Wednesday, January 28, 2015

Kesempatan Kemaskini Modul PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimulakan sejak 2004 ditangguhkan pada tahun ini berikutan penstrukuran semula bajet negara yang diumumkan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak


Pengumuman penangguhan PLKN dijangka menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM400 juta dan Pengerusi MLKN; YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Hj Mohd Harun Narrashid telah memberikan reaksi positif bahawa kesempatan ini dapat memberi ruang bagi usaha penambahbaikkan modul latihan PLKN.


"Penangguhan PLKN ini hanya melibatkan pengambilan kedua dan ketiga sahaja kerana ambilan pertama sudahpun selesai.", kata beliau.


"Kita akan ambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran jurulatih dan kem yang sedia ada. Mungkin urus tadbir juga dapat ditingkatkan. Kita juga masih boleh melakukan aktiviti untuk alumni (lepasan) PLKN dengan beberapa penambahbaikan dari segi modul dan kemahiran, PLKN akan menjadi lebih menarik tahun hadapan,” tambah Datuk Hj Noor Ehsanuddin lagi.

MLKN mengumumkan akan mengkaji semula kurikulum PLKN agar selaras dengan peredaran masa dan menurut Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), "Kurikulum akan disemak semula dengan menumpukan aspek perpaduan kaum. Penambahbaikkan ini juga perlu dilihat dari faktor kos, kini setiap peserta kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8,000".


Situasi penangguhan PLKN ini turut memberi rahmat kepada golongan yang memerlukan tempat berteduh terutama bagi mangsa banjir sementara rumah baharu mereka siap dibina.

Pastinya keputusan yang dibuat ini hanya bersifat sementara dan memberi peluang untuk menstruktur semula kedudukan ekonomi negara kita.


No comments:

Post a Comment