Showing posts with label Parlimen Kota Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Kota Tinggi. Show all posts

Monday, December 21, 2015

Mesra dan Prihatin Rakyat: Datuk Ehsan

Di akhir tahun pelbagai urusan dan aktiviti yang perlu diselenggarakan. Mana urusan bersama anak-anak pergi bercuti, bakal memasuki persekolahan di tahun baru, tidak kurang juga debaran keputusan anak-anak yang menduduki peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM dan tidak kurang pula mereka yang menduduki STPM.
Khidmat pemimpin masyarakat turut terpanggil bersama meraikan serta memberi kata-kata semangat kepada waris-waris anak bangsa Malaysia yang bakal mendepani gelombang kehidupan yang bakal diwarisi mereka.

Pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional, tidak terkecuali dari mencetuskan bantuan di dalam pembentukan pembangunan negara yang utuh dan mampan di samping meringankan bebanan IbuBapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

Saban kali Bajet Negara diumumkan, peruntukan terbesar diperuntukkan kepada bidang pelajaran berbanding bidang lain. ini adalah memandangkan kesedaran kepimpinan negara, peri penting menyediakan pendidikan yang setimpal membina keadaan yang kondusif (prasarana dan pembangunan minda) kepada aset negara; rakyat yang berpendidikan di dalam era masa kini. 

Menurut Yang Berhormat Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen (BN- Kota Tinggi) pada pembentangan Bajet 2016, peruntukan sebanyak RM41 bilion telah dikhaskan kepada bidang pelajaran. Kerajaan memperuntukan kepada pendidikan untuk memastikan kejayaan pelajar bukan sekadar dapat membantu ibubapa tetapi juga bagi mereka menabur bakti kepada negara apabila mereka memasuki alam pekerjaan atau perniagaan nanti.

Jelas Datuk Ehsan, kepada golongan yang kurang menyerlah dalam akademik, Kerajaan tidak pernah mengabaikan malah Kerajaan menyedari peluang dan sumbangan mereka yang turut membangtu di dalam asiprasi Negara Berpendapatan dan Kemahiran Tinggi menjelang tahun 2020, dengan menyediakan peluang kemahiran atau vokasional. 

“Dalam Bajet 2016,  kerajaan sediakan RM4.8 bilion bagi mensasarkan 1.5 juta pekerjaan baru berkemahiran TVET menjelang 2020. Lebih 400 ribu pelajar yang tidak berjaya masuk universiti. Mereka ini boleh mengikuti latihan di mana-mana 545 institut TVET,” katanya di majlis Back 2 School di Felda Pasak, Kota Tinggi.
Di dalam majlis itu, Datuk Ehsan telah menyampaikan sumbangan daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kepada 200  asnaf yang bakal memulakan persekolahan tahun depan.
Datuk Noor Ehsanuddin yang juga Pengerusi Yayasan Mesra turut menyampaikan bantuan peralatan sekolah di program Back 2 School di Sekolah Kebangsaan Muzzafar Syah, Kota Tinggi, membabitkan lebih 1,000 kanak-kanak daripada 25 sekolah kebangsaan di Parlimen Kota Tinggi yang bakal memulakan sesi persekolahan Darjah Satu pada tahun depan.
Yayasan Mesra bagi tahun keduanya telah memperuntukkan RM70 ribu menjayakan program Back 2 School.

Sunday, November 15, 2015

Datuk Noor Ehsan: Bersama Rakyat Kota Tinggi

Hari ini satu majlis Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Pendidikan Daerah Kota Tinggi sebagai penganugerahan di atas kecemerlangan pelajar dan sekolah di dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi, Johor telah dilangsungkan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid selaku Ahli Parlimen Kota Tinggi dan disambut Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi. 

Kecemerlangan yang dipamirkan para pelajar membuktikan institusi yang berkait rapat dengan tanggungjawab IbuBapa, pelajar dan pihak sekolah. Sesungguhnya kecemerlangan tersebut sesuatu yang boleh diukur dengan keberhasilan diserlahkan namun, peranan yang dimainkan oleh tiga pemain utama tersebut tidak dapat dinafikan. 

