Showing posts with label FIC. Show all posts
Showing posts with label FIC. Show all posts

Monday, July 31, 2017

Much Ado About E-Hailing

The dust over the uncertainty of e-hailing services, i.e. UBER and Grab is now settled when tabled by Nancy Shukri, amendments allowing for it in the Land Public Transport Act 2010 and the Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 were passed by the Dewan Rakyat, last Thursday.

The amendments, will also have to be passed by the Dewan Negara, obtain Royal Assent and be gazetted before they come into force.

Despite protests by taxi drivers and associations, Najib Razak's adminstration has now legalize the services, following to the Budget 2017 in October 2016, allowing Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) assistance as down payment for Proton Iriz to supplement the recipients income.

Najib may felt he has killed two birds with one stone, while Isa Samad was given the red carpet treatment as the Land Public Transport Commission (SPAD) Chairman soon after his exit from FELDA Global Ventures (FGV) debacle is far from over.

Isa Samad presence may set the tone on e-hailing service operators, to cushion his entry but not the present public transports player, i.e. the taxi operators, amid his tarnished image at FGV and the latest Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) findings of misconduct at FELDA Investment Corporation (FIC).

Read: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/07/27/govt-cannot-omit-taxi-and-e-hailing-drivers-tribunal/
http://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2017/07/27/malaysia-legalises-e-hailing-services-as-grab-uber-compete/

Tuesday, December 30, 2014

Sireh Pulang Ke Ganggang

Sebuah institusi yang diwujudkan di dalam memantapkan pembangunan sahisah dan insaniah masyarakat. Inisiatif yang diambil di mana mewujudkan program-program berciri kemasyarakatan dan kebajikan secara proaktif dan berterusan.

Yayasan Mesra yang diasaskan bagi melaksana aktiviti membabitkan sumbangan kebajikan kepada anggota masyarakat juga sumbangan kepada fakir miskin dengan tumpuan kegiatannya berteraskan kepada penyelidikan, menyedia pelan tindakan serta perlaksanaan kegiatan yang menjuruskan kepada pembangunan masyarakat dan terbahagi kepada:
1
     1. Pendidikan
     2. Kebajikan dan Kemasyarakatan serta
     3. Kesihatan anggota masyarakat

YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid; Ahli Parlimen Kota Tinggi selaku Pengerusi Yayasan telah banyak menjayakan program-program kebajikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi kepada gologan 8 Asnaf dengan melibatkan kerjasama pihak ADUN, kerajaan tempatan dan pelbagai agensi kerajaan di banyak negeri yang terlibat dengan program berkaitan.

Siapa YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid?

Beliau memegang Ijazah Kejuruteraan Am dan Mekanikal dari Southern Illinois University, Carbondale, USA. Memulakan karier sebagai seorang Jurutera dan pernah berkhidmat dengan syarikat seperti Milford Haven Automation Sdn Bhd dan Alfa Laval Sdn Bhd. Telah berkeluarga dengan empat orang cahayamata.

Dilantik sebagai Pengarah Seranta (FELDA) di Jabatan Perdana Menteri. Kini seorang Pengarah di Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad serta dilantik sebagai Pengarah di Lembaga Pengarah di dalam beberapa syarikat di dalam Felda Global Ventures Group of Companies, termasuk MSM Malaysia Holdings Berhad.

Bergiat aktif di dalam pelbagai kumpulan sosial, kemasyarakatan dan persatuan. Semasa menuntut di Amerika, beliau pernah menyandang sebagai Pengerusi Biro Pendidikan, Kelab UMNO Carbondale. Pernah memimpin persatuan/pertubuhan seperti Pertubuhan Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan, Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional FELDA dan Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga FELDA).

Berdasarkan minat yang mendalam terhadap pembangunan belia dan kemasyarakatan, pengalam yang luas serta pengethauan dan kredibiliti yang tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah dilantik menggantikan YBhg Datuk Dr Tekhee @ Tiki Lafe sebagai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara dalam usaha memperkasakan belia harapan Negara.

Manakan tidak seorang yang tegas lagi berprinsip mampu menangkis serangan dan dakwaan tidak berfakta seperti yang dibangkitkan YB Tony Phua menuduh FGV bakal gagal seperti MAS di Dewan Rakyat tempoh hari. Sireh sudah pulang ke ganggang.


The Grand Plaza Kensington DiMiliki FIC

Dalam mengambil langkah memaksimakan pulangan pelaburannya, Felda Investment Corp (FIC) telah mempelbagaikan asetnya dengan pengambilalihan “The Grand Plaza Kensington”, begitulah antara kenyataan YBhg Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selaku Pengerusi Kumpulan FELDA oleh anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di London, baru-baru ini.

Pengambilalihan ini menjadikannya hartanah London yang pertama untuk dibuat FIC dan yang kedua untuk Felda. Hotel yang baru diambil alih berfungsi melengkapkan hartatanah sedia ada Felda; Grand Plaza Serviced Apartments di Bayswater, satu lagi tempat yang tumpuan rakyat Malaysia yang datang melawat London.

