Thursday, February 26, 2015

Pelatih kata YES kepada PLKN. DAP pula menggatal TIDAK!

Sepantas kilat DAP ke hadapan menyuarakan agar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dibubarkan gara-gara pengumuman YAB Perdana Menteri untuk menangguhkan sesi PLKN 2015 sekurangnya selama setahun.

Kononnya PLKN tidak langsung bermanafaat ataupun mencerminkan permuafakatan antara kaum di kalangan generasi muda. Itu ayat-ayat biasa Pembangkang, lebih-lebih lagi disuarakan oleh DAP, parti yang bercirikan demokrasi tetapi kerap mencetuskan isu-isu perkauman dan mencabar kedaulatan undang-undang.Dengan pantas ada di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutama dari DAP yang inginkan PLKN segera dibubarkan dan terus ditutup selepas pengumuman Perdana Menteri untuk menangguhkan sesi PLKN 2015. 
YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) pula menyanggah dengan contoh klasik perasaan peserta PLKN yang ditemui beliau di Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.

Kem latihan tersebut didiami anak bangsa Tionghua yang merangkumi di antara 30-40 peratus jumlah peserta. Kem tersebut adalah di antara empat kem program PLKN yang dikenalpasti sebagai pusat penempatan sementara buat mangsa musibah banjir besar tempoh lalu.

Tambah Datuk Noor Ehsan lagi, para peserta PLKN tersebut berasa begitu sedih mengenangkan mereka bakal berpisah dengan persahabatan yang terjalin sepanjang tempoh latihan. Keberkesanan program nyata membenihkan kesepaduan dan melahirkan semangat kesukarelawanan di antara mereka.

Inilah satu program yang efektif dan sihat dilahirkan dan dipertontonkan oleh anak-anak berbilang bangsa dan latar belakang agama yang pelbagai. Semangat "sense of teamwork" inilah sebenarnya yang dicemburui DAP kejayaan pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Sedikit sebanyak DAP telah mendedahkan agenda sebenar mereka dengan dakyah-dakyah yang berupa mencetuskan perbalahan dan mencapai hasrat merubah pemikiran dan persefahaman antara kaum dan agama.

Apa reaksi DAPSY si Teo Kok Seong melihatkan twitter anak-anak muda yang telah menyertai PLKN? 

Nyata posting beliau di Roketkini.com hanya mengundang benih-benih anti Kerajaan dan sebarang usaha perpaduan dan pembangunan. menggesa kerajaan memansuhkan PLKN yang kononnya telah gagal memberikan manfaat kepada pembangunan anak muda. Inikah tindakan seorang yang bertanggungjawab dan membantu bina warga Malaysia yang sayang sesama jiran dan rakyatnya?


Anak-anak muda harapan bangsa perlu dibimbing dan dibentuk demi masadepan yang cemerlang bukan bidak politik songsang yang akan merosakkan penghidupan mereka....Fikirlah dengan waras, wahai pemimpin Pembangkang! 

Jangan asyik melihat semua usaha Kerajaan untuk kritik dan dibantah untuk kepentingan fahaman bersifat negatif.


No comments:

Post a Comment