Dalam
mengambil langkah memaksimakan pulangan pelaburannya, Felda Investment Corp
(FIC) telah mempelbagaikan asetnya dengan pengambilalihan “The Grand Plaza
Kensington”, begitulah antara kenyataan YBhg Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
selaku Pengerusi Kumpulan FELDA oleh anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (Felda) di London, baru-baru ini.
Pengambilalihan ini menjadikannya hartanah London yang
pertama untuk dibuat FIC dan yang kedua untuk Felda. Hotel yang baru diambil
alih berfungsi melengkapkan hartatanah sedia ada Felda; Grand Plaza Serviced
Apartments di Bayswater, satu lagi tempat yang tumpuan rakyat Malaysia yang
datang melawat London.
"Sementara perkhidmatan Grand Plaza Serviced Apartments
lebih khusus kepada pengunjung bersama ahli keluarga atau mereka yang melancung
dalam kumpulan, The Grand Plaza Kensington mampu menarik kunjungan yang mencari
penginapan yang mewah tetapi mampu dimiliki," kata beliau lagi.
"Malaysia
kini merupakan antara pelabur yang paling aktif dalam pasaran hartanah UK
terutama di London. Organisasi tebesarl
seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan, Tabung Haji
dan Permodalan Nasional Bhd telahpun memiliki beberapa hartanah dan FIC kini
mengikuti langkah itu serta membuat kehadiran kita dirasai dalam pasaran khusus
ini," tambahnya.
YBhg
Tan Sri Isa juga menyatakan bahawa pemerolehan The Grand Plaza Kensington
membawa bilangan hotel dan resort yang dimiliki oleh Felda kini berjumlah
sebanyak 12 buah hartanah.
Pengambilalihan The Grand Plaza Kensington adalah hasil
galakan oleh penerimaan yang cemerlang yang diterima oleh Grand Plaza Serviced
Apartments, yang menikmati kadar nisbah penghunian purata 90%, kata Ketua
Pegawai Eksekutif Mohd Zaid Abdul Jalil.
Pelaburan dalam bidang perhotelan khususnya di UK akan
menghasilkan pulangan jangka panjang yang mapan, terutama melihat trend
memberansangkan di UK oleh pelawat antarabangsa, yang mencapai tahap paling tinggi pada tahun 2013 dengan
32.8 juta pelawat.
No comments:
Post a Comment