"Sementara perkhidmatan Grand Plaza Serviced Apartments lebih khusus kepada pengunjung bersama ahli keluarga atau mereka yang melancung dalam kumpulan, The Grand Plaza Kensington mampu menarik kunjungan yang mencari penginapan yang mewah tetapi mampu dimiliki," kata beliau lagi.

"Malaysia kini merupakan antara pelabur yang paling aktif dalam pasaran hartanah UK terutama di London.  Organisasi tebesarl seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan, Tabung Haji dan Permodalan Nasional Bhd telahpun memiliki beberapa hartanah dan FIC kini mengikuti langkah itu serta membuat kehadiran kita dirasai dalam pasaran khusus ini," tambahnya.

YBhg Tan Sri Isa juga menyatakan bahawa pemerolehan The Grand Plaza Kensington membawa bilangan hotel dan resort yang dimiliki oleh Felda kini berjumlah sebanyak 12 buah hartanah.

Pengambilalihan The Grand Plaza Kensington adalah hasil galakan oleh penerimaan yang cemerlang yang diterima oleh Grand Plaza Serviced Apartments, yang menikmati kadar nisbah penghunian purata 90%, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Zaid Abdul Jalil.

Pelaburan dalam bidang perhotelan khususnya di UK akan menghasilkan pulangan jangka panjang yang mapan, terutama melihat trend memberansangkan di UK oleh pelawat antarabangsa, yang mencapai  tahap paling tinggi pada tahun 2013 dengan 32.8 juta pelawat.

The Grand Plaza Kensington ialah sebuah hotel empat bintang dengan 62 unit bilik tetamu dan dua unit pangsapuri khidmat tiga bilik yang terletak di Lexham Gardens dalam daerah eksklusif Kensington dan Chelsea. Ia juga terletak berhampiran dengan laluan membeli-belah popular di Barat London; Kensington High Street.

FELDA tidak melupai warganya mengharungi banjir

Bencana banjir yang melanda negara, lebih-lebih lagi di kawasan pantai timur turut melibatkan banyak kawasan berkepentingan FELDA yang tidak terkecuali dari melalui saat-saat getir dan membimbangkan serta kerosakan dalam arusnya. 

Pemangku Pengarah Besar FELDA; Datuk Hanapi Suhada yang sedang bercuti membatalkan cutinya untuk  meninjau keadaan warga FELDA yang terlibat semenjak 24hb Disember lalu. Bantuan telah disalurkan kepada mangsa banjir warga FELDA di Chegar Perah 1, kemudiannya bergegas beliau ke  FELDA Chiku di Gua Musang.

Dilapurkan keadaan genting dengan laluan KM 12 Jalan Chiku-Aring, Gua Musang terputus hubungan dan ditutup untuk semua laluan darat. Masya allah. Semoga Allah swt melindungi semua mangsa banjir dari kemusnahan yang lebih teruk.

YBhg Datuk Hanapi berkerjasama rapat dengan Pengerusi Kumpulan FELDA; YBhg Tan Sri Isa Samad menyalurkan maklumat terkini dan semasa keadaan banjir di dalam merancangkan penghantaran bantuan kepada warganya. Hampir keseluruhan warga FELDA terletak di kawasan rendah terdedah kepada bencana banjir.

Terkini beberapa kawasan FELDA yang terlibat dengan banjir adalah di:

KELANTAN
Felda Chiku, Felda Seberang Tayor, Felda Chegar Perah, Felda Perasu dan Felda Kemahang
TERENGGANU
Felda Seberang Tayor, Felda Cerul, Felda Aring, Felda Tenang dan Felda Sg Tekam Getah
PAHANG
Felda Jengka 14, Felda Chini 3 dan Felda Kota Gelanggi
PERAK
Felda Lasah
KEDAH
Felda Lubuk Merbau
NEGERI SEMBILAN
Felda Kepis, Felda Melang dan Felda Selaru
JOHOR
Felda Palong Timur

Berdasarkan maklumat dari Jabatan Meterologi Kebangsaan, hujan dijangka berterusan, maka keadaan banjir kali ini dijangka lebih lama dan kesabaran warga Felda di kawasan yang terlibat amatlah mencabarkan. Walaupun begitu, bantuan kemanusiaan diteruskan oleh ramai individu, pihak swasta, NGO dan lebih terasa ramai pemimpin telah turun membantu di saat getir sebegini, menggalas rasa prihatin dan penuh tanggungjawab.

Dalam keadaan yang membimbangkan ramai, terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh dan mempersendakan semua usaha kemasyarakatan yang murni dan dijadikan bahan politik tidak bermaruah.


Sudah-sudahlah….wahai pemimpin dan penyokong yang tidak punyai harga diri. Janganlah menambah kedukaan dan kepedihan. Ingatlah…langit cerah tidak selamanya buat kalian.