Bencana banjir yang melanda negara, lebih-lebih lagi di
kawasan pantai timur turut melibatkan banyak kawasan berkepentingan FELDA yang tidak
terkecuali dari melalui saat-saat getir dan membimbangkan serta kerosakan dalam
arusnya.
Pemangku Pengarah Besar FELDA; Datuk Hanapi Suhada yang
sedang bercuti membatalkan cutinya untuk
meninjau keadaan warga FELDA yang terlibat semenjak 24hb Disember lalu.
Bantuan telah disalurkan kepada mangsa banjir warga FELDA di Chegar Perah 1,
kemudiannya bergegas beliau ke FELDA
Chiku di Gua Musang.
Dilapurkan keadaan genting dengan laluan KM 12 Jalan
Chiku-Aring, Gua Musang terputus hubungan dan ditutup untuk semua laluan darat.
Masya allah. Semoga Allah swt melindungi semua mangsa banjir dari kemusnahan
yang lebih teruk.
YBhg Datuk Hanapi berkerjasama rapat dengan Pengerusi
Kumpulan FELDA; YBhg Tan Sri Isa Samad menyalurkan maklumat terkini dan semasa
keadaan banjir di dalam merancangkan penghantaran bantuan kepada warganya.
Hampir keseluruhan warga FELDA terletak di kawasan rendah terdedah kepada
bencana banjir.
Terkini beberapa kawasan FELDA yang terlibat dengan banjir
adalah di:
KELANTAN
Felda Chiku, Felda Seberang Tayor, Felda Chegar Perah, Felda
Perasu dan Felda Kemahang
TERENGGANU
Felda Seberang Tayor, Felda Cerul, Felda Aring, Felda Tenang
dan Felda Sg Tekam Getah
PAHANG
Felda Jengka 14, Felda Chini 3 dan Felda Kota Gelanggi
PERAK
Felda Lasah
KEDAH
Felda Lubuk Merbau
NEGERI SEMBILAN
Felda Kepis, Felda Melang dan Felda Selaru
JOHOR
Felda Palong Timur
Berdasarkan maklumat dari Jabatan Meterologi Kebangsaan, hujan
dijangka berterusan, maka keadaan banjir kali ini dijangka lebih lama dan
kesabaran warga Felda di kawasan yang terlibat amatlah mencabarkan. Walaupun
begitu, bantuan kemanusiaan diteruskan oleh ramai individu, pihak swasta, NGO
dan lebih terasa ramai pemimpin telah turun membantu di saat getir sebegini,
menggalas rasa prihatin dan penuh tanggungjawab.
Dalam keadaan yang membimbangkan ramai, terdapat beberapa
pihak tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh dan mempersendakan semua
usaha kemasyarakatan yang murni dan dijadikan bahan politik tidak bermaruah.
Sudah-sudahlah….wahai pemimpin dan penyokong yang tidak
punyai harga diri. Janganlah menambah kedukaan dan kepedihan. Ingatlah…langit
cerah tidak selamanya buat kalian.
No comments:
Post a Comment