.

Kegemilangan Penang Steam Tramways terhenti pada tahun 1900 dan syarikat telah secara lelongan. Bagaimanapun tiada pembida yang berminat hingga memaksa pihak Kerajaan (bukan Perbandaran) menyelamatkan keadaan bagi membolehkan perkhidmatan disambung semula. Namun pada tahun 1903, pihak Kerajaan memutuskan tidak meneruskan perkhidmatan trem dan keadaan memaksa pihak Perbandaran mengambil alih perkhidmatan.


Pada tahun 1904 kuasa lektrik telah diperkenalkan di George Town, dan bekalan lektrik disambungkan ke perkhidmatan trem. Dalam tempuh dua tahun itu, laluan sejauh empat km menghubungkan Air Itam dan George Town dibina. Pada 23 Disember 1905, Pesuruhjaya Perbandaran telah menaiki trem berkuasa letrik yang pertama. Perjalanan itu sejauh jarak dari Datuk Kramat berhampiran Penjara Pulau Pinang (berhampiran Jalan Tramway) ke Jeti di Weld Quay. Sebanyak lapan trem kuasa letrik beroperasi pada kekerapan sebelas minit. 


Bermula pada tahun 1913 kewangan perkhidmatan trem mulai menguntungkan sehingga tahun 1922 apabila Pulau Pinang dilanda kemurungan perdagangan. Pada masa yang sama, bas troli dicadangkan dan dimulakan. Perkhidmatan trem troli mula menyediakan perkhidmatannya di jalan-jalan di pulau pada tahun 1925 menggantikan trem kuasa letrik sepenuhnya pada tahun 1936.

Pada waktu puncak operasi, terdapat 24 buah bas troli beroperasi. Ia adalah troli bas terkecil di dunia dan digunakan di Pulau Pinang.

Rujukan:

1. Old Glimpses of Penang
2. Penang Trams, Trolley Buses and Railways
3. Penang - Past and Present (1786-1963): © City Council of George Town, 1966 

Friday, January 23, 2015

SBST Dipertingkat SPAD Di Bandar Perintis

Satu Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) akan dilancarkan pada bulan April bagi bandar Seremban. Manakala di Perlis pada bulan Jun 2015. Seterusnya Skim ini dijangka diperkenalkan di Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching pada tahun ini dalam usaha memperkemas dan memperhebatkan jaringan perkhidmatan bas dalam dan luar bandar.


Projek yang bernilai RM100 juta di lima ibu negeri ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dengan usahasama SPAD, CityLiner dan MARA Liner, di 5 buah bandar yang dimaksudkan di dalam satu sesi pemeterian perjanjian di antara pihak yang terbabit.

Sila ikuti kenyataan media yang disediakan pihak SPAD berkaitan Skim SBST seperti dilampirkan... 






Tuesday, December 30, 2014

Pengangkutan Awam Akan Kembali DiPulihkan

KENYATAAN AKHBAR- SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

SPAD AKAN BERUSAHA UNTUK MENYAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI LALUAN PANTAI TIMUR YANG TERGENDALA EKORAN BANJIR

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2014 -  Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut  bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat.

Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk.

Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa dis
ebabkan kerosakan infrastruktur yang terlibat masih belum dapat diakses sepenuhnya.

SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut untuk memastikan proses penyambungan semula perkhidmatan di laluan ini berjalan dengan cepat dan lancar.

Memandangkan kerugian yang ditanggung oleh KTMB telah menelan jutaan ringgit, SPAD akan meneliti segala aspek yang terlibat termasuklah juga saluran sumber dana yang berpotensi digunakan oleh SPAD sebagai pihak yang berkuasa ke atas pengangkutan awam darat untuk membiayai keperluan perbelanjaan memperbaiki kerosakan infrastruktur bagi laluan Pantai Timur yang terjejas.

Manakala, bagi perkhidmatan bas eskpres laluan Pantai Timur pula, perkhidmatan telah mula dihentikan pada 24hb Disember bagi beberapa laluan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan kemudiannya telah dihentikan sepenuhnya pada 26hb Disember bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru dan Terengganu.

Walaubagaimanapun, laluan Kuala Lumpur ke Kuala Terenganu masih dibuka melalui Seremban dan Muadzam Shah.

SPAD telah membenarkan Pengusaha bas ekspres untuk menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi yang dituju.