Senarai antara penerima kecemerlangan: 
Kategori Badan Beruniform Cemerlang
SMK Air Tawar Kota Tinggi - KETIGA
Pengurusan Cemerlang Kokurikulum SR
Masitah binti Ali
SK Bukit Lintang Kota Tinggi - 
Kelima
Sekolah Cemerlang Kokurikulum SR Luar Bandar
SK Bukit Lintang Kota Tinggi - 
Ketiga
Sekolah Cemerlang Sekolah Pedalaman
SK Tunjuk Laut Kota Tinggi - 
Naib Johan
Pelajar Cemerlang Kokurikulum SM Lelaki
Sufi Dizkri bin Sarol
SM Sains Kota Tinggi - 
Johan
Sekolah Cemerlang Sekolah Menengah Luar Bandar
SMK Air Tawar Kota Tinggi - 
Ketiga
Pengurusan Cemerlang Kokurikulum Peringkat PPD/JPN/KPM
Haji Ishak bin Haji Ismail; 
PPD Kota Tinggi - Naib Johan

Sekalung TAHNIAH buat mereka yang berjaya dengan cemerlangnya, walaupun usaha gigih juga dipamirkan oleh mereka yang lain.

Terdahulu, sebahagian persembahan kesenian dibuat sebagai sambutan ke atas kehadiran Dtuk Hj Noor Ehsan. Pencak Silat sebagai lambang kesenian Melayu terbilang sesuai dan menghormati seorang pemimpin.

Para hadirin turut dialunkan persembahan pancaragam sekolah dengan lagu-lagu terkini oleh SMK Bandar Penawar.

Tidak ketinggalan persembahan angklung didendangkan oleh SMK Laksamana, Kota Tinggi. Amat syahdu seni budaya Melayu. 

Sebelum itu, Datuk Hj Noor Ehsan telah menyampaikan ucap rasmi sebuah Kursus Tatacara Pengacara Majlis anjuran Majlis Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen kota Tinggi. Para peserta terdiri dari Ahli Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan dan KeselamataN Kampung, Parlimen Kota Tinggi. 

 Sedutan video Tatacara memberi salam untuk memulakan majlis.

Monday, September 21, 2015

Ancaman Jenayah Siber dan Kesannya

Baru-baru ini satu program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, PIBK Parlimen Kota Tinggi dan Biro Pendidikan Kota Tinggi telah diadakan. 

Objektif penganjuran program yang memberi pendidikan dan meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya golongan pendidik dalam menangani gejala ini dan sekaligus memastikan teknologi komunikasi dan maklumat serta penggunaan Internet digunakan untuk tujuan yang berfaedah. 

Langkah proaktif dan bersesuaian memandangkan dewasa ini, pengaruh media sosial ke atas institusi kekeluargaan semakin menuju ke tahap kritikal. Menyedari keruntuhan yang hanya akan merugikan masa depan generasi dan negara, langkah-langkah kesedaran yang dilaksanakan Ahli Parlimennya, YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid patut diberikan sokongan oleh orangramai khususnya penduduk setempat Parlimen Kota Tinggi. 

Sepanjang sesi program peserta didedahkan pelbagai jenis ancaman dan perlakuan yang dikategorikan sebagai jenayah siber yang dapat dielakkan oleh para pendidik. Program telah dirasmikan oleh Encik Md Din Bin Hussien, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

Thursday, September 17, 2015

Keharmonian Antara Kaum @mpkotatinggi

Kemerdekaan negara sudahpun disambut genapnya 58 tahun. Kini pada 16hb September, kita menyambut pula Hari Malaysia yang lebih menerapkan aspek perpaduan dan persempadanan wilayah yang lebih luas.

Bertitik tolak dari hasrat memenuhi kehendak dari rakyat negeri-negeri Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak ke arah  pembentukan Malaysia, ianya dipenuhi pelbagai cabaran dari penarikan diri Brunei akibat beberapa tuntutan Baginda Sultan Brunei yang tidak dapat dipenuhi. Filipina pula menyulitkan proses penubuhan apabila menuntut sebahagian negeri Sabah sebagai miliknya hingga pernah memutuskan hubungan diplomatik.

