Wednesday, January 28, 2015

Setinggi Penghargaan Buat Sukarelawan PLKN

Keadaan bencana banjir telah menguji kesiapsiagaan menghadapi sesuatu situasi. Sejumlah lebih dari 240,00 orang sukarelwan yang telah didaftarkan melalui IM4U sejak bulan Mei 2013, kini terserlah kemampuan semangat kesukarelawannya.

Dengan kerjasama IM4U dan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) menerapkan pengenalan iM4U kepada pelatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini berjumlah 730,000 ahli termasuk alumni PLKN sebagai sukarelawan IM4U. 

Bekas pelatih PLKN seramai 200,000 orang Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) telah bergiat dalam bidang sukarela sejak ditubuhkan pada tahun 2012. BSKN merupakan sebuah badan yang dianggotai bekas pelatih PLKN bertujuan menggerakkan alumni PLKN dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelaan.

Keupayaan sukarelawan tersebut membuktikan kewujudannya dalam situsai yang mendesak dan memerlukan, lebih-lebih lagi ketika berlakunya bencana banjir baru-baru ini. Sejumlah 81 kem PLKN di seluruh Malaysia mencerminkan kesungguhan Kerajaan melalui MLKN menjalankan latihan khidmat negara berdasarkan falsafah Rukun Negara di samping melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri melalui aktiviti yang menyemarakkan semangat kesukarelawanan.



Jelas sekali semangat yang dipupuk ini bakal melahirkan insan yang dapat menyumbang kepada Negara di masa hadapan. Semoga pelatih-pelatih PLKN akan membawa semangat kesukarelawanan ini apabila mereka menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan terus berkhidmat melalui melalui badan-badan kebajikan apabila mereka keluar dari pengajian kelak.

Terima kasih di atas sumbangan bakti yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir.


No comments:

Post a Comment