Untuk makluman, perkhidmatan kereta sewa di bandar-bandar di Kelantan dan Terenganu telah juga terjejas.

Perkhidmatan kereta sewa dan bas ekspres ini akan hanya disambung semula bergantung kepada keadaan cuaca di setiap laluan yang terlibat.

SPAD ingin mengambil peluang untuk mengingatkan semua pengusaha untuk senantiasa mengutamakan keselamatan diri dan penumpang semasa perjalanan.

Penumpang pula diminta untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan makluman yang diberikan oleh pengusaha dari masa ke semasa.

Tuesday, December 09, 2014

Pengangkutan Awam Dalam Kehidupan Dan SPAD

Umum mengetahui pengangkutan awam sebagai satu mod kemudahan yang mempunyai kriteria dan modus operandinya. Bagi mereka yang dilahirkan dalam zaman pembangunan negara di era 60 an hingga ke 80 an, kelazimannya karenah pengangkutan awam tidak begitu dipedulikan kerana keperluannya tidak begitu mendadak atau mendesak.

Perlu ditekankan berdasarkan topografi yang berbeda telah membentuk pelbagai bentuk pengangkutan bagi memudahkan perjalanan rakyat Malaysia. Jalan darat, air dan udara menghendaki sistem pengangkutan yang berlainan sama sekali mengikut jarak perhubungannya.


Pengangkutan awam umumnya merupakan bas hinggap-hinggap dengan penstrukturan semula satu atau lebih syarikat bas. Teksi dengan pengenalan konsesi teksi dan perkhidmatan limosin dan keretapi masih kekal identitinya. Manakala di pintu masuk antarabangsa dan dalaman ditambahbaikan dengan lapangan terbang yang lebih moden dan selesa. Namun ada juga perkhidmatan Feri seperti di Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar dengan pulau. Ditambah pula dengan perkhidmatan keretapi yang menghubungkan kaki Bukit Bendera dengan puncaknya.
Di kepulauan peranginan, pengangkutan awam melibatkan bot laju sebagai penghubung perhubungan. Tidak lupa juga di Sabah dan Sarawak dengan rupabentuk bumi yang lebih unik, perkhidmatan bot panjang, perkhidmatan kenderaan lasak (4 x 4) juga helikopter sebagai pilihan yang mewarnai sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Dalam ertikata lain pengangkutan awam, merupakan sistem pengangkutan di mana penumpang bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain tanpa menggunakan kenderan sendiri. Begitupun, zaman kemajuan begitu pantas menukar citarasa dan keperluan. Kriteria baru menentukan keperluan yang lebih selari dengan peredaran zaman dan rupabentuk penghidupan masyarakat setempat dan semasa.


Kini bas hinggap lebih  bersifat  "feeder transportation" menghubungkan perkhidmatan pengangkutan yang lain untuk sampai ke destinasi pelanggan. Turut berpengkalan di stesen bas Ekspres yang lebih moden dengan teksi sebagai pilihan kedua. Keretapi pula sudah melalui proses "dual track" agar jadual perjalanan dapat ditambah di samping menyimpan nilai nostalgiknya. Lapangan terbang serba moden lagi eksotik seperti KLIA dan LCCT juga merupakan pusat perhubungan pengangkutan awam yang lainnya. Pemesatan pentadbiran, ekonomi dan kependudukan telah mengundang Transit Aliran Ringan (LRT),  KTM Komuter, KL Monorail, KLIA Express dan KLIA Transit (ERL; Express Rail Link) antara pengangkutan pilihan ramai anggota masyarakat yang jauh lebih murah serta pantas dan tertumpu di bandaraya Kuala Lumpur sehingga hari ini/

Perlu diingatkan perjalanan perhubungan mempunyai statistik yang berbeza dari satu dengan yang lain. Rangkaian jalan raya atau darat di Malaysia merangkumi 98,721 kilometers; dengan 80,280 kilometers jalan berturap dan 1,821 kilometers merupakan lebuhraya. Lebuh raya terpanjang negara; LebuhRaya Utara-Selatan melebihi 800 kilometers  menghubungkan antara sempadan Thai dan Singapura. Sistem jalan raya di Sabah dan Sarawak kurang dimajukan dan bermutu rendah dan (dijangkakan bermula perhubungan jalan Trans Borneo) berbandingkan dengan di Semenanjung Malaysia pada masa sekarang.
Sistem pengangkutan awam darat turut meliputi sistem kereta api yang merangkumi sejumlah 1,849 kilometers; 1,792 kilometers daripadanya merupakan landasan sempit, sementara 57 kilometers  merupakan landasan piawai. 150 kilometers daripada landasan sempit dan semua landasan piawai berelektrik.
Malaysia juga mempunyai sistem jalan air sepanjang 7,200 kilometers, kebanyakannya sungai. Daripada ini, sejauh 3,200 kilometers terletak di Semenanjung Malaysia manakala 1,500 kilometers di Sabah dan 2,500 kilometers di Sarawak. 
Tidak dinafikan juga lapangan terbang dan helikopter di serata negara.