Di pihak Indonesia pula, dasar konfrantasi dengan solgan "Ganyang Malaysia" kerana dianggap menggagalkan rancangan Soekarno untuk Indonesia Raya melancarkan beberapa siri keganasan sehinggalah Parti komunis Indonesia dirampas kuasanya.

Antara sisipan sejarah itu, lebih perit dengan perpisahan Singapura dari Malaysia yang dianggap sebagai pertalian paling rapat. Keretakan hubungan Singapura-Malaysia mulai menampakkan taring pada PilihanRaya Pertama Malaysia pada tahun 1964. Ketegangan disengatkan Singapura, mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu akibat polarisasi kaum dibangkitkan pelampau-pelampau Cina Singapura hingga menyebabkan perpisahan itu dan diluluskan Parlimen pada 9hb Ogos 1965 melalui Rang Undang-Undang Perpisahan.

Negara Malaysia yang baru pulih dari sengketa dikejutkan pula denga peristiwa perselisihan kaum; satu detik hitam dan berdarah pada 13hb Mei 1969. Namun hasil kesungguhan dan penat lelah kepimpinan negara, rakyat Malaysia kembali memperbaiki hubungan antara kaum dalam menjamin kedaulatan negara. Memupuk perkongsian dan kesefahaman demi kepentingan negara dan generasi bangsa melalui kematangan politik dan kepentingan sosio-ekonomi bersama.


Sebagai seorang pemimpin mewakili rakyat pelbagai masyarakat dan etnik, YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid telah menggarap misi dan visi yang jelas, menjaga keharmonian antara kaum itu dengan kegiatan yang membuktikan kesederhanaan dan suasana muafakat.

Harapan beliau agar masyarakat Malaysia khususnya di Parlimen Kota Tinggi, mencari kesamaan di dalam memelihara maruah serta kesopanan bangsa walaupun kita dari fahaman dan struktur kehidupan yang berbeza, haruslah disambut di dalam menjamin sebuah negara yang terbilang dan gemilang di dalam kesyukuran sambutan Hari Malaysia.

Tuesday, September 08, 2015

Malaysia Berperanan Aktif Antara Negara Serantau

Baru-baru ini berlangsung satu majlis Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Perhimpunan Agung AIPA ke-36 bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur, 6 - 12 September 2015 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Turut sama adalah YABhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Presiden AIPA  bersama Yang DiPertua Dewan Negara, YABhg Tan Sri Abu Zahar bin Ujang. 


Negara anggota AIPA terdiri dari Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao DPR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Setelah tertubuhnya ASEAN pada tahun 1970, ahli-ahli parlimen di dalam negara anggota menyedari kekuatan badan itu terbentuk dari dalam persekutuan itu sendiri maka pada 7hb September 1977, terbentuklah AIPA.

Maka AIPA menjalin kerjasama badan perundangan melihat peningkatan penyertaan penduduk negara ASEAN dalam segmen ekonomi, sosial dan budaya amat perlu bagi; menggalakkan ekonomi, pembangunan sosial dan budaya rantau melalui kerjasama melindungi kestabilan politik dan ekonomi serantau dari kuasa besar, dan adakan satu forum bagi mencari dan mencapai resolusi perbezaaan anatar negara serantau. 

Di dalam Perhimpunan kali ini, beberapa agenda telah digarap dan akan dibentangkan menurut Jawatankuasa yang telah dibentuk:

Jawatankuasa A. Wanita-ahli Parlimen daripada AIPA (WAIPA):
 1. Pengiktirafan Pasca 2015 Agenda Pembangunan mengenai Kesaksamaan Jantina
 2. Menggalakkan Budaya Menghormati, Hak Wanita dan Gadis Ke Arah Keterangkuman

