Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan 25-30 orang ahli Persatuan Transformasi
Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) yang berdemo mencabar Suruhanjaya Penangkutan
Awam Darat (SPAD). Jalan perundingan dan penyelesaian sudah tertutup?
PERS1M turut berkeras mahukan YBhg Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid Albar meletak jawatan kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengguna aplikasi UBER. Dakwaan ini sungguh tidak berasas, malahan pihak SPAD telah terlebih dahulu bertindak memantau dan memberi amaran keras kepada UBER agar memastikan mereka mematuhi syarat dan terma sama seperti pemandu teksi di tanahair.
Rujukan media berkaitan; http://www.malaysiakini.com/news/283360
Semalam pula SPAD telah menjalankan Ops Tegas yang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, YBhg Mej Jen (B) Dato' Paduka Che Hasni Che Ahmad di sekitar ibu kota terutamanya di lokasi 'panas' yang menjadi tumpuan pengunjung dari luar malah dalam negara sekitar kawasan membeli belah dan pelancungan seperti Pasar Seni, KLCC, Bukit Bintang, Jalan Tun Sambanthan, Hentian Putra dan sekitar Pudu.
Pemandu teksi yang diberkas gagal mematuhi undang-undang dan syarat-syarat lesen. Kesalahan paling kerap adalah seperti enggan mengambil penumpang, sengaja mengenakan tambang yang mencekik darah dan juga enggan mengguna meter. Begitulah keadaan setiap kali operasi dijalankan pihak penguatkuasa. Berdegar-degar di medan media kononnya pihak berkuasa tidak menjalankan tugas dan melindungi mereka demi sesuap nasi.
Bila diserkup dalam keadaan membelakangi lesen, mulalah lari lintang pukang. Tak kurang juga yang merayu tidak didenda. Nak tanggung anak isteri dan banyak lagi alasan diberikan.
Pengusaha dan pemandu teksi seharusnya mempertimbangkan tindakan mereka yang masih degil dan membelakangi undang-undang. Jangan kerana sikap rakus ini, pemandu yang sedia patuh turut dibabitkan dengan imej industri teksi yang buruk di mata pengguna.
Sebagai pengguna pula janganlah bersikap tidak peduli dan turut berkompromi. Sikap sedemikian hanya memburukkan keadaan dan memberi kesempatan pemandu teksi secara leluasa. Kerjasama pengguna perkhidmatan amatlah dihargai di dalam membanteras kegiatan Teksi TGM melalui panggilan ke Hotline SPAD di nombor 1-800-88-7723
Operasi yang dijalankan SPAD akan berterusan bagi mengesan pemandu-pemandu telsi yang degil dalam memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang terbaik.
PERS1M turut berkeras mahukan YBhg Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid Albar meletak jawatan kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengguna aplikasi UBER. Dakwaan ini sungguh tidak berasas, malahan pihak SPAD telah terlebih dahulu bertindak memantau dan memberi amaran keras kepada UBER agar memastikan mereka mematuhi syarat dan terma sama seperti pemandu teksi di tanahair.
Rujukan media berkaitan; http://www.malaysiakini.com/news/283360
Semalam pula SPAD telah menjalankan Ops Tegas yang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, YBhg Mej Jen (B) Dato' Paduka Che Hasni Che Ahmad di sekitar ibu kota terutamanya di lokasi 'panas' yang menjadi tumpuan pengunjung dari luar malah dalam negara sekitar kawasan membeli belah dan pelancungan seperti Pasar Seni, KLCC, Bukit Bintang, Jalan Tun Sambanthan, Hentian Putra dan sekitar Pudu.
Pemandu teksi yang diberkas gagal mematuhi undang-undang dan syarat-syarat lesen. Kesalahan paling kerap adalah seperti enggan mengambil penumpang, sengaja mengenakan tambang yang mencekik darah dan juga enggan mengguna meter. Begitulah keadaan setiap kali operasi dijalankan pihak penguatkuasa. Berdegar-degar di medan media kononnya pihak berkuasa tidak menjalankan tugas dan melindungi mereka demi sesuap nasi.
Sepertimana namanya 'Ops Tegas', pihak SPAD tidak akan sekali-kali bertolak ansur dengan pemandu-pemandu teksi yang didapati melanggar syarat-syarat lesen dan sebagainya.
Operasi Khas
TIDAK GUNA METER (TGM) semalam adalah berikutan salahlaku pemandu teksi yang telah menjejaskan imej negara dan transformasi pengangkutan awam negara. Mereka yang pernah diberikan peringatan didapati tidak boleh
dipercayai kerana melakukan kesalahan
lazim dan berulang. Operasi yang dibuat dari masa ke semasa itu bersifat mengelak
persepsi bahawa penguatkuasaan tidak efektif dan ramai anggota masyarakat takut mengguna teksi.
Bahagian Penguatkuasaan SPAD telah menyiasat sebanyak 3,460 kes aduan dengan pecahan berikut:
. Operasi Khas
dan Rutin = 917
. Siasatan dimajukan ke
Jab Pematuhan = 227
. Amaran = 177
. Kompaun = 156
. NFA = 40
. Surat
peringatan = 1,943
Statistik menunjukkan bagi tahun 2015 (Jan –Feb) aduan diterima mengenai TGM adalah sebanyak 225 kes
Sejak SPAD
beroperasi Jun 2011-Feb 2015, statistik menunjukkan pada tahun:
2011 = 797 kes
2012 = 1,722 kes
2013 = 2,147 kes
2014 = 2.164 kes
dan Jan –Feb 2015 sebanyak 822 kes
Kes melibatkan Teksi
TGM (Jun 2011 – 24 Feb 2015) adalah sejumlah 1,489 kes
2011 = 34
2012 = 194
2013 = 295
2014 = 455
Jan – 24 Feb
2015 = 511 + 15 (sehingga semalam)
Jum teksi
disita (2015) = 87 + 15 ((sehingga semalam) buah teksi
Menurut Dato' Che Hasni Che Ahmad lagi, berdasarkan statistik kesalahan pihak penguatkuasa SPAD akan bertindak terus menyita teksi-teksi yang melanggar undang-undang kerana pihak SPAD telahpun memberi cukup peringatan dan amaran, namun terdapat ramai pemandu teksi terus mencabar peruntukan yang mereka sedia maklum. Pihak SPAD juga mendapati seolah-olah pengusaha teksi ini sengaja membiarkan kesalahan terus dilakukan pemandu-pemandu teksi dan mereka patut dipertanggungjawabkan.
Pengusaha dan pemandu teksi seharusnya mempertimbangkan tindakan mereka yang masih degil dan membelakangi undang-undang. Jangan kerana sikap rakus ini, pemandu yang sedia patuh turut dibabitkan dengan imej industri teksi yang buruk di mata pengguna.
PERS1M dan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) dinasihatkan janganlah dibuat pertuduhan melulu dan memberikan pelanggan pilihan yang lebih baik. Periksa dahulu aktiviti sendiri. Semua syarat dan terma telah dipatuhi sebelum nak menyebal?
Pastikan butiran berikut diambil:
- Lokasi, tarikh dan masa kejadian
- Nombor Pendaftaran Teksi
- Bukti kejadian melalui Gambar, Video, rakam suara jika ada
- Resit bayaran
- Gambar pemandu jika ada.
Operasi yang dijalankan SPAD akan berterusan bagi mengesan pemandu-pemandu telsi yang degil dalam memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment