Wednesday, January 28, 2015

Kesihatan Adalah Kekayaan

Pepatah Inggeris sering mengatakan, “Kesihatan Adalah Kekayaan.” Menyedari betapa runcingnya tahap kesihatan di kalangan masyarakat tempatan, Yayasan dengan kerjasama JKKK Felda Pasak di dalam Parlimen telah mengambil inisiatif mengajurkan satu kempen kesedaran kesihatan.

Program tersebut turut menitikberatkan aspek pendidikan morak dan sivik. Pendidikan kesihatan dan keselamatan dan tidak lupa khidmat dan maklumat menangani permasalahan sosial di kalangan masyarakat Malaysia.

Program dinamakan "Program Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" begitu sinonim di dalam menyediakan suasana sihat dan sejahtera di kalangan anggota masyarakat di sebalik kesibukan hidup seharian. Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor yang ditaja oleh Felda Global Venture (FGV)

YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Narrashid telah menyempurnakan majlis pada 17hb Januari lepas dan beramah mesra dengan masyarakat setempat dalam usaha menyedar dan mengesahkan keperluan yang ramai ambil enteng sahaja kepentingannya.

Sesungguhnya Kesihatan Yang Baik DiAnugerahkan oleh Allah SWT agar insan lebih makmur dan mensyukuri nikmat pemberianNya. 

Aktiviti yang bertemakan "Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" ini menyaksikan penyertaan beberapa agensi kerajaan seperti AADK, KEMAS, PDRM, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi untuk bersama-bersama masyarakat memberi perkhidmatan secara langsung di tapak program.

Program yang pertama kalinya dianjurkan itu dirasmikan oleh YB. Ahli Parlimen Kota Tinggi , Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid.


Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid. berucap sebelum merasmikan majlis.
YB Datuk Ehsanuddin turut menyeru para hadirin lebih peka menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga. Hindarkan diri dari penyakit dan jangkitan yang berbahaya seperti kencing manis, jantung dan sebagainya

"Kesihatan adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya, jika kita tidak menghargai kesihatan yang diperolehi, kita akan menjadi seperti manusia yang tidak bersyukur", tambah beliau.

Datuk Hj Noor Ehsanuddin, selaku Pengerusi Yayasan Mesra turut menekankan kebersihan semasa penyediaan makanan kepada ahli keluarga.

Pelbagai aktiviti dan acara yang selari dengan dengan konsep serta tema penganjuran, seperti senamrobik, pertandingan mewarna, ceramah kesihatan, pertandingan masakan sihat, demo masakan sihat termasuklah taklimat keselamatan oleh pihak PDRM.


Hadir bersama pada program tersebut, YB ADUN Johor Lama, Hjh. Asiah Md Arif; Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Daerah Kota Tinggi, En. Taufiq Mohammad; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, En. Fazli Hj. Buyong; Penghulu Mukim Kota Tinggi, Tuan Hj. Zainuddin Zainal Abidin serta pemimpin-pemimpin penduduk Felda Pasak.


No comments:

Post a Comment