Jawatankuasa B. pada Perkara-perkara politik:
 1. Laporan Muka AIPA-ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26
 2. Resolusi mengenai Penerimaan Laporan Mesyuarat ke-7 Caucus AIPA
 3. Mengukuhkan Komuniti ASEAN Melalui Tadbir Urus yang Baik Ke arah Keterangkuman
 4. Memperkukuhkan Keselamatan Komuniti Kepolitikan ASEAN Ke Arah Keterangkuman

Jawatankuasa C. pada Perkara-perkara ekonomi:
 1. Meningkatkan Kerjasama Antara Wilayah dan Integrasi Intra-Daerah dalam Perdagangan dan Industri
 2. Merapatkan Jurang Pembangunan di kalangan negara-negara anggota ASEAN

 Jawatankuasa D. pada Perkara-perkara Sosial:
 1. Melindungi Hak Orang tua dan Meningkatkan kualiti hidup mereka
 2. Meningkatkan Pengajian Tinggi Ke Arah Komuniti ASEAN Yang Terangkum
 3. Laporan Mesyuarat ke-12 AIFOCOM "Memerangi Anasir Dadah" yang dipengerusikan oleh YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid pada 7-11hb Jun yang lalu.
 4. Resolusi Pembentukan Teknikal Kumpulan Kerja AIFOCOM

Jawatankuasa E. pada Perkara-perkara Organisasi.

F. Topik Dialog dengan Pemerhati Negara AIPA

Penglibatan YB Datuk Noor Ehsan selaku Pengerusi di dalam Jawatankuasa Sosial membuktikan kepercayaan dan integriti ahli Parlimen Malaysia di kalangan ahli Parlimen ASEAN.

Tuesday, May 26, 2015

Sembang Santai Amalan Datuk Ehsan

Sebagai seorang Ahli Parlimen, bagaimana lagi untuk mengambil peluang mendekati dan dalam masa yang sama menyampaikan maklumat terkini sebagai seorang pemimpin yang menbawa dan mewakili ahli masyarakat dan pengundi.

Menyedari betapa pentingnya menjaga dan memupuk kefahaman dan sokongan, langkah yang diambil YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Harun Narrashid turun padang dan beramah mesra dengan para pengundi kawasan adalah satu tindakan yang bijak dan berani selari dengan agenda kepimpinan tertinggi di dalam transformasi kepimpinan dan inklusif.

Langkah sebegini amatlah proaktif di mana, beliau dapat mendengar sendiri keluh resah mereka berkaitan dengan pelbagai isu semasa yang membelenggu kehidupan mereka juga pandangan masyarakat tentang hal-hal yang membabitkan kehidupan dan impak sesuatu polisi Kerajaan. 

Program yang dinamakan "Sembang Santai" ini telah dihadiri sekitar 100 orang masyarakat tempatan yang secara sukarela hadir bagi memberi cadangan serta pendapat kepada Datuk Haji Noor Ehsanuddin tentang bagaimana cara untuk lebih memperbaiki kawasan Tanjung Sedili dan juga meluahkan permasalahan yang mereka hadapi terus kepada ahli parlimen. 

Lebih membanggakan lagi, program tersebut telah dianjurkan oleh JKKK Tanjung Sedili, UMNO Cawangan Tanjung Sedili dan Pusat Khidmat Kota Tinggi. Usaha ini membuktikan akar umbi UMNO di kawasan Parlimen Kota Tinggi bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sekaligus menjadikan UMNO sebagai pilihan masyarakat setempat untuk menjaga kebajikan mereka. 

Program ini membuka ruang kepada YB Datuk Noor Ehsanuddin menyampaikan maklumat berkaitan isu GST di mana beliau sempat menyeru rakyat Kota Tinggi melibatkan diri dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar, PIPC dan RAPID Pengerang kerana projek-projek ini dapat meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. 

Inilah modus operandi yang sebenar dan jauh dari kebiasaan yang mana pemimpin mendapat "first hand administration" dan "personal touch" dengan rakyat lebih-lebih lagi pengundi sebagai seorang wakil yang dipilih rakyat.

