Showing posts with label Rompin. Show all posts
Showing posts with label Rompin. Show all posts

Wednesday, May 06, 2015

#PRKP044 #Vote4AbgMie Pengundi Jangan DiPerdayakan PKR

Seperti yang dijangkakan, pakatan Pembangkang (Pakatan Rakyat aka PR) mengalih perhatiannya ke PilihanRaya Kecil (PRK) Permatang Pauh (P.044) melihatkan kerusi P.091; Rompin gagal dimenangi mereka dengan propaganda yang jelik.

Sumbangan komuniti Cina tidak dapat dinafikan di Rompin, sebagai bukti usaha parti MCA turun mendampingi dan memantapkan pengaruh di kalangan masyarakat itu semakin jelas. Sedangkan perikatan PR berubah menjadi kucar-kacir dek keegoan di kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) yang sering bersikap dahagi.

Fitnah menjadi lauk-pauk PR dengan serangan seterusnya yang tidak lebih mencetuskan perkauman yang "the highest form" dalam bentuk memutarbelitkan kenyataan pemimpin MCA baru-baru ini.

Dalam kenyataan berkaitan Goods and Services Tax (GST), pihak China Press sendiri telah menarik balik siaran akhbar YB Senator Datuk Heng Seai Kie; Ketua Wanita MCA pada 1 Mei yang baru lalu.

Namun kerana terdesak dengan senjata yang memakan diri, PKR tetap menaikkan papan billboard "Melayu Bayar Lebih GST, GST Manfaat Kita (Orang Cina)"

Menyedari hal sedemikian, Heng telah mengeluarkan kenyataan menyangkal fitnah berbaur perkauman yang dimainkan PKR, lebih-lebih lagi di dalam menghadapi PRK P.044 nanti.

"I am saddened that my remarks on the goods and services tax (GST) during an interview with China Press were spun out of context by DAP and PKR whereby Pakatan has stooped to racialise my comments merely to recoup votes as evidently, even PKR’s survey indicates confidence lacking in retaining Permatang Pauh.

Since China Press has already explained, given a clarification and apologised for misquoting me, it is absolutely unbecoming of the Opposition to twist and add ‘salt and pepper’ to my comments

There should be no racial profiling related to GST, and it is despicable of DAP and PKR to play up the racial card by linking GST to ethnicity to score political mileage.

We have since filed a complaint with the Election Commission besides lodging a police report on this matter.

We also appeal to the Election Commission and the police to take stern action against any political party who play up the racial card in any form or material during any election. 

To readers who might have been affected by the misrepresentation of my comments by DAP and PKR, I humbly express my deep regrets.

It is time to put the issue to rest. What is the ulterior motive of DAP and PKR to still harp and twist my comments to center on race? 

Datuk Heng Seai Kie
Wanita MCA National Chairman"

Berikutan itu, billboard tersebut yang dipasang telah mula diturunkan oleh pihak berkuasa, kerajaan tempatan dengan perintah SPR.

Satu sifat yang diperhatikan melibatkan PR adalah mereka sering melaungkan demokrasi dan mendokong undang-undang. Namun strategi mereka kerap "hitting below the belt" dan amat memalukan. Ciri-ciri pembohongan yang menghalalkan semua kaedah untuk menang.

Rakyat Malaysia yang dahagakan keharmonian perlu menyatakan sokongan menidakkan peluang kepada PR! Begitu juga harapan lebih-lebih lagi kepada komuniti Cina bagi mengesahkan sokongan mereka beransur kembali bersama Barisan Nasional (BN).

 

Saturday, April 25, 2015

#PRKP091 Rompin Mendapat Perhatian

Dato' Seri Liow Tiong Lai dalam kapasitinya sebagai Menteri Pengangkutan telah mengambil peluang melawat Jeti Kuala Rompin setelah permasalahan para pengusaha bot sampai ke pengetahuan beliau.

Jeti tersebut merupakan penghubung dan kemudahan kepada 50 buah bot yang berada di dalam keadaan yang tidak terurus, uzur serta menyukar para pengusaha bot bagi menyara kehidupan mereka.

Keadaannya yang memerlukan penaiktaraf bakal pengusaha bot di sini bakal memberi faedah kepada pengusaha bot tempatan dan pelancong.

Rompin terkenal dengan aktiviti memancing ikan layaran dan laut dalam dan menarik ramai pelawat asing setiap tahun. Lantaran itu prasarana yang menarik perlulah disediakan.

Datuk Seri Liow memaklumkan peruntukan akan diminta daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan itu yang bakal menyediakan banyak peluang ekonomi kepada rakyat, khususnya orang tempatan.

Komitmen BN adalah jelas. Kebajikan rakyat perlu diberikan perhatian tambahan ia dapat membantu tingkatkan taraf hidup mereka lebih-lebih lagi di dalam sektor pelancungan di Rompin.

Dato' Seri Liow turut berkesempatan menziarah petani yang mengusahakan ladang buah-buahan dan sayuran untuk ekspot di Rompin. Pertemuan itu antara lain memberi peluang kepada masysarakat petani berinteraksi dan berbicara serta menyalurkan maklumat.

"Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan kawasan pengeluaran makanan kekal. Ini akan membantu meningkatkan aktiviti ekonomi dan eksport untuk negara," katanya.

Siri lawatan ke Rompin, adalah rangka lawatan Dato' Seri Liow  yang juga Presiden MCA, bagi membantu kempen calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin di PRK Rompin (P.091).

Beliau berkata kebanyakan mereka yang ditemui dalam kunjungannya kenal dan selesa dengan Hasan.

"Saya berharap mereka akan memberi sokongan untuk membawa lebih banyak pembangunan ke Rompin. Hasan adalah adalah seorang yang penuh keazaman dan peka dengan keperluan rakyat di sini," tambah Dato' Seri Liow Tiong Lai lagi.