Sunday, February 22, 2015

Hentian Bas Greenwood DiHentikan

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tempoh lalu. Ini adalah sebahagian langkah dan usaha SPAD mengintergrasikan perkhidmatan pengangkutan awam darat di bawah satu bumbung demi keselesaan masyarakat pengguna.

Kenyataan Media

Pemberhentian Penggunaan Hentian Bas Greenwood Sebagai Hentian Bas Ekspres Sementara

Kuala Lumpur, 11 Februari 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’ atau ‘Suruhanjaya’) ingin mengumumkan kepada pengguna dan pengendali bas ekspres ke Pantai Timur, bahawa penggunaan hentian bas Greenwood sebagai hentian bas ekspres sementara akan dihentikan selepas 8 Mac, 2015.

Pengendali bas ekspres telah diarahkan untuk memindahkan operasi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Orang awam yang mahu ke Pantai Timur dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas ekspres di TBS bagi keselamatan, keselesaan dan kemudahan mereka. Penurunan dan pengambilan penumpang di hentian Greenwood juga menyumbang kepada kesesakan jalan raya di kawasan tersebut dan menambahkan risiko keselamatan terhadap pengguna jalan raya serta penumpang.

Suruhanjaya juga menggalakkan orang ramai yang mahu ke Pantai Timur supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan KTM Komuter yang berintegrasi dengan TBS. Pengguna bas dari Gombak dan Sentul boleh menggunakan LRT laluan Ampang di stesen Sentul dan Sentul Timur atau perkhidmatan KTM Komuter di stesen Titiwangsa untuk ke TBS.

Communications
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Level 4, Block D, Platinum Sentral,
Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur


No comments:

Post a Comment