Thursday, March 19, 2015

Kota Tinggi; Unik lagi Permai

Dengan topografi dan sejarahnya Johor tidak dapat dinafikan antara negeri yang indigenous. Mempunyai tarikan yang asli ditambah pula kebudayaan yang tebal dengan Melayu dan Islam.

Lantaran itu dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia; Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz ke Kota Tinggi baru-baru ini pada 10hb Mac telah membuka lembaran baru bagi daerah Kota Tinggi sebagai mengenengahkan ia sebuah destinasi/produk  pelancongan yang berteraskan alam sekitar dan sejarah yang menarik lebih ramai pelancong luar  dan tempatan.

Nazri dalam siri lawatannya telah dibawa melawat ke Wetland Belukar Durian dan sekitarnya, Muzium Johor Lama, Lotus Desaru Beach Resort, Desaru Damai Beach Resort serta Desaru Fruit Farm.

Memetik perutusannya sebelum ini, “…..Dengan pelbagai bentuk lanskap pelancongan, kelimpahan anugerah alam semulajadi, sinergi antara warisan budaya, makanan, seni dan kraf, Malaysia kini diletakkan sebagai salah satu destinasi pelancongan dunia yang wajib dikunjungi. Sehubungan ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan terus berusaha untuk melonjak kedua-dua sector pelancongan dan kebudayaan ke tahap yang lebih tinggi.

Kebergantungan kedua-dua sektor antara satu sama lain merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Melalui sektor pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mempersembahkan budaya dan warisan kebangsaan kita kepada dunia……..sinergi antara pelancongan dan kebudayaan akan mendorong Malaysia untuk maju ke hadapan dan menyumbang secara signifikan dalam menarik dunia untuk datang melawat Malaysia.


"Kita melihat rakyat Singapura merupakan penyumbang terbesar ke Kota Tinggi kerana kedudukan yang berdekatan. Kita perlu menggiatkan promosi dan memperkenalkan pakej pelancongan yang sesuai kepada mereka," tambah YB Dato’ Seri Nazri semasa lawatan tersebut dan menyatakan sokongan menubuhkan sebuah sekratariat bagi meningkatkan potensi dan membangunkan pelancongan di daerah itu.

Usaha gigih Yang Berhormat Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid selaku Ahli Parlimen Kota Tinggi bersama dengan pemimpin dan anggota masyarakat tempatan ternyata berhasil di dalam menaikkan nama Kota Tinggi sebagai antara produk pelancongan dengan kepelbagaiannya menyaji kehendak pelancong-pelancong ke sana.
Kerjasama yang sekian lama yang terjalin di antara Datuk Noor Ehsanuddin dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) nyata berhasil menggabungkan keunikan eko-sistem sekitarnya untuk melaksanakan pelbagai pembangunan baik dalam pembangunan kemudahan infrastruktur pelancongan desa, pembangunan projek ekonomi pelancongan dan juga pembangunan modal insan kepada penduduk tempatan yang berteraskan pelancongan.

Kota Tinggi mempunyai kedudukan geografi dan sejarah silamnya turut menyediakan pelancongan berkonsepkan hutan lipur, homestay, keluarga angkat, chalet, river cruise, pakej percutian rumah rakit yang mampu menarik kaki-kaki pancing ke Kota Tinggi.

Bagi mereka yang gemarkanmakanan laut/seafood, boleh mencuba sajian yang menarik dan menyelerakan di Restoran Terapung Bujang FireFly yang terdapat di Bandar Penawar. Sementara sajian dihidangkan, para pengunjung boleh menaiki bot untuk melihat kelip-kelip atau firefly pada waktu malam.

Banyak tempat-tempat menarik perlu dan boleh dilawati di sekeliling Kota Tinggi, lebih-lebih lagi di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil dengan mempakejkan alam sekitar ianya bertepatan dengan selera pelancongan dunia masa kini.

Wednesday, January 28, 2015

Kesihatan Adalah Kekayaan

Pepatah Inggeris sering mengatakan, “Kesihatan Adalah Kekayaan.” Menyedari betapa runcingnya tahap kesihatan di kalangan masyarakat tempatan, Yayasan dengan kerjasama JKKK Felda Pasak di dalam Parlimen telah mengambil inisiatif mengajurkan satu kempen kesedaran kesihatan.

