Satu majlis penyampaian bantuan
kelengkapan persekolahan Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat
Parlimen Kota Tinggi, JPMM DUN Sedili dan DUN Johor Lama, Yayasan Mesra dan
PLUS pada 10hb Disember 2014.
Menurut YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Mohd
Harun Narrashid; Ahli Parlimen Kota Tinggi yang merasmikan majlis, pendidikan
adalah pelaburan terbaik untuk masa depan dan belanjawan 2015, peruntukan
pendidikan adalah yang terbesar dari lain-lain peruntukan.
Satu pendekatan yang tepat. Bantuan yang
dilakukan sebelum golongan IbuBapa berbelanja untuk sesi persekolahan
tanggungan menjelang tahun 2015. Seramai 500 pelajar berpeluang menerima bantuan
ini yang disampaikan dengan
kerjasama kepimpinan setempat yang menjalinkan hubungan baik di antara JPMM,
Yayasan Mesra dan syarikat swasta; PLUS Malaysia Bhd dengan sambutan penuh kesyukuran.
Alhamdullillah. Aameen.
Sekalung tahniah buat YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Mohd Harun
Narrashid di atas usaha-usaha murni tersebut.
Antara usaha yang menggarap hasrat kepimpinan tinggi mendahulukan Rakyat lebih-lebih
lagi keselesaan di kalangan anak-anak yang masih bersekolah dan disalurkan perlukan
bantuan awal.
No comments:
Post a Comment