Dalam hubungan itu, sektor pengangkutan awam dilihat perlu meningkatkan kepercayaan masyarakat yang melibatkan:


1. Ketepatan masa. Dalam melangkah ke dimesi dunia yang lebih progresif dan dinamik. Masa merupakan elemen yang mesti dititikberatkan oleh semua peringkat di dalam industri ini.


2. Mutu. Keselesaan dan kebajikan penumpang adalah fokus yang tidak kurang pentingnya.


3. Akses. Pengangkutan awam mestilah mudah didapati dan menepati kehendak masyarakat.


4. Kapasiti. Pengangkutan awam mesti mencukupi bagi menampung kehendak perjalanan semasa dan boleh ditingkatkan untuk menampung bilangan dari masa ke semasa.



Memandangkan keperluan dan kehendak yang sering bersaing, sebuah agensi diwujudkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 pada 3hb Jun 2010 dan mulai beroperasi pada 31hb Januari 2011.

Bagi memastikan SPAD dapat memainkan peranan dan mencapai objektif penubuhannya dengan berkesan, ia tertakluk di bawah Jabatan Perdana Menteri di dalam pengawasan YAB Perdana Menteri; Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan dipengerusikan oleh 

YB Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid Albar.

Melihatkan jarak perhubungan jalan darat (jalanraya dan rel keretapi) sejauh 100, 570 kilometers yang merupakan pilihan utama pengangkutan,  tidak hairanlah peranan SPAD amat kritikal dan bersesuaian menggariskan Sistem Pengangkutan Awam Menjana Pembangunan Negara.

Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

. Kuasa Merancang - Melakarkan pelan induk yang komprhensif, bersepadau dan mapan dan menampun pembangunan infrastruktur
. Kuasa Mengawal Selia - Memantau, mengawal selia tahap dan perkhidmatan yang disediakan setiap pengusaha melalui sistem perlesenan.
. Penguatkuasaan - Kuatkuasa melalui sistem odit, siasatan, pembatalan/penggantungan lesen, menyita kenderaan dan menggenakan "penalty" ke atas pengusaha yang tidak cekap dan melanggar syarat perlesenan. 

Misi SPAD adalah bagi memastikan pengangkutan awam darat lebih selamat, boleh diharapkan, lancar, "responsive", mudah diperolehi, terancang, bersepadau dan mapan mencukupi di samping memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah pada kadar yang berpatutan dan pengangkutan barangan yang lebih "competitive". 


SPAD turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam bidang kuasa yang telah digariskan.

Dalam ertikata lain, SPAD berperanan membaik pulih perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia, yang mana adalah salah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak


SPAD boleh dihubungi seperti di bawah:


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, 

Level 19, 1 Sentral, Jalan Travers, 
Kuala Lumpur Sentral, 
50470, Kuala Lumpur. 

Tel: 03–2268 5782. Faks: 03–2272 3744. Talian Bebas Tol:1800-889-600





Rujukan


1. Laman sesawang SPAD http://www.spad.gov.my/ms

2. Pengangkutan di Malaysia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_di_Malaysia

3. Malaysia. CIA.gov. Diperolehi pada 26 Oktober 2010https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/my.html
4. Mody, Ashoka (1997). Infrastructure Strategies in East Asia: The Untold Story. Washington D.C.: The World Bank. ms. 35. ISBN 0-8213-4027-1http://books.google.com.ph/books?id=jSVNQi3UZKgC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false 
5. Richmond, Simon: Cambon, Marie; Harper, Damian. Malaysia, Singapore, Brunei  Lonely Planet. ms. 10. http://books.google.com.ph/books?id=wprT8EAiMnIC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false