Program tersebut turut menitikberatkan aspek pendidikan morak dan sivik. Pendidikan kesihatan dan keselamatan dan tidak lupa khidmat dan maklumat menangani permasalahan sosial di kalangan masyarakat Malaysia.

Program dinamakan "Program Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" begitu sinonim di dalam menyediakan suasana sihat dan sejahtera di kalangan anggota masyarakat di sebalik kesibukan hidup seharian. Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor yang ditaja oleh Felda Global Venture (FGV)

YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Narrashid telah menyempurnakan majlis pada 17hb Januari lepas dan beramah mesra dengan masyarakat setempat dalam usaha menyedar dan mengesahkan keperluan yang ramai ambil enteng sahaja kepentingannya.

Sesungguhnya Kesihatan Yang Baik DiAnugerahkan oleh Allah SWT agar insan lebih makmur dan mensyukuri nikmat pemberianNya. 

Aktiviti yang bertemakan "Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" ini menyaksikan penyertaan beberapa agensi kerajaan seperti AADK, KEMAS, PDRM, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi untuk bersama-bersama masyarakat memberi perkhidmatan secara langsung di tapak program.

Program yang pertama kalinya dianjurkan itu dirasmikan oleh YB. Ahli Parlimen Kota Tinggi , Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid.


Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid. berucap sebelum merasmikan majlis.
YB Datuk Ehsanuddin turut menyeru para hadirin lebih peka menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga. Hindarkan diri dari penyakit dan jangkitan yang berbahaya seperti kencing manis, jantung dan sebagainya

"Kesihatan adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya, jika kita tidak menghargai kesihatan yang diperolehi, kita akan menjadi seperti manusia yang tidak bersyukur", tambah beliau.

Datuk Hj Noor Ehsanuddin, selaku Pengerusi Yayasan Mesra turut menekankan kebersihan semasa penyediaan makanan kepada ahli keluarga.

Pelbagai aktiviti dan acara yang selari dengan dengan konsep serta tema penganjuran, seperti senamrobik, pertandingan mewarna, ceramah kesihatan, pertandingan masakan sihat, demo masakan sihat termasuklah taklimat keselamatan oleh pihak PDRM.


Hadir bersama pada program tersebut, YB ADUN Johor Lama, Hjh. Asiah Md Arif; Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Daerah Kota Tinggi, En. Taufiq Mohammad; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, En. Fazli Hj. Buyong; Penghulu Mukim Kota Tinggi, Tuan Hj. Zainuddin Zainal Abidin serta pemimpin-pemimpin penduduk Felda Pasak.


Thursday, December 11, 2014

Bantuan DiHulur YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin

Satu majlis penyampaian bantuan kelengkapan persekolahan Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, JPMM DUN Sedili dan DUN Johor Lama, Yayasan Mesra dan PLUS pada 10hb Disember 2014.

Menurut YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid; Ahli Parlimen Kota Tinggi yang merasmikan majlis, pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan dan belanjawan 2015, peruntukan pendidikan adalah yang terbesar dari lain-lain peruntukan. 

Satu pendekatan yang tepat. Bantuan yang dilakukan sebelum golongan IbuBapa berbelanja untuk sesi persekolahan tanggungan menjelang tahun 2015. Seramai 500 pelajar berpeluang menerima bantuan ini yang disampaikan dengan kerjasama kepimpinan setempat yang menjalinkan hubungan baik di antara JPMM, Yayasan Mesra dan syarikat swasta; PLUS Malaysia Bhd dengan sambutan penuh kesyukuran. 
Alhamdullillah. Aameen.


Sekalung tahniah buat YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid di atas usaha-usaha murni tersebut. Antara usaha yang menggarap hasrat kepimpinan tinggi mendahulukan Rakyat lebih-lebih lagi keselesaan di kalangan anak-anak yang masih bersekolah dan disalurkan perlukan bantuan awal.